al-kisah

Apr 13, 2009

tersebutlah al-kisah pm baru memperkenal kpi utk nilai jemaah menterinya. maka seorang daripadanya yg dilantik semula ke kementerian yang sama pun menyambut baik cadangan itu. arakian bersuaralah ia "kpi akan diperluas ke universiti awam" dengan nada penuh tanggungjawab.
seyogia terkesimalah warga universiti seluruh jajahan mendengar akannya. walhal universiti tertua dalam jajahannya sudah tiga tahun mengamalkan kpi. malah beberapa universiti lain juga demikianlah juga amalannya.
apakah yang diperbuat oleh memanda menteri itu selama ini. ataukah tidak pernah terdengar olehnya apakah kpi itu, sehinggalah dititahkan oleh pm baru? atau masih terkedu akan kekalahannya dalam perebutan mendaki puncak kepimpinan baru-baru ini?

0 refleksi: