to do list . . .

Jan 30, 2015


ok cuti hari wilayah + thaipusam.
ada 4 hari cuti.

tapi to do listnya panjang berjela macam cuti 2 minggu.
kebanyakannya bukan aku yg listkan.
tapi aku jugak yg kena buat hehehe

1. repair basikal erol. dah seminggu rosak. kalau tak boleh repair sendiri, kena hantar kedai basikal.

2. wife mintak cuci air cond dan kipas. dah tak sejuk katanya. cuci air cond? maksudnya kena cuci penapis air cond tu. dah berhabuk. bila berhabuk air cond tak berapa sejuk.
kerjanya taklah susah, tapi ada 3 set air cond kat rumah ni...huhu
kalau tak sejuk juga kenalah panggil orang service.
senang je, dalam hp ni dah ada. itupun ambik no yg ditampal kat tiang-tiang lampu.

3. service kereta dah due. nak hantar service tu takde masalah. cuma yg malasnya nak tunggu giliran dan tunggu siap. hujung minggu memang ramai la kan.

4. nak pi bayar duit cukai pintu kat majlis perbandaran nilai. boleh je bayar online.
tapi aku lebih suka ada resit, boleh simpan rekod.lagipun isnin, MPN tak cuti.

5. dah janji dengan wifey nak gi ikea. nak makan meatball dan cuci mata tengok barang deko kat dalam tu.
aku tahu dia dah ushar nak beli something...


6. erin ajak pergi mid valley. alasannya nak tengok movie.
macamlah tempat lain takde panggung wayang. alasannya sebab kat situ ada banyak cineplex, tak payah nak booking terus beli tiket je, pilih time tayangan dan masuk.
lagipun dia dah lama tak makan pop corn yg saiz jumbo yg besau tu...!
nasib baik jugak dia tak ajak pergi batu caves

7. wifey pesan kalau ada masa tolong cat bilik air luar  yg budak-budak guna. catnya dah tanggal dan bertampuk-tampuk. tak cantik, manalah tahu kalau ada tetamu yg singgah.
jadi macam tu sebab budak-budak suka main air dan simbah ke dinding.

8. aku nak start joging. ada 4 hari cuti. so pagi...petang boleh joging.
hari tu rajin gak joging sebab nak pergi umrah. kalau tak, pancit juga masa buat saie.
lagipun bulan depan ada kompeni punya health screening.
tapi kena cari kasut joging dulu...entah mana aku sumbat.

9. eril kata dah lama tak pergi kedai buku. nak beli buku cerita. nak tambah koleksi yg sedia ada.
lagipun asyik dia je yg pinjam kawan punya, rasa segan pulak. janjinya kena tukar, suka sama suka.

10. tanaman kat belakang rumah dah naik semak. takdelah banyak sangat. tapi adalah jugak pokok pisang, cili padi, limau kasturi, mangga, serai, kunyit.
baja pun lama tak bubuh.

huh...panjang gak.
cukup ke 4 hari tu?

0 refleksi: