Ujian . . .

Feb 5, 2016


berat rasa hati untuk menulis entri ini...

keluarga kami sedang diuji.
ujian yang maha besar yang hampir membuat kami kecundang.
ya Allah,
maha beratnya ujian yang Kau berikan pada hamba-hambaMu ini.

ya, ramai yang menghulur simpati.
memanjatkan doa buat kami.
kami amat menghargainya.

walaupun sebenarnya, kami mungkin memerlukan lebih daripada itu.

kami akur.
kami sedar.
kami redha.
kami percaya.
setiap yang berlaku ada hikmahnya.

tabahkanlah hati kami.
kuatkanlah semangat kami
dalam mengharungi hari-hari mendatang ini...

sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui.
moga-moga dengan ujian ini,
menjadikan kami insan yang lebih lebih beriman dan soleh di sisi-Mu









2016 dan kembali ke alam nyata

Jan 4, 2016

back to school hari ni.
bebudak sekarang lain.
segan kalau mak bapak hantar first day sekolah.
maksud aku bukan darjah satu la.

hari ni buat tahun ke berapanya, aku tak ambik cuti nak hantar anak ke sekolah.
orang lain sibuk update gambor kat fb, insta atau wassap anak-anak masuk sekolah.
aku dengan wifey sibuk di ofis.

abis tu dah diorang tu 'berlagak' sangat.
katanya, tak payah hantar kita orang lah....please!
hahahaha

segala kelengkapan dah siap dah.
beli awal-awal.
bukan apa, beli last minute susah nak dapat saiz. pilihan pun terhad.
tak usah cakap pasal hargalah.
nak pulak, pakaian sekolah ni ikut saiz.
makin besor anak kau, makin tinggi sekolahnya, makin tinggi jugak regenya.
rasa sakit hati, ada. geram ada.
nak marah tu memang tahap tinggi la.
apa boleh buat.
ini yg harus kita tanggung setiap musim sekolah nak buka.
menabung lah dari awal tahun kan...hahaha

itu la yng pelik.
dalam merungut-rungut kos sara hidup nak, harga barang naik.
rakyat marhaen semakin terhimpit.
ramai jugak mak bapak yg update hari ni.
hantar anak masuk tadika, brainy bunch, genius aulad, little caliph.
tak main dah taska kemas, taski atau tadika sebelah rumah tu.
hebat orang malaysia ni


*********

dalam pada tu.
sabtu hari tu sempat jugakla.
kira sambut tahun baru la sekali.
berkumpul adik-beradik kat rumah kak lang.
buat tahlil, doa selamat dan baca surah yasiin.
macam biasa jugak, jamuan tu buat cara pot luck.
tapi kak lang buat main menu pujaan ramai, daging salai masak lomak cili api.

kali ni tak berapa lengkap yang dapat berkumpul.
siapa yang berkesempatan ajelah.
ada yg sibuk hantar anak ke asrama, macam anjang.
ada yg bercuti, macam abang ngah sekeluarga yang ke australia.
ada yang tak sihat, macam usu.

tapi yg penting ukhwah diteruskan.
berkumpul dan makan tanpa had...



iklannya kemain....tapi

Dec 28, 2015


cuti bersambung dapat la 4 hari rehat.
tak berholiday jejauh.
cuma bersiar-siar dari satu shopping complex ke shopping complex lain.
lagipun masih ada belen-belen kelengkapan sekolah yang tak complete.
kira sekali harung lah.

kebetulan cuti ni.
kita ada di rumah.
sempatlah panggil plumber repair paip yg leaking.
sambil tu nak panggil orang untuk servis aircond.
dah lama tak berservis....tak berapa nak sejuk dah.
walaupun sesekali ada jugak buat DIY cuci filter aircond tu..

biasanya panggil brader cina yg dah biasa buat servis.
tapi kali ni ternampak ada satu mamat melayu punya nama.
merata-rata dia pasang kat tiang kawasan perumahan ni.
tak pelah kita try.
tolong melayu buat bisnes.
kemain ada promosi diskaun kalau servis 2 set aircond sekali gus.

