dah lama aku tak tulis entri berkaitan 'sepanjang jalan kenangan' ni.
hari ni ada free sikit. bolehlah mengimbas semula kenangan dulu-dulu.
selalunya bebudak asrama dapat info dari geng pengawas yg jugak duduk di asrama. pasal spot check rokok ke, rambut ke, stokin pakai ke tak, atau tali pinggang yg ada buckle pelik-pelik. kalau ada, diorang dah bagitau pada kami pada sebelah malamnya semasa prep.
jadi, habis aje prep tahulah apa nak buat. akan 'tumbuh'lah kedai gunting segera sepanjang koridor asrama. kau gunting rambut aku, lepas tu aku gunting rambut kau. siapa tak pandai gunting dia kena bayar upah gunting.
ya, pada masa tu akulah paling kaya, sebab aku memang tukang gunting handalan. tapi diorang suka gunting dengan aku sebab aku ni fleksibel.
bayaran boleh dalam pelbagai bentuk sama ada sistem barter seperti upah rokok, upah masak megi, upah iron baju sekolah, atau upah basuh pakaian.
sudah jadi rahsia yang bukan rahsia. kalau ada perhimpunan, akan adalah spot check. jadi semua kena kemas.
'entah apa ke jadahnya...' (ikut stail wan kamarudin dlam edisi siasat bukan stail aaron aziz dlm ombak rindu). satu hari tu oleh sebab nasib tak baik. cikgu disiplin baru tu, yg memang kami dah lama berbulu tu tukar strategi. ternyata walaupun baru tetapi dia bijak. tidaklah selurus bendul seperti cikgu disiplin terdahulu yang boleh kami akal-akalkan.
kami ingat, dah selamat. suatu hari tu memang takde perhimpunan. lagipun, kami tak dapat apa-apa 'signal' daripada geng pengawas. tapi cikgu disiplin buat spot check dalam kelas laaa...memang tak boleh nak lari punya!!
kebetulan aku dan beberapa yg lain sedang bela rambut panjang sikit. nak buat pacak. bubuh gel lebih sikit. tapi itu luar waktu sekolah la. masa sekolah, rambut lebih skema.
cumanya, syarat yg ditetapkan ialah rambut bahagian belakang tak boleh cecah kolar baju. belah pelipis tak boleh cecah telinga dan belah depan tak boleh tutup dahi. waduh....detail habis dia punya peraturan!
maka...TERKONO...bak kata orang negeri.
bukan aku seorang. 6 daripada kami. semua geng aku. walaupun berlainan kelas.
tapi sampai sekarang aku rasa, sebenarnya itu cuma helah cikgu disiplin kami. kami panggil cikgu megat. dia memang dah marked kami. nak kenakan atau balas dendam ke.
ya, memang berambut panjang tu satu kesalahan. tapi kaedah hukuman tu yg kami pertikaikan.
rambut kami digunting oleh cikgu megat. di depan khalayak.
kami bukan saja didenda atau dihukum tetapi juga dimalukan.
kononnya sebagai pengajaran kepada pelajar lainnya.
tapi sebenarnya ramai kalangan pelajar lain tak setuju dengan hukuman itu.
rambut kami bukan digunting sebaliknya ditoreh dan ditarah.
macam dimakan tikus. berlubang sana-sini. tinggi rendah. tebal nipis tak sekata. buruk benar rupanya...
ramai yang menyifatkan tindakan cikgu megat itu agak zalim.
malah ada juga di kalangan guru yg tidak bersetuju dengannya.
petang itu kami berenam pergi ke kedai gunting mamak di luar asrama. dengan memakai topi, kopiah dan songkok kerana malu.
oleh sebab tak boleh dibaiki rambut kami itu. walaupun oleh tukang gunting rambut paling handal.
hanya satu cara, iaitu membotakkan kepala...!
jadi kami berenam, nekad untuk berkepala botak. pertama untuk elakkan rasa aib untuk ke sekolah dengan rambut seperti digigit tikus. kedua, sebagai tanda protes!
esoknya kami ke sekolah tanpa rambut.
tetapi tindakan kami itu tidak disenangi oleh cikgu megat.
kami 6 budak botak dipanggil menghadap.
kami diberikan ceramah oleh cikgu megat. kami dimarah dan ditengking.
