bila awek masuk kedai hardware
Oct 8, 2014
petang semalam aku ke kedai hardware.
nak beli cat.
sebab eril pesan, beli cat hitam untuk kerja pertukangan sekolahnya.
mula-mula aku pusing kedai nak cari.
yg jumpa, tin cat yang besar-besar.
argh...baik aku tanya je.
"cat kayu warna hitam ada tak.
nak tin paling kecik..."
pembantu kedai tu angguk.
bukan orang tempatan.
tak pasti, sama ada bangla ke vietnam ke.
nak kata bangla, putih pulak macam vietnam.
nak kata vietnam, ada iras bangla.
konfius den...!
sementara aku berdiri di kaunter.
menunggu dia carikan cat kayu hitam dalam tin kecik.
masuklah seorang awek cun.
pakainya pun elok. baru balik dari ofis agaknya.
dia pun tercari-cari sesuatu macam aku tadi.
kemudian dia bertanya pada pembantu kedai yg seorang lagi.
sama juga, nak kata bangla tak bangla nak kata vietnam tak vietnam.
he he he...
tauke kedai entah pergi mana.
makan agaknya.
atau keluar ambik supply.
'perangkap tikus ada tak...?"
pembantu kedai, angguk saja.
kemudian dia tunjukkan perangkap tikus.
'macam mana guna ni?" tanya awek tu.
mamat pembantu kedai pun tunjukkan caranya.
"sini makan kasi letak" (letakkan umpan makanan di sini) katanya.
aku sempat menjeling. sambil bayar duit cat tadi di kaunter.
"ish...cemana rumah awek cun ada banyak tikus" aku berbisik dalam hati.
semasa aku melangkah keluar kedai.
aku sempat lagi pasang telinga.
aku terdengar awek tu bertanya lagi.
"tikus suka makan apa yek...?"
di luar kedai, aku tertawa sambil menekan-nekan perut...!
kah kah kah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 refleksi:
aku mcm tau kedai mana. mmg agak konpius ngan status pembantu kedai tuh, haha
aku tu ari masuk cari cat
tp nak cari cat utk pintu tp terbeli cat utk besi, adoi
itu la.
kalau nak beli cat pun banyak jenisnya.
cat air ke cat minyak.
cat untuk dinding simen ke, cat kayu atau cat besi.
boleh pilih juga la nak cat yg ada brand mcm jotun, Nippon, ici. atau pun yg murah takde brand.
Post a Comment