sdg sibuk mengerjakan tugas harian, prof. pian muncul. dtgnya dgn dr iz, yg diperkenal sbg co-author utk bukunya. tujuannya nk serah surat perjanjian penulis-penerbit. selain nk ambik naskhah pengarang. bukunya baru je siap cetak, akan masuk pasaran minggu depan.
TS kenal prof. pian sjk beberapa thn dulu. ini bukunya yg ke-3 bersama kami. orgnya simple. tk spt kebanyakan prof. yg selalunya bnyk kerenah, bnyk songeh. selps berbual pendek, dia ajak utk belanja minum. TS cuba menolak, lagipun boss takda. jadik tugas pengawasan ofis diletakkan pd TS. tp prof. pian gesa jugak. tkpala, sekejap. lagi pun hubungan editor-penulis pun kena jaga jugak. kami pun menuju ke kantin berhampiran. sebaliknya, prof. pian melencong ke tempt parking. dia mengajak TS & dr iz naik kereta. mau tk mau, ikut jela. naik merz merahnya.
merz menuju ke bangsar. katanya belanja minum je, jadik TS pun order teh ais. tp prof. pian order mcm2 makanan. ini kes paksa rela. kena mkn la jugak. heavy pulak tu. sepnjang mkn2 sambil berborak tu, mcm2 topik yg keluar. dpd hal buku yg baru keluar tu, road show berakitan buku tu, diskaun & royalti, strategi pemasaran, hal kerja hinggalah hal politik, cerita prof. pian semasa di oregon univ. dulu, kisah hippies, bola, artis, soal siapa tokoh melayu yg paling ternama, kisah zaman sekolah dsb. serius ada. lucu ada. mengarut pun ada.
sedar2 tk sedar dekt 2 jam berborak. dekat jam 5 dah. yg menyenangkan, mrk berdua tk henti2 memuji2 kerja baik TS hingga terhasilnya buku mrk. sdg bagi TS itu hanyalh sbhg tugas. tp dlm hati rasa kepuasan hasil kerja kita dihargai. semasa melangkah keluar dr kereta semasa balik, prof. pian menyeluk sesuatu ke dlm poket TS. cuba jugak tolak. tp prof. insist . tak baikla tolak pemberian org. rezeki...
kalaula semua pof. atau penulis mcm prof pian...seronokla kerja. rasa dihargai.
0 refleksi:
Post a Comment