- cabaran 14 hari . . .2 -

Jun 30, 2011

hah, cabaran 14 hari tu berakhir pagi ini. mula jam 11 malam tadi dah kena puasa.


pagi tadi dah pun pergi buat saringan kesihatan tu.


ujian pertama dah selesai. tekanan darah atau bacaan bhp - normal je.


sampel darah dah diambil utk bacaan glukosa, kolesterol & beberapa lagi yg aku tak berapa ingat bila diterangkan tadi.


resultnya kena tunggu 2 minggu lagi, kata mereka. tapi kalau ikutkan pengalaman tahun-tahun lepas, biasanya sebulan baru dapat tahu.



seperti yg aku nyatakan ini ialah inisiatif kompeni sendiri utk stafnya. memastikan mereka sihat untuk bekerja & menjaga kesihatan mereka sepanjang masa, & gaya hidup & pemakanan sihat. kalau ada masalah, mereka akan bantu dengan program kesihatan susulan dan ubat-ubatan yg mana perlu.



harap-harap semuanya positiflah. walaupun aku sendiri meletakkannya sebagai cabaran, tapi ada ketika-ketikanya aku tersasar dari landasan. termakan jugak sate, termakan jugak mcD, tambah nasi 2 pinggan bila lauk sedap, termakan jugak seafood....walaupun joging buat, skipping buat, angkat dumbbell tiap petang, oat pun makan jugak. masih ada ruang untuk penambahbaikan....

- quote minggu ini -

Jun 29, 2011

1.
"you agak-agak ada speed trap tak kat area ni?" tanya seorang kawan padaku yg duduk di sebelah, secara ikhlas dan bersungguh-sungguh sambil memandu dengan kelajuan 130km/j
2.
"kenapa kau tak mintak..." kata seorang kawan sekerja sambil memulangkan rm50 yg 'dipinjam'nya hujung bulan lepas.
3.
"mungkin auditor sebelum ini terlepas pandang..." jawab auditor yg mengaudit kompeni aku bila aku mempersoalkan ketakakuran yg diberikannya tetapi ditafsirkan akur oleh auditor sebelum ini berkali-kali. sepatutnya ketakakuran pada auditor.
4.
"surat lantikan dah ada, dah sign dah..." jawab pegawai sumber manusia, sama seperti 2 minggu lalu, anehnya 'surat itu' belum sampai lagi. mungkin pusing malaysia dulu.
5.
"manisnya kurma iniii.....haaaaaaaaaa" kata erin sambil tersengih, walhal dia makan gula-gula choclairs.
6.
"peranjat...boboiii" yg ini quote paling banyak aku dengar sepanjang minggu ni, kat mana-mana pun.

- sekadar gambar -










biasanya, kalau pergi cuti mana-mana


aku lebih suka sewa penginapan yg guna


konsep apartmen, selesa & luas.


yg ini di everly resort, melaka

- war inseng mate kaji semar nginseng -

Jun 28, 2011

pagi ni keretaku meluncur ke bank. tidak seperti hari-hari lain tetapi rutin yg sama setiap hujung bulan. al-maklumlah nak bayar itu dan ini. sebahagiannya aku gunakan bayaran online. sebahagian lagi guna mesin auto yg disediakan di bank. faham-faham sajalah berurusan dgn bank di kota KL ni. masalah parking tak usah ceritalah. lagi pulak kalau keluar waktu bekerja tak dibenarkan. nak keluar waktu rehat tengah hari, perlu tegocoh-gocoh kesuntukan masa terkadang sangkut dalam kesesakan jalan, nak parkir pun satu lagi halangan besar.


akhirnya perlu ada orang yg beralah. aku salah seorang daripadanya. berurusan waktu awal pagi begini. sebelum masuk ofis, singgah dulu di bank. aku pasti, bukan aku seorang yg bertindak begitu. ramai yg lain jugak.


tetapi apalah malang nasib pagi ini. terlanggar pintu kaca automatik bank. bukan salah pintu itu. aku yg leka mengeluarkan wallet dari kocek. terus meluru masuk. sangkaku pintu kaca itu akan terbuka macam biasa. macam selalu. tetapi tidak kali ini. terus gedegang bahuku terlanggar cermin. mujur tak kuhulurkan kepala dulu. kalau tidak pastinya, benjol di dahi...


