simpati untuk kawan di MAS

Jun 2, 2015

1 jun.
hari yg kalau boleh tidak ada dalam kalendar.
hari yg ditunggu penuh debar.
hari penentuan. kekalkah atau terpaksa mencari rezeki di tempat baru.

aku ada kawan-kawan yg bekerja di mas.
sebab kawasan kejiranan aku dihuni oleh ramai pekerja di mas ataupun di airport.
ada 4 jiran yg tinggal berselang pintu rumah.

semasa kenduri seorang jiran sabtu lepas.
perbualan kami tak riuh seperti biasa bila kami berkumpul.
masing-masing cuba menyembunyikan perasaan cuak dan bimbang.
menempuh hari yg bakal menjelang.

harinya tiba jua.
tengah hari semalam.
mereka mula menerima berita.
ada yg menerimanya dalam bentuk bungkusan yg dikirim melalui pos laju.
yg lain tak tahulah bagaimana.

mi, salah seorang daripadanya.
dia hantar wassap pada grup kami.
ditunjuknya gambar bungkusan yg diterima melalui pos.
dalam debar itu.
dia tidak terus membukanya.
di dalamnya sama ada surat tawaran atau surat penamatan.
dia tahu itu...



dia ambil keputusan hanya akan membukanya selepas solat asar nanti.
kami rakan-rakan lain memberi sokongan dan semangat.
insyaAllah. yg baik-baik saja untuk mi dan yg lain-lain.

jam 5.
mi hantar wassap susulan.
alhamdulillah, dia masih punya rezeki di mas.
ditawarkan meneruskan khidmat.
tetapi dengan potongan gaji 10 persen.

3 jiran yg lain juga mendapat berita baik.
mereka juga ditawarkan untuk terus bekerja
alhamdulillah.
mereka tidak termasuk antara 6,000 staf lain yg diberhentikan.

kepada yg tidak lagi dapat meneruskan kerja di sana.
bertabahlah.
insyaAllah pintu rezki kita ada di tempat lain.

tentunya sukar bagi mereka.
menghadapi hari depan yg tak menentu.
yg punya anak isteri dan keluarga untuk ditanggung.
sedih dan simpati untuk mereka.


0 refleksi: