awek kasyier di stesen minyak

Apr 8, 2015

pukul 10.30 malam.

'alamak bang, lupalah. minyak kereta sikit. mintak tolong isikan...
besok nak keluar kerja awal"

walaupun mengeluh panjang. berat rasanya nak bangun dan meredah jalan waktu begini.
'ku relakan jiwa' demi sayang isteri kan.
habis tu, dulu kata lautan api sanggup direnangi.
ini baru disuruh isi minyak kereta aje kan....

eleh...sikit punya hal.

stesen minyak yg besar tu dah lengang.
hanya kereta aku dan sebijik motor.

aku hulur note 50 pada awek kasyier yang mukanya sedikit kelat..
mungkin tak puas hati kena kerja shift malam.

'30 ringgit...' kataku.

'pam mana?' tanya awek kayier.

'kereta putih tu...' jawab ku. sambil tunjuk ke arah kereta.

tak ada kerata lain. hanya kereta aku dan sebijik motosikal waktu tu.

'iya lah pam mana...? tanya dia lagi.
walhal kereta aku tu pulak, pada pam paling dekat dengan kaunter bayaran.
takkan tak nampak nombor pam.
mungkin dia rabun agaknya.

malas nak layan, budak hingusan yg poyo.

'pam 1...' tak ada adab betul, budak baru nak naik ni.
lagipun aku nak cepat-cepat balik.

dia kembalikan wang baki rm20.

bila aku pam minyak.
sampai meter menunjukkan rm30.
meter masih laju
dan tak berhenti.

aku pun terus tekan pam tu.
terus meter laju sampai angka rm50.
kemudian stop.

aku pun cepat-cepat blah.

semasa ku memandu balik tu.
terfikir jugak.
kira cemana tu.
kira aku hutang rm20.
atau rezeki aku rm20 extra.

atau gaji minah poyo tu kena potong.
sebab silap punch harga....!


2 refleksi:

zana-norzana said...

rezekilah tu........
marah punya pasal sampai silap key in harga

Irfa said...

MMG GERAM KALAU STF KEJE KAUNTER BUAT MUKA, MACAM KITA DTG MINTAK SEDEQAH PULAK