di pihak mereka, urusan itu rutin saja. memang dah itu kerja mereka.
tapi di pihak aku, sangat memerlukan tindakan segera pihak mereka.
satu, ianya penting sebab kami mengejar masa untuk mencetak & menerbitkannya.
kedua, yg lebih utama buku tersebut akan dilancarkan oleh vvip dalam satu majlis yg bakal berlangsung dengan 'gilang-gemilang'nya.
kelewatan permohonan bukanlah disengajakan tetapi mengambil kira banyak faktor & melibatkan banyak pihak lain yg berkepentingan.
petang jumaat lepas aku telefon, bertanyakan status permohonan c.i.p yg difaks sehari sebelumnya. aku nyatakan dengan nada yg amat diplomasi memohon jasa baik & menjelaskan keperluan kalau boleh proses tersebut dipercepat & dipermudahkan.
aku dimaklumkan bahawa maklumat yg kami hantar sudahpun dimasukkan dalam sistem & ketika itu sedang diproses. proses tersebut akan dapat disiapkan dalam tempoh ialah secepat-cepatnya 3 hari bekerja. maknanya, aku akan hanya terima paling cepat hari isnin.
oleh sebab mereka mengira 3 hari bekerja (macam nak tunai cek pulak), hari sabtu & ahad tidak diambil kira. mereka takda sentuhan insani. istilah budi bicara takda dalam kamus mereka. walaupun aku cuba menjelaskan pertolongan mereka mempercepatkan proses amat kami hargai. dalam kata lain, "mintak tolong cepat sikit boleh tak?".
hari isnin pun tiba, aku tak mahulah terhegeh-hegeh macam orang tak reti bahasa & tak menyempat-nyempat. sehingga petang, aku masih belum terima faks yg sepatutnya mereka hantar. aku pun menelefon lagi, kali ini dijawab oleh staf lain. katanya, dalam sistem, c.ip itu sudah diproses & sepatutnya sudah difakskan oleh staf berkaitan. lalu dia pun minta aku no. faks & akan memaklumkan kepada staf berkaitan.
namun, sehingga pagi ini, masih tak sampai faks yg dimaksudkan. lalu aku pun menghubungi pihak sana. kali ini sekali lagi staf lain yang menjawab. setelah disemak dalam sistem, katanya dengan yakin "dah faks pagi ni". aku pun tengok di mesin faks, manalah tahu mungkin terlepas pandang. tapi, memang takda. takkanlah faks mengambil masa yg begitu lama!
bosan dengan kerenah & gelagat mereka, aku pun menghubungi ketua mereka. yg juga merupakan kenalan aku. kalau boleh aku tak mahu mengganggunya dengan hal yg remeh begini. selang beberapa minit saja, aku meletakkan telefon selepas bercakap dengannya, aku diberitahu oleh staf aku yg c.ip yg dipohon sudah diterima melalui faks.
hari ini aku belajar satu perkara. cara komunikasi & berurusan paling berkesan & cepat ialah guna KABEL.
1 refleksi:
betul tu, lagi besar kabel lagi cepat, lagi mudah!
habis, macam mana pulak dgn yg tak de kabel, benang pun tak de, maka menantilah mereka dgn kesabaran buah yg tak gugur!
Post a Comment