alhamdulillah.
kalu lambat update nanti dah kurang panas dan serinya.
semalam berlangsung open house raya kampung aku dengan lancar.
dah jadi acara tahunan nampaknya yg ditungu-tunggu.
tahun ini luar biasa ramainya. sampai sesak dan jem kampung ni.
terima kasih kepada sedara mara sekampung, kampung jiran, sedara-mara, kawan-kawan dan penduduk sekitar kampung termasuk nilai, labu, salak dll.
kalau ada kekurangan dan tak terlayan dengan baik, harap dimaafkan.
kali ni ada jemput artis, black. yang sempat nyanyi lagu raya dan lagu-lagu hitsnya.
dia datang dengan isteri dan anaknya.
pengacara majlis dan buat lawak ialah ebby yus yg sporting tak lekang dengan loghat nismilannya.
datuk seri shafie apdal pun sudi datang sebagai vip.
sempoi je, siap karok lagu yg diubah lirik atas permintaan penduduk kampung.
ada jugak bekas pemain badminton, hafiz hashim.
ada jugak hanis suraya dan suami dan ramai lagilah.
wak doyok yg khabarnya juga nak datang, tapi tak dapat hadir pada saat akhir.
selain tu ada band akaustik, rayyan band. nyanyi lagu bertemakan hari raya.
makannya disediakan port.
main menunya, nasi beriyani berlauk.
lemang dan nasi himpit rendang serta kuah kacang.
cendol....songkok tinggi dari jiboi yg femes tu.
ada mee kari.
sate, kuih muih, char kuey tiau, rojak buah dan jambu batu potong.
apam balik, tosei.
pendek kata, pelbagai pilihan makanan la.
inilah sebahagian gambar.
ini je yg sempat....sibuk da melayan tetamu yg ramai.
terima kasih, taun dopan kalau ada rezoki kito buek dan datang laei yo
black kena kerumun |
ds shafie pun sudi hadir |
ebby yus dgn kelakar nismilannya |
black mengalunkan lagu |
mana mungkin.... |
spoting ds shafie karok 1 lagu atas permintaan org kampung |
rayyan band |
1 refleksi:
ooooooooo patut lah jammed semalam, masa lalu nak balik ke kampung.
Post a Comment