- di sana menanti, di sini menunggu -

Mar 31, 2013


aku cuti dari rabu sampai jumaat.
try jugak nak update blog.
tapi idea tak berapa nak jalan.
mood cuti ni lain macam...

rabu tu setelkan banyak benda lah.
lagipun wifey cuma start cuti hari khamis.
bayar segala bil dan kredit.
beli baju pengawas untuk eril, yg sudah termaktub dalam perjanjian bulan lepas.

bila nak cuti, ada rasa yg tak sedap hati.
dah la jarang cuti, jarang juga balik kampung.
rasa tak sedap nak cuti kalau teringat kampung.
dah jadi satu dilema.
di sana menanti, di sini menunggu...
orang kampung menanti, anak-anak menunggu nak cuti.

jadi kita orang buat plan, 2 dalam 1.
kita balik bercuti di kampung dan bercuti sekali.

khamis dan jumaat balik kampung di pahang.
petang jumaat tu, bercuti di cherating.
jadi, hati pun rasa lebih seronok nak bercuti.
pagi ahad baru balik ke nilai.

tapi, nampaknya satu famili dah kena selesema.
akibat berendam dalam kolam renang dan mandi laut lah ni...

nantilah esok, update blog dengan gambar sekali.


- hati-hati bila berkokok -

Mar 27, 2013


kengkadang benda yg kita komen berbalik kpd kita.
kalau tak tahu tak ape.
jangan buat-buat tahu, tapi sebenarnya menunjukkan kejahilan kita.

selalu kita jumpa.
terutama di laman media sosial la kan.

itu takpelah lagi.
benda sosial ni tak payah nak ambik serius sangat.
walaupun kengkadang buat kita sakit hati.
abaikan saja, andaikan mereka masih belum matang....

kalau kita pergi ke majlis rasmi.
atau majlis ilmu.
kalau orang yg kat depan yg bagi ucapan tu kita tak kenal.
buat-buat macam kenal ajelah.

macam majlis yg aku pergi semalam.
ada mamat duk depan ni boleh cakap pulak

"siapa orang tua ni...?"

hah. weh...
awak dah salah masuk majlis la...
kalau tak kenal pun respek lah.
ini bukan majlis politik.
majlis sosial atau majlis hiburan.

aku pasti semua yg datang memang kenal siapa tetamu khas ni.
kecuali mamat yg bertanya tu...

prof. emeritus datuk abu bakar
tokoh dlm bidang media & penerbitan

- takkan duk rumah je... -

Mar 25, 2013


soalan yg digeruni oleh mak bapak sekarang ni
"cuti sekolah tak gi mana-mana ke?"
cuti seminggu -  takkan memerap kat rumah je.
tambah lagi kalau mak bapak, dua-duanya kerja.

sehari dua, bangun tidur lambat.
tengok tv sepanjang hari, memanglah best.
masuk hari ke-3 dan seterusnya, dah mula boring.

cuti aku sekarang ni, selalu dirancang sama dengan cuti sekolah.
kecualilah kalau ada urusan mendesak yg lain.
jadi mulai rabu, aku cuti.
plannya?
biarlah, balik nanti upload gambar kat blog ni.

yg penting bukannya cuti tu.
tapi masa yg dihabiskan bersama- sama.
bukan nak bermewah-mewah, jauh sekali nak membazir.

macam aku ni, yg kerja keluar subuh, balik maghrib.
tak banyak masa terluang dengan diorang.

flashback...

- apa akan berlaku esok? -

Mar 22, 2013


entah la.
dulu ada kempen. ada iklan.
sekarang ni senyap je.
kat fb pun tak nampak orang cakap pasal ni.
atau dah lupa atau buat-buat lupa.

ada yang cakap, takde faedah.
tutup lampu setakat sejam, apa yg dapat di'selamat'kan.
ada jugak yg kata.
tutup lampu je, tapi air cond, tv ,kipas pasang jugak.

sama jugak lah dengan kempen lain.
kempen tanpa beg plastik misalnya.
tak guna pada hari sabtu je.
hari lain boleh.
ada jugak pasar raya yg jual 20sen utk beg plastik.

ada yg lebih 'kurang faham' lagi mengatakan itu semua pengaruh Barat.
berkait pengaruh yahudi. tak payah ikut...!

walhal kempen bergelap 1 jam tu 'simbolik' aje.
matlamatnya menanam kesedaran supaya kita tak membazir lektrik.
pakai yg perlu je.
berkait juga pasal global warming.

jadi matlamat tak tercapai.

bagi aku, bukan disebabkan kempen tak berjaya.
tapi soal sikap kita.
soal kesedaran.

tak cukupkah kempen pasal 'tak nak' merokok?
kempen pakai tali pinggang keledar. memandu dengan cara berbahaya.
kempen jangan buang sampah merata-rata.

aku rasa kempen dah cukup dah.
tapi sikap tak berubah.
atau kejap je insaf, lepas tu buat balik...

aku rasa ramai yg tak tahu, atau tak ingat pasal ni...


- terowong rahsia ditemui di putrajaya? -

Mar 21, 2013


"engkorang tahu tak, kalau white house kena attack.
tak kiralah teroris ke, orang russia ke, atau pun pengkhianat dari dalam negara sendiri.
kena kepung.
mana presiden dia nak lari.
nak pakai heli pun diorang dah cover zon udara.
semua pengawal kat pintu masuk dah kena tembak...."
wahi bertanyakan soalan.

sebelum tu kita orang borak pasal isu lahad datu.
entah kenapa si wahi keluar tajuk, cerita pasal white house dan presiden amerika plak.

"rasanya dalam bilik kebal. macam kat bank tu.
dia nyorok dalam tu. kena bom pun tak tembus.
aku ada tengok satu filem."
sampuk seorang kawan....

"laaa...tu filem la. kalau duk dalam bilik kebal pun, kena kepung tak guna jugak. lama-lama kena menyerah je..." komen jijoi. tak setuju.

"kalau korang nak tahu. dalam white house tu dibina satu terowong. letaknya kat basement.
terowong bawah tanah la kiranya.
hanya pegawai tertentu dengan panglima tentera je yg tahu kod rahsia untuk terowong tu.
dalam terowong tu dah disediakan bullet train. yg bersambung dgn landasan kereta api washington.
bullet train ni sangat laju mencecah 350kmj.  kalis peluru pulak tu.
tembak atau bom pun tak apa-apa.
jadi kalau kena attack, diorang pun turun ke terowong bawah tanah untuk selamatkan diri. " beiya-iya si wahi menerangkan kepada kami.

"ni patutnya rahsia kan. macam mana boleh tahu. kalau kena attack nanti, diorang boleh agaklah, presiden USA lari guna bullet train. diorang akan block landasan kereta api tu..." aku jadi musykil. macam mana rahsia ketenteraan USA dan keselamatan presidennya boleh dengan mudah dibocorkan rahsianya.

".....hmmmm. tu aku tengok dalam satu filem baru-baru ni..." wahi mengaku.
alam nyata tak sama dengan filem.
sebab tu ramai yg tak dapat bezakan alam realiti dengan fantasi.

"laaaaaa.....itu fileeemmm" sambut kami hampir serentak.



***********

aku sambung cerita.
"eh...korang tahu tak sri perdana, kat putrajaya tu pun kalau kena attack, macam mana PM nak lari"

"ya jugak. macam mana ye..." semua menunggu dengan penuh minat.

"engkorang tau tak. ada terowong rahsia dari sri perdana tu bersambung sampai ke masjid putrajaya.
masjid tu kan kat tepi tasik. kat situ nanti ada bot laju.
bot tu boleh pecut 300kmj.
bawak PM lari ke kawasan selamat..."

"uish...macam mana kau tahu ni. kan ke tu rahsia kerajaan..." kata wahi pulak.
dia tak puas hati.
macam mana aku boleh lebih tahu daripada dia.

