![]() |
buka puasa di TGIF semalam |
Showing posts with label layan perut. Show all posts
Showing posts with label layan perut. Show all posts
- jalan-jalan layan perut. . . 6 -
Dec 22, 2012
jom la pegi try burger bakar abang bakar...hehe heh, abang burn.
kalau kat nilai, ada dekat MMA santai corner.
kat dalam tu ada gerai 'burger bakar abang burn'.
senang je nak cari...round about dekat courts, seng heng atau nak ke nilai lama.
kalau dari salak tinggi /sepang selepas pasar raya giant, kalau dari hala tmn cempaka sebelum giant la...
ada burger ayam, cheese, lembu, kambing, telur, vege dll.
kalau nak side order, aku syorkan onion rings.
![]() |
makan ni kena nganga luas-luas... |
![]() |
ngaaap...! |
- jalan-jalan layan perut . . . 5
Oct 29, 2012
![]() |
western foodnya esp. chicken chop & lamb chop ada kelas harga pun berpatutan la... |
![]() |
ala carte spt nasi goreng thai ni pun mmg terbaek! satu lagi kalau nak order jus buah...orderlah yg gelas BESAR punya |
- hilang kemanusiaan kerana bola -
Sep 26, 2012
ya, aku fanatik bola sepak.
dulu,
bola lokal, turun ke stadium tak pernah tinggal,
tak kira hujan, jalan sesak ke apa, penat di ofis
bola luar negara,
kalau live di tv mahu bergaduh dibuatnya kalau tak dapat tengok.
kedai mamak jam 3:00 pagi pun jadi.
sekarang,
dah tak sekerap dulu turun ke stadium.
banyak komitmen lain.
kalau live di tv, masih tak boleh miss. hingga wifey selalunya masam muka.
tak mahu gaduh, terpaksa belikan dua astro, dua tv.
setel!
dengan kengkawan yg tak sekelab (org bola tahu la...) biasanya taklah bergaduh.
sekadar kutuk-mengutuk. omputih kata banter.
kalau kalah, kalah lah. terima saja.
tak bertegur sapa 2-3 hari. walaupun hati sakit juga.
taklah sampai kopakkan kerusi di stadium. bakar bendera.
kalau di luar negara siap ugut nak bunuh pengadil, nak serang pemain bola.
dalam EPL ahad lepas ada pertembungan dua seteru ketat.
manchester united vs liverpool.
kesudahannya liverpool kalah di laman sendiri.
liverpool main lebih baik tetapi kalah.
ramai yg menyalahkan punca kekalahan tersebut kepada keputusan pengadil.
kad merah diberikan kepada pemain liverpool dan penalti yang membawa kemenangan MU.
sehingga dua tiga hari, penyokong kedua-dua pasukan 'bertekak' terutama di laman sosial, forum siber malah di ofis...ha ha ha
mungkin di negara kita fanatiknya setakat itu sajalah. tapi apa yg aku baca dalam laporan di akhbar dan laman sosial di Britain sangatlah mendukacitakan dan mengganggu fikiran.
mark halsey yg menjadi pengadil dlm perlawanan tersebut (pic) telah menerima abuse atau maki-hamun yg melampau terutama di laman twitter daripada penyokong fanatik pasukan yg kalah.
mark halsey adalah dalam kategori pengadil seniior. pada tahun 2009, halsey telah didiagnosa menghidapi kanser tekak. tetapi kembali bertugas sebagai pengadil pada mac 2010.
berikutan itu ada penyokong fanatik yg melemparkan maki hamun di twitter yg sangat busuk.
"i hope mark halsey gets cancer again and dies" (aku harap mark halsey kena kanser semula dan mati) daripada akaun @johnwareing.
"mark halsey should've died of cancer" (mark halsey sepatutnya mati dek kanser) dpd akaun @lfcjohn259.
malah diberitakan isteri halsey, michelle juga turut dimaki hamun dalam twitternya!
ke manakah hilang kewarasan manusia!
mana perginya sifat kemanusiaan?
fanatik tu janganlah sampai hilang pertimbangan sehingga mendoakan kematian dan penderitaan orang lain sebagai sasaran kemarahan.
aku juga fanatik bola.
tapi masih waras dan masih punya sifat kemanusiaan...!
aku juga fanatik bola.
tapi masih waras dan masih punya sifat kemanusiaan...!
- jalan-jalan layan perut ...4
Sep 4, 2012
- jalan-jalan layan perut ... 4 -
May 25, 2012
nak makan kat curry house yg paling sodap sokali in town pergilah ke sentul curry house. terletak di jalan ipoh berhampiran sekolah sentul utama. premisnya cukup besar. nak parkir takde masalah. sebab kat KL ni yg selalu membantutkan selera ialah masalah parking. premis ni pun bersih digredkan sebagai premis gred A oleh PBT. selain tu, pelayannya pun mesra pelanggan. servis ibarat kedai mamak, belum sempat duduk dah tanya nak order apa....
nak cerita pasal menu, terlalu panjang senarainya. aku syorkan makan dia punya nasi briyani. nasinya berderai-derai. cukup rencah rempah ratusnya.
kalau nak lebih layan tekak, order saja kari kepala ikannya, memang sodap sehingga menjilat jari.
aku dah berkali-kali pergi ke sana terutama untuk makan tengah hari. walaupun sedikit jauh dari ofis, tapi memang berbaloi. dan selepas menikmati kari kepala ikannya tengah hari semalam, aku pun tergerak untuk menulis entri ini. bukan aku saja nak puji, tapi beberapa orang kawan yg aku bawak ke sini turut memuji dan merekomenkannya pulak kepada kengkawan mereka.
layan...
![]() |
kari kepala ikan...yummy |
![]() |
free parking |
![]() |
pilih saja... |
- jalan-jalan layan perut. . . 2 -
Apr 12, 2012
- jalan-jalan layan perut -
Nov 9, 2011
ini kira bawah label baru la dlm blog bangsawan nilai. aku syorkan kedai ini kepada peminat nasi beriyani. terletak di corner lot daripada deretan kedai selepas pusat kesihatan salak - kalau ikut dari pekan salak lama atau sepang atau jalan nilai lama. kalau ikut dari salak tinggi - belah kanan jalan selepas masjid salak. set beriyaninya ada kambing, ayam atau daging. taklah mahal sangat dlm rm10 satu set, memang berbaloi. ramai gak yang tapau atau tempah katering. sedap tak? kalau tak sedap aku tak rekomen laa...
kalau nak belanja kengkawan pun tak jatuh standard la.
kalau nak belanja kengkawan pun tak jatuh standard la.
Subscribe to:
Posts (Atom)