itulah dia, kita ini leka dengan kelaziman. atau take for granted sesuatu hal. pintu itu memang terbuka dan tertutup secara automatik. begitulah fungsinya. bila tak berfungsi, beginilah jadinya..


merah padam mukaku. darah pun sedikit menyirap. tapi takkanlah nak ku tendang pulak pintu yg tidak bersalah itu. aku toleh kiri kanan & belakang, manalah tahu ada kelibat yg memandang.

aku menunggu beberapa ketika. pintu masih tidak terbuka. kemudian datang dua tiga orang yang lain. pastinya nak berurusan jugak. mujur juga aku berada di situ menegah mereka melentum pintu seperti yg berlaku pada ku tadi. "pintu rosak...!" aku beri amaran.


tiba-tiba muncul seorang pekerja restoran yg terletak di sebelah bank. "itu pintu rosak atau itu sekuriti lupa mau bukak..." katanya kepada kami. mungkin dia perasan yg sudah banyak orang yg 'terkena' pagi ini. kenapa pulak perlu dikunci, bukankah ini cuma bahagian mesin sahaja, lagipun tertulis servis 24 jam!


lalu kami pun beredar. dengan rasa bengang. ada juga yg merungut. masalah parkir sudah dielakkan. masalah jalan sesak sudah dihindari. tetapi masalah pintu pulak jadi halangan...aduhai!

- lara -

Jun 27, 2011

dibiar aku sepi


diusir aku pergi


dibuang aku mati


diluka aku sengsara


dipisah aku tak rela


ditinggal aku lara

- hujung minggu yg spontan -

sabtu
sempat briskwalking pagi-pagi. hari ni tak jumpa seorang manusia pun yg berjoging. mungkin sebelah petang lebih ramai.
sarapan pagi ni, roti cecah kuah kari ayam. belen-belen malam tadi.
tengah hari - menu sup ayam.
lepas tu tengok wayang astro first - karak.
taklah best sangat, teruk sangat pun tidak - boleh la layan...
petang - tiba-tiba keluar idea nak ke pantai bagan lalang. sampai di sana dah dekat jam 6 ptg. ramai orang, mungkin sebab ada beach party di gold coast. sempatlah main air sekejap sambil makan keropok lekor.
macam biasa diakhiri dengan acara makan-makan ikan bakar & seafood yg segar di situ.

ahad
tak joging hari ni sebab hujan renyai-renyai. buat kerja ofis sikit.
sarapan macam biasa - keluar ke kedai mamak.
lepas tu, isi minyak kereta penuh-penuh sebagai rutin mingguan.
kemudian ke tesco - acara bulanan. beli barangan keperluan harian, keperluan dapur.
masuk kedai buku - acara bulanan jugak. erol, eril & erin akan pilih dua buku - tak kesah buku cerita atau buku ulang kaji. wifey biasanya pilih majalah yg dia minatlah - hiburan & wanita. aku biasanya beli majalah bola atau sukan.
dalam perjalanan balik - singgah makan durian di gerai tepi jalan berhampiran pekan salak. kali ini, duduk makan di situ, sebab kerap kali dikelentong bila bungkus bawak balik. sudahnya pilih durian kunyit - habis tu, nak paling sedap kenalah bayar paling mahal!
tapi berbaloila. perut kenyang & puas hati.
petang - bukak car wash. sambil dibantu oleh eril & erin. yg lebihnya nak main air pancut. erol tak join, sibuk dengan 'latihan' basikalnya.
malam - tonton F1.

- kek dan burger -

Jun 24, 2011

bila diberi peluang memilih, makanya

yg ada hiasan kartun lah yg jadi pilihannya
ish ish tak sabar-sabar
si birthday boy, erol nak potong kek
tak sempat habis nyanyi lagi

sekali lagi, bila diberi hak memilih

tempat makan. makanan segera juga

yg dituju


- happy birthday erol -

Jun 23, 2011

habis ditandanya semua kalendar dlm rumah. utk ingatkan semua orang akan tarikh hari jadinya.

erol lebih manja daripada erin & eril, lebih sensitif, lebih cepat baran.

hobinya main basikal. kalau sehari kakinya tak mengayuh basikal mungkin demam jadinya kot...he he.

mewarisi minat papanya yg kaki sukan. dia kenal rooney & messi, kenal lewis hamilton, kenal nadal & federer.


happy birthday, erol...