"hari tu aku ada mimpi jumpa PM. dia yg bagitau aku...." aku jawab selamba.

"ha ha ha ha ha...."semua orang tergelak.
bila tahu diorang dah 'terkena' dengan kelentong aku.

cuma wahi aje terdiam.
mukanya merah padam.
dia faham, aku cerita tu secara sinis.

orang cerita pasal yang real.
pasal lahad datu.
pasal pdrm dan atm berperang dengan musuh.
dia cerita pasal filem. pasal lakonan.

ini betul-betul lah. bukan cobaaannnn....!

- drama malam tadi -

Mar 20, 2013


dia asyik mengeluh-ngeluh.
drama yg ditunggu dari tadi tak start-start lagi.
siaran tv3 sejak tadi siarkan ucapan PM.
siran langsung yg maha penting saat PRU makin tiba ni.

drama cinta qaseh akhirnya disiarkan lewat sejam dari biasa.
jadi bertembung jugak lah dengan rancangan meletop di astro ria.
sekejap dialih ke sini, sekejap dialih ke sana.
tak mahu terlepas kedua-dua rancangan.
kengkadang bila dialih pun bertembung pula dengan iklan.
sekali lagi, dia mengeluh...

sekali-sekala terdengar komennya.
apalah qaseh ni, si wahyu ni suami yg sikit punya baik dan hensem pulak tu.
masih juga dia teringatkan si arash....haish!
yg arash ni pun mengada-ngada, dah nak tunang pun masih nakkan si qaseh.
dah tahu qaseh tu bini orang, nak jugak....

dikomennya juga program yg satu lagi.
apalah neelofa dan nabil ni.
tak profesional langsung...
adakah rita rudaini dipanggilnya 'kakak'
respek la sikit, panggil lah 'rita' aje.
takdelah tua sangat.
kalau wan maimunah tu patutlah dipanggil kakak....
haish...!
teruk betul pengacara kat malaysia ni...

*******

dari tadi aku perhatikan.
kain baju yg dilipatnya masih tak habis.
sejak dari siaran langsung ucapan PM.
samapailah habis meletop dan cinta qaseh
baru sudah...dekat 2 jam

- bukan putus asa tapi... -

Mar 19, 2013

 

kadang kadang bukan kita putus asa.
tapi kita rasa sudah-sudah lah tu...
aku tak sanggup dah...

buat tu tak kena. buat ni tak dihargai.

dah sehabis daya.
seluruh kudrat.
kita rasa dah cukup usaha, kita redha ajelah.

terima saja.

jauh sekali nak mengalah atau putus harapan.
kita harus sedar.
setiap usaha ada limit.
sampai ke satu tahap, selebihnya adalah di luar kemampuan kita.

- happy hour with anjang and co. -

Mar 18, 2013


hujung minggu anjang dan anak-anaknya ada balik rumah kak lang.
semalam, ahad, dia ajak kita orang join makan tengah hari.
kumpul ramai-ramai baru seronok berebut makan katanya.
bahan untuk masakan tengah hari tu dibeli di pasar minggu pekan salak.
masakan kak lang memanglah setaraf masterchef.
walaupun menu ala kampung je...

lepas lunch, semua dah tersandar kekenyangan.
untuk bakar kalori, anjang ajak kita orang main bowling.
jangan bimbang, anjang sponsor katanya
kak lang dan atih tak join la.
nanti sakit lutut...! hu hu hu

paling dekat, kompleks sukan airport tu lah..

hujung minggu agak ramai orang.
nasib baik masih ada 2 lorong yg kosong.
tapi kita orang ambik keputusan tak jadi main bowling.
sebab rasa-rasanya, tempat situ agak hingar bingar. bising.
mungkin masih baru dan kosong, tempat tu macam tak sound proof.
rasa tak selesa nak main.
lain kali ajelah.

kita orang tukar fikiran.
alang-alang dah sampai situ, kita naik tingkat atas.
ada pusat karaoke.
kita melalak puas-puas, release tension....!
kita orang - sebenarnya anjang - ambik family room.
tak lah mahal sangat bayarannya.

sudahnya 2 jam, kita orang melalak.
erin, erol, eril dan sepupu diorang pun berebut nak pilih lagu.
2 jam  rasa macam tak cukup.

tapi aksi dalam bilik karaoke tak dapat disiarkan hi hi hi....

dan sebaik kita orang sampai rumah aje...
hujan pun turun dengan lebatnya...hahahaha
nampak sangat suara sumbang!

happy hour ditaja oleh anjang...



