bukan nak mengata, tapi . . .
Jul 10, 2014
elok la, masjid diimarahkan dengan solat tarawih berjemaah bukan ramadhan ni.
alhamdulillah ramai yg ke masjid.
tua muda, lelaki perempuan, kecik besar.
tapi,
aku pelik dengan perangai sesetengah orang kita.
patutnya nak solat berjemaah tarawih, kita solat jemaah isyak la dulu.
ini tidak.
dah habis solat isyak baru sampai.
mereka datang semata-mata nak solat tarawih.
tak faham la...
*******
berbalas-balas juadah sesama jiran ni dah jadi amalan biasa dalam bulan ramadan.
bukan lah bila kita hantar juadah, minta dibalas.
tak balas pun takde yg kesah rasanya.
cuma bukan nak mengata.
ada juga jiran yg tak pernah memberi, macam mana nak membalasnya...hehe.
kengkadang terasa segan la nak pulangkan bekas kosong kan.
sebab tu ada sesetengah orang hantar bekas yg recycle atau boleh lupus.
tak payah pulangkan/dibalas pun tak apa.
itulah maksudnya.
wifey kalau memasak juadah, dia akan masak lebih.
tujuannya nak bagi pada jiran.
tidak lah hari-hari, terutama bila masak menu yg spesel sikit la.
terutamanya weekend. hari lain kalau tak sempat masak, beli di bazar aje.
sebahagiannya niat sedekah, sebahagian lagi untuk sama-sama merasa.
bukan nak tunjuk 'aku ni pandai masak' atau 'aku bagi makanan ni, kau kena balas'.
yg tak sedapnya kalau nak balas tu biarlah ada effort sikit.
takkan lah balas dengan roti bakar.
ini kisah benar yg berlaku sabtu lepas, roti bakar yg disapu jem sebagai balasan oleh jiran kami...hahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 refleksi:
Post a Comment