kami dituduh cuba melawan cikgu. cuba menunjukkan keras kepala. dan dikatakan sebagai pengaruh negatif yg akan mempengaruhi pelajar lain supaya melanggar disiplin.
walhal rambut kami tidak lagi panjang, malahan botak...
disebabkan cikgu megat masih baru naik jawatan sebagai guru disiplin. atau mungkin menganggap jawatan itu sangat tinggi darjatnya. maka dia sebenarnya terlalu dikuasai emosi, membuat tindakan di luar batasan.
atau juga mungkin nak tunjukkan yg dia memang tepat dan sesuai sekali bergelar cikgu disiplin, maka pertimbangannya menghukum kami menjadi agak keterlaluan dan ekstrem.
kami juga diberitahu tindakannya itu tanpa merujuk kepada pengetua...!
kami diberi surat amaran dan gantung sekolah selama seminggu. keenam-enamnya.
mungkin cikgu megat lupa. kami hanya berambut panjang, bukannya tidak berdisiplin.
oleh sebab dia hilang pertimbangan, buruk sangka dan salah persepsi. sedangkan kami juga ada maruah.
kerana kami juga tinggal di asrama. maka terpaksalah kami balik kampung. atau menumpang di rumah sewa kengkawan yg lain. selama seminggu itu. kami hanya mengikut arahan dan peraturan, malah tidak membantah pun...
rupa-rupanya sepanjang ketiadaan kami selama seminggu itu, telah mencipta suasana baru dan bergelora di sekolah. khabarnya cikgu megat menerima banyak surat layang mengutuk tindakannya menghukum kami itu dari kawan-kawan dan rakan pelajar yg simpati. dalam kalangan cikgu jugak diadakan satu mesyuarat khas yg dianjurkan oleh guru yg kurang setuju menyuarakannya kepada pengetua. malah wakil PIBG melalui surat bantahan yg dihantar oleh bapa adi dan joe telah meminta sisatan dalaman dilakukan oleh pengetua terhadap cikgu megat.
tindakan terburu-buru dan penuh emosi oleh cikgu megat itu mengundang padah. dia kemudiannya telah ditukarkan ke sekolah lain.
kalau itu semua tidak berlaku, tiadalah kenangan untuk kami imbau kembali. kami cuma nakal bukannya jahat. dan kini 6 budak botak itu sudah dewasa. alah punya famili sendiri.
joe kerja dengan petronas lulusan UTM. sesekali kami bertanya khabar. kalau ada masa berziarah.
adi ialah manager sebuah bank di JB. selalu chat atau berbbm dengan aku.
kimi kerja di klia. tahun lepas ada datang beraya ke rumah aku.
tapi dua yg lain aku dah lost contact.
kami akan sentiasa ingat kenangan di sekolah dan kisah 6 budak botak...!
terima kasih cikgu megat....
5 refleksi:
aku penah kena denda pakai kain songket sebab aku pakai kain licin ke skolah.masa tu skolah aku tak benarkan kain yang licin..kain jenis cotton tu je..dan aku juga kena dneda sbab pakai stokin pendek.huhu
aku sgt glemer kat skolah krn langgar disiplin smpaikan adik aku pun kena warning dek cikgu masa masuk form 1.katanya 'ni adik..dot dot dot.jgn ikut perangai kakak kamu'
itu semua kenangan
ha ha ... kalau irfa baca siri 'sepanjang jalan kenangan sebelum' ni ada cerita sebegitu.
nak tahu, aku mmg tak pernah pakai stokin di sekolah. aku rimas. kalau ada perhimpunan atau spot check aku akan pinjam sebelah stokin. bila pengawas suruh selak seluar, aku akan angkat kaki sebelah kiri manakala kawan aku akan angkat kaki sebelah kanan. dan dua-duanya lepas kononnya pakai stokin....he he
kenangan zaman sekolah mmg sentiasa dlm ingatan.
nyorok dlm tandas masa assembly mmg cikgu dah tau taktik tu. skerg ni rambut murid tak panjang tapi berjambul, mcm k-pop atau terpacak pun patut dikebakan tindakan...
eh bukan ke cikgu megat add ko kat fb?hahahha..larik
cikgu megat selalu like aku punya status fb...hu hu
Post a Comment