- pakej istimewa 4 hari 3 malam -

Jul 2, 2013


dari khamis ke ahad minggu lepas, aku kena bertindak sebagai 'mr mama' aka bibik selama 4 hari.
sebabnya wifey terbang ke Singapore atas urusan kerja, katanya.
kalau ke Singapore atas urusan kerja bertembung pulak dengan hujung minggu.
maka haruslah sambil menyelam minum air.
'terpaksalah' buat road tour atau lawatan kerja ke pulau sentosa atau universal studio.

samalah kalau kita pergi seminar atau kursus ke langkwai.
pakej seminar disertakan lawatan ke cable car, underwater world, pantai chenang,  idaman suri atau sykt hj ismail.
boleh lah bawak balik coklat dan pinggan mangkuk. paling tidak, minyak gamat atau t-shirt.

aku terpaksa ambik cuti.
iya lah kalau tak, siapa yg nak menguruskan anak-anak nak pergi sekolah.
kalau tak berkejut pagi-pagi, mandi, bersiap. mahunya tidur sampai tengah hari.
kalau tak disiapkan uniform, tentu ponteng lah jadinya.

rumah pun kenalah disapu. dikemas.
pinggan kenalah dicuci. bunga disiram.
baju kenalah basuh, kalau tidak masam dan berkulat nanti.
cuma kalau nak makan minum, ada pilihan kedai makan yg banyak.
itu bukan masalah besar.
paling malas, masakkan aje megi.

bagi aku. itu bukanlah masalah besar sangat.
sesekali, bukannya hari-hari.
selama ni pun wifey yg uruskan semuanya.
biarlah dia enjoy pulak dan dibebaskan dari kerja rumah.
bila memikir 'kerja suri rumah' yg banyak dan tak putus-putus menjadikan kita insaf dan muhasabah diri...ceewaah!

lagipun bukannya pertama kali kena tinggal.
dah ada pengalaman, dah boleh agak apa yg kena setelkan.
anak-anak pun tak berapa nak kesah.
malah mungkin mereka rasa 'merdeka' sikit.
takde dengar 'ceramah' mama mereka.


perfume, cap & t-shirt - hmmm...lumayan jugak upahnya ;)

4 refleksi:

rahimin said...


lumayan pak...!

Irfa said...

BAGUS DPT SUAMI YG MEMAHAMI
SESEKALI BAGI LA PELUANG WIFEY MERDEKA ;)
# AKU PUN SEJAK ANAK BESAR NI BOLEH SESEKALI JENJALAN NGAN KENGKAWAN ;)

||aLeaSaRa|| said...

wah tahniah...tahniah.alah suami la ni dah terer buat kerja rumah...takde masalah kalau bini outstation.anak2 pun dah besar lagi senang nak urus he3..

bangsawan nilai said...


serius aku mengaku buat kerja-kerja rumah mmg penat.
respek pada semua isteri/suri rumah :)