telefon sekali sebelah pagi, tak berjawab.
sejam kemudian tak berjawab jugak.
takpelah, mungkin tengah panjat tangga repair air cond agaknya.
kali ketiga, sejam kemudian tak berjawab lagi.
hati dah mula tawar.
tak apalah, tengah break nak lunch kot.
kali keempat call, lama tunggu deringan, baru pick up.

dia kata ok. petang nanti sampai.
mintak aku sms alamat.

tunggu punya tunggu sampai ke malam.
tak sampai pun. call pun tak jawab.
kalau tak dapat datang bagitau ajela.
kita nak keluar rumah pun, tak jadi.

pagi ahad.
masih tak de return call.
esok dah hari kerja.
ambik keputusan, call ajelah brader cina yg biasa buat tu.
sekali call dah pick up.
dia kata dalam masa sejamsampai.
tak sampai sejam dia dah muncul depan rumah.


********

pagi ni, jam 11 pagi.
aku di ofis.
mamat tu sms.
"sorry bang. sabtu lps tak sempat.
sabtu ni abang free tak..."

aku biarkan je tak berjawab.

jalan-jalan layan perut . . . 7

Dec 21, 2015


nak breakfast...apa ya.
terutama hujung minggu.

biasa sangat dah dengan roti canai kedai mamak.
selalu sangat dah dengan nasi lemak gerai tepi jalan.
kat kopitiam pun sesekali boleh la...
nak yang biasa tapi dah lama tak makan.

teringin nak makan lempeng kelapa.
teringin nak makan ubi rebus cicah sambal tumis.

kawan bagi tau ada satu kedai dekat area nilai ni.
lebih tepat lagi medan selera, pekan salak lama.

maka hujung minggu hari tu.
gigih la menyusur jalan ke salak.
memang tertunai lah hajat yg terpendam sekian lama.
ubi rebus yg empuk.
lempeng kelapa yg nipis dan lembut.
fuh....sodap.
nak yg simple, tradisional....try lah kat sini.

memang kena repeat...!

siap tapau lagi tu...

menu lain pun ado jugak

cari la kedai no. 5



siri bercakap dengan erin . . . 26

Dec 4, 2015


(dah lama tak sambung cerita erin ni...)

sekarang ni cuti sekolah.

petang semalam masa balik kerja.
erin dah tunggu depan pintu.
memang dah masak dengan perangai dia.

kalau dah siap tunggu tu, adalah dia nak minta belikan apa-apa.
atau nak kongi cerita.
tak sabar nak bagi tau, belum pun masuk rumah lagi.

layankan ajelah, anak-anak.
walaupun penat, tapi rasa hilang penat bila tengok wajah mereka.

"papa nak tau tak..."

"apa dia..." sambil buka kasut.

"erin sekarang dah pandai goreng telur...!!"
tadi abang eril makan...dia kata sedap...'

huh,
pandai eril bodek ya (dalam hati).
kiranya, pencapaian yg hebat la. untuk budak kecik macam erin boleh goreng telur.

aku dulu pun.
bab paling mengerikan masa goreng telur.
ialah masa nak pecahkan sebelum masuk dalam kuali.
takut minyak terpercik.
suspen gila rasa....hehehe







kenapa dia left?

Dec 3, 2015


mula-mula meriah.
satu hari beratus mesej.
kemudian makin sunyi.
akhirnya hanya bunyi krik krik.
bagi salam pun dah tak bersambut.

kat mana tu?

grup wassap...hahaha

masing-masing ada alasan tersendiri.
ada yg left.
ada ramai yg masih di situ, tapi diam membisu je.

malam tadi ada borak dengan joe pasal benda ni, masa mengeteh kat kedai mamak.
dia pun cakap simptom yg sama dengan grup wassap dia yg lain

"ah malas la...ramai sangat ustad dgn ustazah..."
...walhal kita tau perangai diorang kat luar camne?"

itu alasan joe bila aku tanya kenapa  dia dah lama tak muncul dalam grup kita orang.
walhal dia sendiri admin...

aku hanya balas kata-katanya dengan gelak panjang.
......hahahaha

masing-masing punya alasan tersendiri untuk left group atau berdiam saja.
ada yg sentap dengan geng lain.
ada yg bergaduh tak puas hati.
lain ideologi. lain parti.
kredit kena sedut, data cepat surut.
tapi alasan yg selalu diberi ialah....sibuk (kunun!)




respek sikit masa orang

Nov 19, 2015


aku ni kalau dah set appointment dengan orang.
seboleh-boleh aku akan pastikan tak tunda atau kenselkan.
kecualilah hal emergency.
sebab aku sangat menghargai masa orang lain.
sebagaimana aku mahu orang lain hargai masa aku.

*****

1.

3 hari lepas ada yg call nak jumpa.
kami setkan appointment.
khamis, jam 3 petang.
jumpa di ofis aku.
okey set dan setuju.

semalam dia wassap.
tak dapat datang ofis aku.
minta aku yg datang ke ofis dia.
ok, fine.
sabar la duhai hati.
aku tak nak tangguh masa lain.
tak mengapalah, asalkan kerja jalan.

jam 1.05, khamis.
dia wassap lagi.
ada meeting tergempar, katanya
minta tunda kepada isnin depan.
aku jawab next week aku outstation ke JB.

dia hantar wassap lagi.
"esok boleh tak"
aku jwab esok jadual aku penuh.
lagipun nak settelkan kerja sebelum out station.

kemudian dia hantar lagi wassap.
nak jumpa hari ni.
petang nanti, lepas habis 'meeting tergemparnya' tu.

kali ni aku biarkan saja wassapnya tak berbalas.
biar dia tahu aku bengang.
dah tentu dia tahu aku baca wassap tu.
sebab ada double blue thick.

kemon la.
respek sikit masa orang...!

*****

2.

pagi tadi..
ada student nak buat appointment.
dia hantar email.
nak buat research dan nak interview aku.
tak kesah, dah banyak kali aku layan student yg datang.
tujuan aku nak kongsi ilmu yg sikit ni dan pengalaman yg tak seberapa.
dalam masa yg sama nak bantu diorang.
ikhlas.
walaupun aku boleh je tolak atau bagi 1001 alasan tak nak layan diorang..

aku mintak student tu suggestkan tarikh dan masa.
nanti aku sesuaikan dengan jadual aku.

dia balas email nak jumpa esok, jumaat.
nak jumpa 4.30 petang.
esok, memang jadual aku penuh dan nak setelkan kerja sebelum ke JB, next week.
lagipun kenapa nak but appointment esok tapi baru hari ni hantar email?
nak jumpa pulak 4.30 pm.
student U, takkan tak tahu pasal office hour atau business hour?

tapi aku balas jugak email dengan baik.
"esok jadual saya penuh..."
lalu, aku cadangkan tarikh dan masa.
hari khamis minggu depan sebaik saja aku balik dari out station.

dia balas apa?

"boleh tak saya nak jumpa encik hari ahad ni"

tak tahu nak kata apa dahhh...














hari ni hari kau, esok belum tentu...

Nov 18, 2015


semalam balik kerja.
hari hujan..
sebahagian jalan air naik.
jalan 3 lorong jadi  selorong.
masing-masing himpit-menghimpit.
bukan nak bagi jalan.
siapa berani dia lepas.

aku nampak ada satu kereta sangkut.
pemandunya masih di dalam.
enjin keretanya mati.

aku simpati.
nak tolong, tak dapek.
sebab kalau aku berhentikan kerta di tengah jalan yang tinggal selorong ni.
maka langsung tak bergeraklah kereta kat belakang.

sekurang-kurangnya aku simpati.
masih ada rasa perikemanusiaan.
rasa kasihan.

teringat pernah terjadi pada aku dulu.
air naik.
kereta sangkut.
enjin mati.
terkial-kial nak hidupkan.
kereta-kereta kat belakang.
usahklan simpati.
dia hooooonnn lagi.
siap tunjuk isyarat tangan suruh aku tolak kereta ke tepi.
mana kemanusiaan kau.
bukankah kau manusia seperti aku.
kalau tak nak tolong pun.
 sekurang-kurangnya fahamlah kepayahan orang.
dalam hati aku berkata.
tak mengapa, hari ni hari kau!

petang tadi.
aku balik kerja.
lalu jalan yg sama.
hari ni jalan clear.
aku teringat, kereta yg sangkut semalam.
apa agaknya jadi pada dia....

kisah gua dan rokok marlboro

Nov 5, 2015


bila cerita pasal rokok.
kena guna bahasa gua lu.
baru rasa macam brader-brader.

ok la gua buat pengakuan.
dulu gua memang hisap rokok.
seingat gua sejak sekolah lagi.
tapi tak ingat pulak tahun berapa, form berapa.
tahu-tahu, gua dah jadi kaki rokok.

pernah lah kena tangkap warden asrama.
kena denda. kena gantung sekolah.
kat sekolah atau asrama.
memang takde jual rokok.
tapi nakal punya pasal, ada 1001 cara boleh buat.

dulu-dulu harga rokok takdela macam sekarang.
hari ni.
harga sekotak boleh dapat nasi ayam 3 pinggan.
atau ayam goreng 5 ketul.
atau roti canai dalam 15 keping.

"adeh...naik lagi..." kata pojie mengeluh.
"berenti je la bro..." gua bagi nasihat.
"dah banyak kali try...takleh la bro..." balas pojie sambil mengeluh lagi.

yep. sekarang gua tak hisap rokok lagi.
lama dah berenti.
gua berenti sebab perempuan.
gua tau majoriti perempuan tak suka orang hisap rokok.
tapi gua jugak tahu,
ada perempuan yg hisap rokok.
tapi taklah ramai....yg tu mengada-ngada je. hahaha
nak ikut trend, nak tunjuk liberal. nak equal.

gua kenal satu awek ni.
gua tau dia tak suka rokok.
eh...bukan tak suka. dia meluat sangat. benci....anti.
masa dating dengan dia, gua berlakon tak hisap rokok.
gua sanggup 'puasa'.
gua sanggup kunyah chewing gum je.
tapi dia, tau.
walaupun gua dah sembur pewangi mulut.
dia kata tengok tang bibir pun dah tau.

bila dah lama kenal.
perasaan sayang pun sudah mari.
gua rasa dia pun sayang sama gua.
sebab tu dia berani ugut.
"sayang I tak? kalau sayang berenti la isap rokok...
you kena pilih I atau rokok"

gua jadi gelabah.
gua ingat gua kuat.
tapi sebab dia, gua jadi cair.

gua cakap, bagi masa dulu.
gua tak boleh berenti time tu jugak.
nanti gua migrain.
nanti gua jadi sasau.
tak boleh tidur malam.
mandi pun tak basah.
produktiviti kerja merosot.

seksanya nak berenti.
ada kala gua curi-curi jugak di belakang.
tapi dia sayang gua.
dia sanggup tunggu.
dia bagi semangat.
dia bagi bebelan.
dia bagi leteran. ceramah. kuliah dan tazkirah....haha

dipendekkan cerita.
gua berenti jugak akhirnya.
happy endingnya, kita orang kahwin....heh heh

gua tak menyesal langsung.
malah rasa lega dan syukur.
gua pilih dia....bukan rokok.
gua harap, gua bahagia macam sekarang dan sampai bila-bila!

dulu-dulu gua hisap marlboro.
tak tahu pulak sekarang sudah tukar katanya....hih hih














aduhai, jiran sebelah rumah....

Oct 28, 2015


sebelah rumah adalah rumah sewa.
dah banyak kali tukar penyewa.
kali ini yg sewa, famili muda.
kerja offshore.
wifenya dah berhenti kerja jadi housewife je.

memang biasalah kalau ke laut.
kengkadang 3 bulan. ada masa6 bulan,
ada kat rumah sebulan dua je.
lepas tu kerja ke laut semula.
dia selalunya angkut sekali anak bininya.
tapi mereka duk di daratlah, sama ada di hostel atau rumah sewa majikan.
kengkadang wife dan anak-anaknya balik kampung.
boring seh, duk rumah aje sedang suami offshore.

tapi yang kali ini dekat 10 bulan tak balik.
ramai yg tanya aku, rumah tu dah takde orang ke.
atau dah pindah tempat lain.
ada yg tanya nak menyewa.
aku biasa jawab ..."ish...rumah tu ada orang duduk"

2-3 hari lepas aku perasan famili tu ada balik.
ada nampak ada kereta
kereta baru agaknya. lain daripada yg dulu.
anak-anaknya ada main kat laman rumah.
tapi mak bapak mereka tak nampak pulak.
tak sempatlak nak bertegur sapa dengan diorang.

malam tadi...

aku hantar kak teh, beli barang dapur kat pasar raya.
keretanya diangkut anaknya bawak ke kolej.
sebab motornya rosak.
oleh sebab ramai sangat orang, mungkin hari gaji, aku cakap dengan kak teh.
aku tnggu kat bangku luar aje.

sedang aku belek-belek henfon.
datang seorang mamat menuju ke arah aku.
dia tersengeh-sengeh aje.
kemudian dia beri salam dan menghulur tangan.

aku pandang mukanya.
agak lambat menyambut tangannya untuk bersalam.
mungkin dia nampak aku agak blur...

"abang kenal tak saya ni...?" sengihnya makinlebar.

"sorryla...tak berapa cam la " aku jawab dengan jujur dan malu-malu.

"laaaa....ni Bob la, jiran sebelah rumah. tak kenal lagi ke?"

"itula...lama tak jumpa..." aku cuba jugak nak cover.

aduhhhhhhh....
aku punya malu. tak boleh cover dah.
rasa nak nyorok je bawah bangku tu.

iyalah....lama sangat tak jumpa.
sampaikan tak cam jiran sebelah rumah.
lagipun, masa jumpa tu, dia pakai spek dan topi.
muka pun berjambang...



tak pernah dibuat orang weh...

Oct 23, 2015


aku bercuti panjang.
seingat aku, cuti paling panjang sejak aku bekerja di sini atau di mana pun sebelum ini.
sebabnya, di tempat kami, cuti hanya boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh tertentu saja.
kalau tak, cuti kira hangus
entah mana punya peraturan diorang ikut pun aku tak tahu..

balik dari cuti.
geng ofis tanya kenapa cuti lama sangat.
kita orang nak buat makan-makan ni.
kalau aku takde tak best kata diorang.

diorang kata nak buat makan-makan ala-ala shell out.
yg tengah trending sangat sekarang nih.
aku ingatkan diorang main-main.
rupa-rupanya sungguh-sungguh.

tengah hari tadi.
maka bershell out lah kami...
kat ofis pulak tu,
tak pernah dibuat orang wehhh
ok jugak la kan, save bajet!





aidiladha 1436

Sep 28, 2015


alhamdulillah.
raya aidiladha kali ini dapat sekali lagi menyempurnakan ibadah korban.
kongsi dan pakat adik beradik, dapatlah korban 3 ekor lembu tahun ini.
selesai je sembahyang raya di masjid, terus bergegas 'balik kampung'....

orang kampung, pakat-pakat menolong.
ada yang tolong melapah, tolong potong, tolong kapak tulang, tolong timbang, tolong bungkus.
ada juga yang sekadar meramaikan majlis, pun okey je.
3 ekor sekejap je proses sembelih, lapah, potong dan timbang.
seterusnya diagih-agihkan.
start jam 10.30 dekat pukul 12.00 dah setel semuanya...
cuaca pun cerah.

sempat juga adakan majlis tahlil.
diakhiri dengan kenduri.
sebelah petangnya, seperiuk besar sup torpedo, sup gear box, sup tulang  untuk sedara-mara dan orang kampung yang sanggup menunggu sup siap direbus/masak.

koboi kampung


kena ada pakar jugak yang sembelih



majlis tahlil


kerja melapah...anak muda pun boleh



penat sikit tak mengapalah . . .

