kalaulah semua kaunter begini. . .

May 27, 2015


orang selalu kata.
servis kaunter gomen lembap.
terpaksa tunggu lama.
ada yg mengadu kengkadang kena tunggu diorang pergi minum.
kaunter banyak tapi yg bukak satu dua je.

aku pun jarang puji.
selalu terkena benda yg sama.
tapi kali ni aku terpaksa tabik.
epf atau kwsp dulunya ikut stail kerja gomen.
sekarang servis kaunternya jauh berubah.
sangat efisien.

persekitaran selesa.
tempat menunggu selesa.
kaunter banyak.
stafnya dari pak guard sampai staf kaunter sangat friendly.

notis sekelilingnya pun nampak bersopan.
selalunya kita baca notis larangan.
"dilarang merokok", "jangan bunag sampah merata-rata""dilarang guna telefon"
tapi di sini,  berbentuk reverse psiko..
"terima kasih kerana tidak merokok"
"terima kasih kerana menggunakan telefon dengan berhemah"
"terima kasih menggunakan kemudahan tong sampah".
siapa yang baca pun jadi segan nak buat tak elok.

servisnya pantas.
nak semak dokumen, mereka akan bantu.
nak buat urusan apa akan ada yang pandukan arah ke bahagian mana.
aku cuma berurusan tak sampai 10 minit.

di kaunternya pun.
bukan sekadar letak nama.
tapi siap ada notis ini.


0 refleksi: