kisah aku, jiran dan anak anjing . . .

Sep 10, 2015


subuh tu, aku dan wifey terdengar bunyi anak anjing.
agak dekat, mungkin di belakang rumah
dia tak menyalak. tapi macam merengek (eh...macam baby pulak merengek)
aku syak anak anjing tu dalam kesusahan....cewah.
mungkin dia ditinggalkan oleh maknya.
atau tersesat jalan, maklumlah kecik lagi tak tahu jalan balik.
atuh terjatuh dalam longkang besar belakang rumah.
atau cedera dipukul orang.

aku tunggu hari cerah dulu.
kalau dalam gelap nanti pergi belakang rumah, nanti jiran ingat aku nak menghendap.
silap-silap ada yg ingat aku ni penyamun nak pecah rumah pagi-pagi buta.

semasa aku ke belakang rumah.
jiran sebelah rumah pun ada di situ.
tentulah dia pun ada dengar bunyi anak anjing tu.
tapi suara tu semakin perlahan.
mungkin dah semakin lemah.

'kau pun ada dengar bunyi anjing tu ya?' tanya dia.
'aku rasa anjing tu jatuh longkang kot" jawab aku

kami pun cuba mencari arah di mana anjing itu.
semakin dekat semakin nyata.
memang sah ada bunyi anak anjing datangnya dari longkang besar belakang rumah.
sebahagian daripada longkang tu bertutup dengan kepingan konkrit.
sebahagian lagi dengan jeriji besi.

ada ruang sedikit saja pada bahagian di antara penutup konkrit dengan jeriji.
mungkin di situlah anak anjing tu terjatuh.
kalau tak diselamatkan mungkin boleh mati.
atau macam mana kalau hari hujan.
tentu akan dihanyutkan aliran air longkang.

terfikir jugak nak panggil bomba.
sebab takde idea macam mana cara nak naikkan anak anjing tu.

akhirnya selepas 'bertukar-tukar pandangan'.
kami dapat idea.
cari kayu terpakai dan susun batu-bata.
letak pada ruang tu.
jadikan seperti tangga, supaya anak anjing tu boleh panjat naik.
kemudian kami cuba halau dia ke situ dari hujung sebelah sana dengan kayu penyapu.

akhirnya dengan bersusah-payah, anak anjing tu dapat panjat naik.
dan berlari meninggalkan kami.
sambil berlari-lari, anak anjing tu menoleh ke belakang kepada kami.
mungkin tanda mengucapkan terima kasih sebab selamatkan dia...hehe

kejadian ini berlaku minggu lepas.
aku tulis ni sebab ada baca beberapa berita orang selamatkan anjing yg jatuh longkang.
ada orang ambik gambar dan ada jugak yg ambik video.
kemudian viralkan.

sekurang-kurangnya, dalam sejarah hidup aku.
aku dan jiran aku tahu, kami pun pernah selamatkan anjing.
takde pun ambik gambar. takde videokan. apa lagi nak viralkan.
malahan, kami tak ceritakan pun dengan jiran-jiran yg lain.
yg mungkin masih lagi tidur pagi itu.

ianya datang dari hati dan rasa perikemanusiaan.
tak lebih dari itu....






0 refleksi: