- penganjur yang hancur -

Mar 10, 2011

hari ni aku setelkan hal gerai untuk jualan buku. pesta buku antarabangsa yg diadakan saban tahun. buat kali ke-30 kalau tak silap.
ianya akan diadakan bermula pada 22 april nanti.
jadi selepas mengesahkan no. gerai, aku pun nak semak di laman web. seperti yg pegawai teknikal yg menguruskan hal gerai tu bagitau.

aku pun semak kualalumpurbookfair.com. aku taip pada carian google.
nah, berderet-deret keluar.
tapi bila bukak, satu persatu. semua link tak boleh pakai.
cari punya cari...baru aku tahu puncanya.
domain servernya dah luput tempoh.
tak diperbaharui...
malah ada satu twitter yg dihantar oleh peminat buku yg dengan sinisnya memperli penganjur pesta buku ini.

kemudian aku pun cuba mencari laman web penganjur utamanya. manalah tau, boleh dapat link dari sana. tapi apa yg aku dapat?
laman web rasmi penganjur sendiri tidak dikemas kini.
yg ada ialah aktiviti & berita pesta buku yg sama, dianjurkan tahun lepas!

apa sudah jadi ni wey....selekehnya kerja engkorang!

- usah dicemar jiwa murni kanak-kanak -


- kerje selekeh, orang perlekeh -

Mar 9, 2011

walaupun tidak patut berlaku tetapi sudah dianggap lumrah, berlaku kelewatan penerbangan.
satu dua jam mungkin dah dianggap biasa.
mungkin kerosakan teknikal. atau masalah pada kapal terbang. ataupun cuaca buruk.
mungkin jugak sebab pilot sakit perut nak terkucil, atau lambat bangun tidur.
tapi kalau 2 hari...mahunya timbul tanda tanya.
rasa amarah pun pastinya, meluap-luap.

mak mentua aku sepatutnya berlepas mengerjakan umrah, pagi semalam.
dijadualkan menaiki pesawat jam 9:00 pagi bersama keluarga abg iparku.
tapi apa yg berlaku, agensi yg menguruskan rombongan umrah tersebut sudah buat lawak bodoh.
nama mak mentua aku dimasukkan dlm senarai menaiki pesawat yg sudah berlepas malam sebelumnya. nama dia seorang saja 'tersangkut' di situ.
jadi keluarga abg iparku takkan nak pergi umrah dgn meninggalkan orang tua tu pulak.
kemudian, agensi tersebut menjanjikan penerbangan seterusnya pada jam 2:00 pagi berikutnya.
maka setelah dijanjikan dan sesudah melepaskan amarah kepada wakil yg daripada agensi yg menguruskan pakej umrah tersebut, mereka sekeluarga pun pulang ke hotel berhampiran lapangan terbang klia.
ya, takkan nak balik rumah pulak, sebab segala persiapan dah disiapkan.

malam tadi kira-kira jam 9:00, panggilan dari agensi diterima. wakil agensi akan datang ke hotel untuk 'berbincang'. masa tu aku ada di sana, 'melawat' mereka di hotel penginapan.
kami semua dapat merasakan ada sesuatu yg tak kena.
kemungkinan, penerbangan jam 2:00 am nanti juga akan terkandas.

jangkaan kami tepat. selepas berbincang dengan panjang lebar & panas, wakil agensi mengakui kesilapan mereka. sedia menanggung segala perbelanjaan penginapan. penerbangan jam 2:00 am tidak akan berlaku.
abg ipar aku dijanjikan masa penerbangan yg baru.
jam 3:00 pm hari berikutnya (hari ini).
dengan amaran keras abg ipar aku, ini sebagai masa penerbangan lewat yg terakhir. sekiranya gagal dilaksanakan juga, tindakan saman akan dikenakan.
dan kos berganda akan dituntut sebagai pampasan atau ganti rugi.
bukan saja ganti rugi wang, tapi tenaga, masa dan cuti yg sudah diambil.

agensi ini sudah lama beroperasi. sudah berpengalaman luas. sudah established.
hal sebegini, pastinya menjejaskan imej mereka.
ramai yg akan hilang kepercayaan, jika kejadian ini tersebar. atau mungkin memang sudah ada kes yg ditutup rapi.
sejam dua bolehlah diterima. kalau 2 hari...apa kejadahnya?
lagipun ini berkait dengan soal ibadah, mana boleh buat perleceh...

- mari belajar statistik -


match stats

Shots on goal
team B 20 (12)
team A 0 (0)
Fouls
team B 8
team A 19
Corner kicks
team B 6
team A 2
Time of possession
team B 76%
team A 24%
Saves
team B 0
team A 9
Yellow cards
team B 0
team A 4
Red card
team B 0
team A 1

source: http://soccernet.espn.go/

summary: team B ran out clear & deserved winners. in truth, team A were nowhere near their mesmeric opponents.

- kitaran hidup -

Mar 8, 2011

dulu masa baru beli, kalau boleh setiap hari kita basuh.
pantang kotor sikit kita bersihkan.
masa nak masuk pun, kita pastikan kasut kita bersih.
kalau kurang wangi, kita sembur dgn pewangi.
kita tambah aksesori bagi tambah menawan.
tukar rim, pasang spoiler, skirting, viser...
takpelah habis duit sikit. asal sedap mata memandang.
bukan senang nak dapat. terpaksa bayar ansuran setiap bulan.
hantar servis, tepat ikut masa, ikut mileage.
tapi, bila dah lama sikit, kita mula abaikan dia.
basuh sebulan sekali pun payah.
sampai kepam kusyennya, sampai berhabuk dashboardnya, sampai pudar warna catnya.
dia pun mula merajuk & meragam. banyak alat ganti kena tukar.
bateri dah kong, tayar jadi botak, wiper berbunyi, air cond tak sejuk, enjin mula mengaum...
kena tukar belt, kena ganti drive shaft, absorber, gasket....
makin banyak duit keluar, tak tahan dengan kerenahnya...duit pun ada lebih sikit.
ada model baru lebih menarik.
jadi kita beli yg baru, gantikan yg lama.
tapi nostalgia yg lama akan tetap kekal.
dialah yg kita angkut ke sana ke mari. setia menjalankan tugasnya.
berhujan, berpanas. dilenjan laju-laju. kadang-kadang beratus kilometer tanpa henti.

ya....aku menulis pasal kereta.

yang baru pun, kita puja. kita tatang.
kita basuh hari-hari.
bila ada calar sikit, kita rasa macam nak menangis...sakit hati.
tapi, bila dah lama sikit, senario yg aku lukiskan di atas akan berulang.
ibarat satu kitaran.....

- ceringkas -

aku belajar sesuatu yg baru pagi ini.
bukan bermakna hari lain aku tak belajar yg baru.
tapi kali ini lebih bermakna, pepatah moden dalam bahasa sepanyol (spanish?)

Fumar es malo, pero ser del liverpool es peor

nak tahu maknanya, carilah kamus atau google saja...ha ha

nota: ceringkas = cerita ringkas

- resensi . . . 25 -

Mar 7, 2011

judul: Hukuman Bunuh Pengedar Dadah: Mengikut Siasah Syari'yyah
pengarang: wan norhasniah wan husin & shukeri mohamad
terbitan: penerbit universiti malaya/2011
hlm: 120

kandungan
buku ini bertujuan untuk menganalisis ketepatan hukuman bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan siasah syari'yyah. tinjauan secara kritikal dilakukan mengenai perkara yg berkaitan dgn siasah syari'yyah spt definisi, matlamat dan kaedah. ini termasuk konsep hukuman bunuh dalam kesalahan takzir. untuk menilai kesan bahaya dadah serta aktiviti berkaitan dengannya dan data berkaitan dipaparkan. berpandukan kajian ini hukuman bunuh atau gantung sampai mati adalah bertepatan dengan siasah syari'yyah. ini berdasarkan kesan jenayah berkenaan adalah terlalu berbahaya , bukan sahaja membunuh penagih tetapi turut menggugat ketenteraman dan keselamatan masyarakat. akibat daripada jenayah pengedaran dadah, orang ramai berada dalam ketakutan dan tidak tenterama ekoran timbul daripadanya kes pembunuhan, rompakan, pelacuran, pecah amanah, pecah rumah & sebagainya. memandangkan tujuan pelaksanaan siasah syari'yyah itu adalah untuk mendatangkan kebaikan kebaikan kepada masyarakat dan mencegah segala bentuk kerosakan maka didapati hukuman berkenaan memenuhi konsep, matlamat dan kaedah siasah syari'yyah.

- satu laluan, banyak jalan -

malu bertanya, sesat jalan. kata pepatah lama.
tapi kalau nak bertanya pun biarlah pada yg tahu.
penduduk setempat. polis. pekerja tol.
kalau bertanya kepada yg tak tahu, makin jauh sesatnya!
atau dalam zaman sekarang, silap-silap kita ditipu pulak.
jadi, sebelum pergi ke satu-satu tempat, kalau tak tahu jalannya, tanyalah kepada yg tahu.
kawan-kawan atau mereka yg tinggal berhampiran, atau yg pernah sampai ke situ.
atau dengan zaman teknologi sekarang, gunalah gps.
paling tidak pun layarilah peta google.
henfon yg canggih pun dah ada peta atau gps.

tapi sebenarnya, itu taklah sempurna.
ianya bersifat membantu.
bukannya bergantung bulat-bulat pada gajet sebegitu.
ya, memang kita akan sampai ke tempat yg dituju, tapi mungkin mengikut laluan yg agak jauh.
ataupun, beberapa kali perlu membuat u-turn.
tak kisahlah, asalkan sampai.
susah jadinya, bila nak ke cyberjaya perlu berpusing-pusing di putrajaya.
berserabut jadinya, bila nk ke bkt ibam, sampai saja di muadzam shah, arah jalannya terputus.
atau asyik kena buat u-turn dlm kawasan perumahan, kerana banyak simpang siur & tanda jalannya, tak seperti dalam gajet yg simplified.

selain gps atau google map itu perlu dikemas kini, kita juga perlu mengemas kini pengetahuan.
kalau hari-hari melalui jalan yg sama, bila jalan ditutup, kita dah mati akal.
tak tahu jalan alternatif.
sesekali cubalah, laluan yg berbeza. kecualilah takde jalan lain dah, yg itu-itu saja.
atau jalan yg itu saja untuk mengelak tol.
atau itulah jalan paling dekat, paling jimat minyak.
tapi apa jadi, bila masa depan jalan itu juga dikenakan tol?
atau jalan tu ditutup kerana ada pembinaan terowong, misalnya?