- siri bercakap dengan erin . . .20

Mar 15, 2013


erin sibuk nak join erol masuk kelas tuisyen.
walaupun kami rasa tak perlu, sebab dia kecik lagi.
tapi bila difikirkan,
bagus jugak, tak payah bagi motivasi, dia menyerah diri.
sejak 2 bulan lepas diorang ada kelas 3 kali seminggu.

tapi aku selalu kena 'paw' dengan erin.
sebab kelas tuisyen tu dekat dengan 7E.
jadi, hampir setiap hari erin nak singgah situ.
alasannya. tekak dia tersangaaatt....lah dahaga bila habis kelas.
bila tak dilayan dibuatnya muka moyok.
esoknya, mogok tak nak pergi kelas tuisyen.
maka terpaksalah dilayankan.

mula-mula dulu, mamanya bekalkan air oren dari rumah
tapi tak diminumnya.
sejak tu, dia tak bawak bekal  air dah

targetnya ialar slurpee kat 7E tu.
malam tadi pun sama jugak.

"kalau hari hari macam ni, pokai la papa.
lagipun bukan elok minum air sejuk-sejuk, malam-malam ni..." aku cuba memberikan hujah.

kita orang baru masuk kereta, dan baru keluar dari 7E.
erin tengah sedap minum slurpeenya.
erol pun tumpang sekaki.

"kalau papa tak nak beli hari-hari.
kita beli aje lah mesin tu. letak kat rumah..."

nampaknya hujah erin lagi bernas...!

- misi mencari usop di kuala lumpur -

Mar 14, 2013


argh... cerita pasal dulu-dulu kembali lagi.
gara-gara semalam keluar berurusan pasal kerja.
lalu depan muzium negara. lama dah tak jengok ke dalam.
sekadar lalu saja.
sekarang ni kalau lalu belah depan, bangunan muzium terlindung sikit.
kalau tak silap ada projek bina landasan MRT.

maka teringat kembali peristiwa berkait dengan muzium negara.
kisah mula-mula dulu  bergelar orang Kay El....yooo
walaupun KL bukanlah asing bagi aku.
jarak KL dengan Nilai tak jauh mana pun.
tapi menjadi warga KL adalah berbeza.

bila aku duk KL, aku teringatkan usop.
kawan sekampung.
katanya, dia kerja di muzium.
yg aku fikir, tentu seronok dapat jumpa kawan sekampung di KL.
jadi aku cadang nak cari dia.
tentu hebat dapat kawan yg kerja kat muzium.
mungkin jugak dia boleh bawak aku pusing-pusing muzium.

tentu jugak besar jawatannya kat sana.
kalau bukan pengarah, paling kurang pun, kurator.
sebab kalau balik cuti raya, dia selalu cerita pasal muzium.
pasal dia orang penting kat situ.
selalu jumpa dengan pelancong, orang jepun, omputeh segala bagai..

satu hari sabtu lepas balik kerja half day, aku nekad nak cari usop.
aku main redah je.
maklumlah dulu-dulu  henfon tak semua orang ada, fesbuk pun belum ada.
puas aku tanyakan, pada pekerja kat sana.
lepas sorang, sorang....
daripada yang kerja kat kaunter.
hinggalah pada kurator yang jadi tour guide untuk pelancong kat situ.
peliknya, takde seorang pun yang kenal usop.

ishh...takkan lah 'orang besar' macam usop takde yang kenal.

aku dah nak balik dah, bila aku jumpa seorang pak guard.
lalu aku tanyakan pasal usop.
kata park guard tu, dia kenal ada seorang tu mungkin usop yg aku cari.
lalu dia tunjukkan aku tempatnya.
dia bawak aku ke satu bahagian muzium tu.
agak terkebelakang sikit.

aku tengok ada banyak kerusi meja.
ada beberapa gerai makan.
kebanyakan orang kat situ, pakai uniform dan name tag.
tak salah lagi, itu kantin.
tempat pekerja muzium rehat dan makan minum.

mungkin kantin ni, tempat paling mudah untuk cari usop.
mata aku melilau mencari kelibat usop.
dalam ramai-ramai tu.
memang patut pak guard tu bawak aku ke sini.

"itu ke usop, kawan yg awak cari tu..." tanya pak guard sambil menunjuk ke arah seseorang.

orang tu sedang membongkok-bongkok mengelap meja.
sambil menyusun kerusi.
dia pakai t shirt, selipar dan apron.
sebelah tangan pegang kain lap. sebelah lagi kayu mop.

mulut aku terlopong.
mata aku sedikit terbeliak.
tergamam dan tak terkata apa-apa.

ya...itulah usop yg aku cari.
kawan sekampung yg dah jadi mat  KL.
kawan sekampung yg kerja kat muzium negara...


*********

yang aku ingat, lepas tu usop belanja aku makan mee goreng dan teh ais.
lepas makan dia ada pesan:
"jangan bagitau orang kampung, aku kerja ni tau...!"


- kalau ada lebih, kita kongsi . . . -

Mar 12, 2013


sebenarnya walaupun kita sama-sama bekerja satu kompeni, tapi jarang-jarang sembang pasal famili.
sibuk sangat pasal kerja.
terutama kalau kita kerja kat kompeni yg besar.
lain department, lain seksyen, lain divisyen, lain shift.

tadi dapat bual panjang sikit dengan jiji.
dia dari department lain.
itu pun sabab ada hal berkait dengan kerja jugak.


sempat lah borak masuk hal famili.

"eh, anak ko 2 orang lagi ke?" aku ingat-ingat lupa sebenarnya. serkap je.

"2  je...." jawab jiji "...cukup la tu...kena kontrol bajet" sambungnya, lurus bendul.

"ish...ko muda lagi. boleh tambah....hahaha" entah kenapa ada hilai tawa di hujungnya.

"anak ko yg no. 1 tu, dah besar agaknya..." aku masih ingat, walaupun agak samar-samar.

"dah besar...dekat 5 tahun...dah masuk tadika dah" ada cahaya pada wajah jiji bercerita tentang anaknya.

"huh... dah besar dah.
last sekali jumpa masa ko bawak family day  untuk kompeni dulu kan?" teringat kejadian anaknya tu terjun kolam renang untuk orang dewasa. nasib baik tak apa-apa, sempat diselamatkan.

"iyalah...kan" jiji mengiyakan.

"aku rasa, kita patut buat family day la. lama dah tak buat kan...." cepat je idea masyuk...

"iyalah. nanti incik bisik-bisik lah dengan boss...kita orang sokong dari belakang..." dgn pantas jiji bagi sokongan moral.

aku rasa, aku dah tau kali ni nak buat kat mana.
sebab hari tu aku plan nak bercuti dengan anak-anak kat situ.
tapi tak jadi.
kali ni kena bagi jadi...!

lagipun tahun lepas, kompeni banyak projek dan banyak untung.
kena lah share dengan staf kan...
sharing is caring...


