ahad lepas kami adik-beradik mengadakan majlis tahlil -bacaan yasiin bulanan. yg pertama utk 2011. seperti biasa acara makan-makan menggunakan kaedah pot-luck. lebih meriah, lebih aneka & lebih banyak daripada sepatutnya....hinggakan boleh dibungkus & dibawa pulang utk makan malam pulak.
bukan hal itu yg hendak diceritakan. selalunya selepas habis bacaan yasiin-tahlil, akan ada 'pengumuman' terkini perkembangan adik-beradik atau sedara-mara terdekat. ada yg masuk asrama, ada yg pindah rumah, ada yg tukar kerja, ada yg sakit pening, berita kejayaan dsb. jadi, abg long, mengambil kesempatan mengumumkan hari itu adalah hari jadinya. makanya kami semua mengucapkan tahniah.
selesai jamuan makan, disambung pulak dengan sesi borak-borak. acara makan-makan diteruskan dengan hidangan minum petang dengan teh tarik, kuih donut, bubur & cucur badak. sedang leka berbual sesama adik-beradik lelaki, sebenarnya kak anjang & kak tih senyap-senyap menyusup keluar ke kedai. sedar-sedar, tiba-tiba kak anjang membawakan sebuah kek hari jadi sebagai 'surprise' untuk abg long. serentak itu, kami beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi & 'Allah selamatkan kamu'. diikuti dengan doa yg dibacakan oleh abg ngah. along kelihatan terharu kerana katanya ini adalah sejarah dlm hidupnya menyambut hari jadi ramai-ramai dgn adik-beradik yg lain.
sebagai anak paling tua, dialah sebagai ketua keluarga sebagai ganti arwah abah & mak. abg long dah pun pencen sebagai polis. hobinya memancing & berkebun. dia juga rajin menanam pokok bunga. tak heran rumah kak lang yg dibina menggantikan rumah pusaka di kampung dihias dengan pokok bunga yg terjaga rapi oleh abg long. dialah yg menyiram & membajanya. setiap petang dia akan datang mengerjakannya.
pengalaman aku dgn abg long amat besar maknanya. aku masih ingat bagaimana abg long bersusah payah menguruskan majlis perkahwinanku dulu. mengambil cuti panjang semata-mata mahu bertanggungjawab mengatur semuanya & memikul tugas sbg ketua keluarga. kerana aku satu-satunya adik yg berkahwin selepas ketiadaan abah & mak. dia selalu pujuk aku jangan bersedih pada hari bahagiaku itu. tetapi akhirnya, pada hari itu, dia yg menangis terharu.
buat abg long, aku sentiasa sanjung tinggi susah payahnya. semoga panjang umur, murah rezeki, dikurniakan kesihatan walafiat & dilindungi hidayah-Nya.
selamat hari jadi abg long, pak long, tok long...gelaran kami adik-adiknya, anak buahnya & cucunya.
0 refleksi:
Post a Comment