- nak kirim apa yek? -

Mar 11, 2013



bulan lepas usu ada bagi jubah lelaki.
beli masa dia buat umrah.
sebenarnya aku dah ada dah beberapa helai jubah yg orang bagi.
tapi satu pun tak kena saiz aku.
kali ni baru lah ngam-ngam.
nampak gayanya  kena pakai lah.
takde alasan sebab tak muat atau besor gedobos....he he he

2 minggu lepas, dapat upah daripada anjang.
sebab tolong jemput dia kat airport.
dapatlah t-shirt, tulis 'phuket', besor-besor.
cantik.
tapi saiznya tak ngam.
mungkin anjang ingat adiknya ni tak besor-besor macam dulu....hahaha.

malam tadi, abang ngah sms dari australia.
amboi, lama sungguh makan angin kat sana
dekat 2 minggu melayan cucu kat ostolia.
al maklumlah anak menantu tanggung beres...
dia sms tanya kat aku apa nak kirim.

aish.....apa yg spesel kat sana yek?
puas gak aku memikirnya...

last-last, aku balas sms...

"bawak balik kanggaru sekor ye..."
he he he

- perkara yg boleh buat kita jadi tak jujur -

Mar 8, 2013


sementara menunggu erol dan erin balik kelas tuisyen, aku lepak kedai mamak.
pekena teh tarik.
biasanya aku datang ngam-ngam ikut time diorang balik.
tapi malam tadi aku sengaja datang awal sikit sebab nak ke farmasi.
beli ubat untuk eril yg kulitnya kena gatal-gatal.

aku sengaja duduk kat meja  luar.
kaki lima kedai. open air.
lagipun kat dalam, boleh tahan jugak ramai pelanggan.

ada satu couple baru keluar dari kedai menuju ke tempat parkir.
sambil menghirup teh tarik, aku perhatikan saja gelagat mereka.
mereka asyik berbual.
banyak sangat yg nak dibualkan...maklumlah segalanya tengah manis :)

tiba-tiba masa nak undurkan kereta.
mamat tu terlebih reverse.
terlanggar van di belakangnya.

boleh tahan kuatnya.
kalau tak, takkanlah hampir semua pelanggan kedai mamak dengar dentuman tu.
semua mata tertumpu keluar.

seorang daripada mereka, aku rasa tuan punya van, bergegas keluar.
"hoi.....!"jeritnya.

mamat tu mungkin panik.
terus pecut kereta, cabut lari dari tempat tu.
tuan punya van hanya dapat memaki hamun.
sambil membelek vannya yang kemek.

aku pasti, tentu mamat tu takkan datang lagi kedai mamak ni dengan couplenya.


********

aku cuba bayangkan...

aku berada di tempat parking, kompleks beli belah.
waktu nak balik, terlebih reverse  waktu nak keluar.
lalu terlanggar kereta kat belakang
pecah lampu kereta tu.
takde siapa pun yg nampak kejadian.

adakah aku akan tunggu di situ, nak jumpa tuan punya kereta.
bagitau kat dia,
"sorry incik, saya terlanggar tadi...!"

atau tulis nota dengan no henfon untuk dihubungi.
"sila hubungi nombor ini 01XXXXXX untuk ganti rugi"

atau report pada sekuriti tempat parking.
dan mengaku kita dah langgar kereta tu.

nak buat ke tidak?
bersikap jujur ke tidak?

atau ikut cara mamat dalam cerita di atas.....caboooooooottt!


- elak kiri kena, elak kanan pun kena -

Mar 7, 2013


hari tu ada perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa.
target sekolah tahun ni, 70 murid dapat 5A, kata pengetua.
dengan syarat 'semua pihak' kena beri kerjasama tambahnya lagi.
ini termasuk perlunya ibu bapa 'menyumbang' dana untuk kelas tambahan.

setiap 'kepala' dikehendaki bayar rm250.
hmmmm....rate yg sama macam tahun lepas.
tapi bayaran boleh dibuat secara ansuran, supaya tak membebankan (!)
tapi ni untuk kelas tambahan.
untuk yuran sekolah, kira lain.

ok lah. hujang bulan nanti bayar separuh.
lepas tu lagi separuh. setel.
demi anak-anak...


********

petang semalam eril hulur satu surat.
surat tawaran menjadi pengawas, rupanya.
tapi surat tu mintak keizinan mak bapak terlebih dulu.

abis tu, takkan aku nak kata 'papa tak izinkan' pada eril.
merajuk pulak budak tu nanti.

tapi, bila dah jadi pengawas sendiri mau ingat lah.
uniform kena tukar.
bukan pakai kemeja putih, seluar hijau lagi.
uniform pengawas ada warna, jadi kena beli lain.
kasut pun kena tukar kaler hitam.

uniform yg ada, baru pakai 2 bulan lebih. aishh....

yg tu, kos ditanggung oleh mak bapak.
sebab tulah pihak sekolah hantar surat minta izin.
fuh...memang berpandangan jauh betul cikgu-cikgu sekolah ni.

ok lah. hujung bulan nanti beli uniform pengawas.
demi anak-anak...

he he he he
makin gugurlah rambut aku...


- separuh hatinya di sana -

Mar 5, 2013


"pergilah ikut turn. 2 orang sekali..." kata incik ajis pada stafnya.
masa tu aku baru sampai.

pagi tadi kami ada projek di studionya.
kami dah lama kenal.
dah banyak kali kami bekerja dalam satu projek.

incik ajis seorang yg peramah. suka berjenaka.
seorang yg periang.

tapi tidak pagi ni.
dia agak diam dan sedikit serius.
tak pulak aku tanyakan mengapa.
suasana studio tu jugak agak senyap sunyi.
tak macam biasa, ceria je.
mungkin ada problem kot...

tapi kerja kena jalan macam biasa.

*******

masa berlalu.
sedang kami tekun menyiapkan kerja.
seorang staf incik ajis masuk.
dia berbisik sesuatu kepada incik ajis.

"tak pe...macam ni. korang semua pergi dulu...tinggal seorang staf aje assist saya kat sini.
nanti saya datang kemudian..."
kata incik ajis memberikan arahan pada stafnya tu.

aku dan kawan sekerja, adi, saling berpandangan.
cuba meneka-neka apa yg sedang berlaku.

mungkin menyedari kami yg agak terpinga-pinga.
incik ajis menjelaskan apa sebenarnya yg sedang menyelubungi studio tu.

"sorang daripada staf kami sekarang  ni, tengah kritikal kat hospital.
tadi staf saya tu bagitau, yg doktor maklumkan dah takde harapan...
alat bantu pernafasan pun dah nak dicabut.
itu yg saya suruh diorang pergi ziarah..." katanya dalam nada sebak.

"kalau macam tu, kita stop dulu lah kerja ni.
nanti sambung kemudian..." aku rasa serba salah.

"takpe. kita siapkan kerja ni dulu. sikit lagi.
saya dah janji nak setelkan hari ni..." incik ajis bertegas.

kami pun cuba siapkan kerja secepat yg boleh.
supaya incik ajis dapat cepat pergi ke hospital.

- mengapa ada derita, bila bahagia tercipta. . . -

Mar 4, 2013


kita tak pernah tahu apa yg menjadi punca sebenar.
kerna biasanya, kedua-dua pihak akan saling menyalahkan.
saling percaya apa yg mereka buat itu betul.
akhirnya, bila perpisahan menjadi nyata.
masing-masing terpaksa menerima hakikat.
membawa haluan masing-masing.
tetap akan ada kekesalan di hati, tak dapat tidak.
malahan akan kekal kenangan berdua itu hingga ke akhir hayat.
meski benci sekalipun, pasti ada sekelumit kemanisannya.

ini cerita kawanku, K.
dah lama aku tak jumpa dia.
terkadang itulah kekesalan yg melintas.
batas waktu dan komitmen sendiri menjadi penghalang.

dengan izin-Nya tengah hari itu, kami diketemukan jugak.
aku sedang melangkah ke bank, bila disapanya.
lalu dipeluknya aku, di tengah orang ramai lalu lalang.
tak ada rasa segan.
dua kawan lama bila berjumpa, orang lain pedulikan sajalah.

urusan bank, tangguh sajalah dulu.
berjumpa kawan lama lebih penting, bukan selalu.
manalah tahu entah bila lagi, manalah tahu tak jumpa lagi.

kami berbual rancak.
dari satu cerita ke satu cerita.
dari satu topik ke satu topik.

hinggalah K tunduk hiba, bila aku tanyakan pasal anak-anaknya.

"aku dah jual rumah aku. 2 bulan dah...duk menyewa sekarang..." kata K
"laaa...apasal pulak. sayang lah. sekarang harga rumah mahal. nak beli kena fikir banyak kali..." kata ku menyedarkannya akan realiti waktu ini.
"aku tak boleh tahan lah. pergi dapur...terbayang. duduk kat hall terbayang...nak tidur terkenang. terutama anak aku yg kecik tu..." keluh K.

K sudah bercerai dengan isterinya.
dia ada 2 orang anak. masih kecil.
anak-anak sekecil itu pastinya tidak tahu apa-apa.
merekalah yg paling terkesan bila semua itu terjadi.

aku tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
mahligai yg dibina, runtuh di pertengahan.
dalam meniti bahagia, tiba-tiba derita mendatang. badai melanda.

mungkin selalu kita dengar dari sudut pandang para isteri.
sesekali wajar jugak kita tahu apa pula di benak sang suami.
lelaki jugak punya hati, kerana mereka juga insan biasa.
bukan untuk mencari salah silap.
menghukum siapa benar siapa salah.
itu tak penting lagi...
semua yg berlaku sudah tidak boleh diundur semula.
yg pastinya, bukan saja sebelah pihak yg terkesan.

ada getar pada suara K bila membicarakan hal dirinya.
pasal rumah tangganya yg tak sampai ke hujung nyawa.
kisah kerinduan pada anak-anaknya.

"aku sekarang isi masa dengan main basikal...
bonus hari tu aku habiskan untuk basikal saja" kata K tentang hobi barunya.
pastinya hobi itu untuk mengisi kesunyian.
menutup kerinduan pada anaknya.
cuba memadam kenangan bersama orang yang pernah berkongsi kasihnya.
menghilangkan rasa sedih mengharungi hari-harinya dalam keseorangan.

- penangan nasi lemak sambal sotong -

Mar 1, 2013


pagi tadi aku ada meeting di serdang.
last minute, petang semalam boss mintak wakilkan.
katanya "you tak payah masuk ofis pun takpe esok..."
tapi aku kena datang jugak ofis.
sebab dah ada appointment yg aku set sejak minggu lepas. sebelah petangnya.

mesyuarat pukul 9. tapi aku sampai 10 minit awal.
takde seorang pun lagi ahli mesyuarat yg sampai.
kecuali pihak penganjur.
mungkin jem kot, kata mereka.
setahu aku yg jem arah masuk KL.
arah keluar KL, clear je.
lagipun dari KL ke serdang, lebih dekat dari nilai ke serdang.

tunggu punya tunggu, dah 9:15
baru 2 orang yg sampai.
walaupun yg lain tu dah sahkan nak datang.

mungkin sebab diorang tengok aku dah mula gelisah.
lalu pengerusi cadangkan
"kita minum dulu..."
memandangkan  katering dah sampai.

mujur jugak nasi lemak berlaukkan sambal sotongnya benar-benar mengancam.
kuih seri mukanya pulak, lembut dan manis.
tak kurang nescafe tariknya yg sodap.

tambah pulak pagi tadi, aku tak sempat makan apa-apa.
lagipun memang dah tau kan, kalau ada meeting mesti ada makan-makan.
standard la...

tengah kami makan, 3 orang lagi sampai.

aku dah tak kesah dah berapa orang nak sampai.
atau bila meeting nak start.
atau kenselkan meeting terus pun takpe.



sebab nasi lomak sambal sotong yg sodap punya pasal...
siap bertambah lagi.
lagipun aku rasa katering tu bajet untuk 20 orang.
yg ada cuma 10 orang.
tak baik membazir kan.
hehehehe...