Sep 23, 2015


ahad lepas ke majlis kenduri.
di kuala rompin, pahang.
jauh tu, tapi yang ini memaang tak boleh diuzurkan.

kenduri kak ani dan bang lan.
kak ani adalah spupu wifey.
walaupun jarang berjumpa, tapi sesekali berjumpa tu memang mesra.

yang paling aku ingat.
masa rombongan nikah kahwin aku dulu.
rumah kak ani lah  jadi persinggahannya.
kak ani juga menyediakan makan minum.
dan uruskan perjalanan rombongan pengantin lelaki.

jadi, rasa terhutang budi tu memang ada.
apatah lagi sikap ramah tamah kak ani dan abang lan.
membuatkan kita rasa terpanggil memenuhi jemputan.

perjalanan aku hari tu melalui kuala pilah, serting, tembus ke muadzam shah dan sampai ke kuala rompin.
kami mulakan perjalanan dari nilai jam 8 pagi dan samapi ke sana jam 12 tengah hari.
berjumpalah dengan ramai sedara mara.

aku dan wifey diberi kesempatan menepung tawar pengantin.
walhal sepatutnya sedara terdekat je diberi penghargaan.
terima kasih kak ani & abang lan.

aku jangkakan mak mentua aku juga datang dari kuantan.
tapi kami dikhabarkan dia tak jadi datang.
tak berapa sihat.

kami terpaksa buat keputusan.
walaupun perancangan awalnya, nak terus balik saja.
maklumlah, esoknya nak kerja.
perjalanannya jauh dan memenatkan.

akhirnya diputuskan, meneruskan perjalanan ke kuantan.
ambil masa 2 jam jugak.

selepas jumpa mak mentua di kuantan.
malamnya, selepas maghrib, baru bertolak balik ke nilai

sampai di rumah dah jam 11 lebih.
badan penat.
tapi berbaloi rasanya
biarlah badan penat sikit asalkan menggembirakan orang lain....

perihal bihun. . .

Sep 18, 2015


pagi tadi sarapan di kafeteria yg biasa aku pergi.
pagi-pagi begini tak ramai orang.
di kaunter, brader kasyier yg biasa tak kelihatan waktu aku nak bayar.
mungkin cuti agaknya.
oleh sebab dah jadi pelanggan tetap di situ, aku putuskan...makan saja dulu.
lagipun pernah jugak sekali dua bila brader tu takde dikaunter, aku makan dulu dan bayar kemudian.
breakfast biasanya tak heavy pun macam makan tengah hari.

selepas habis makan, aku ke kaunter semula.
brader kasyier tu tak ada.
digantikan oleh wife kepada tauke kafeteria.
sambil mendukung baby-nya di kaunter.

dia senyum je.
aku balas senyum tu kepada baby dia...hehe.

'tadi saya makan, bihun...telur mata dan karipap sebijik..."

'bihun tu banyak ke sikit?"

aku agak hairanlah jugak. tapi tetap jawab

'biasa je..."

rm3.50 tertera pada mesin kasyier.
aku hulur duit rm 10 dan dia pulangkan baki.

waktu bayar tadi aku takdelah ingat apa-apa.
tapi waktu melangkah ke parking kereta.
baru aku terfikir.

'uish...kurang asam. dia ingat aku nak bubuh bihun tu menggunung dalam pinggan ke?
ada pulak tanya banyak ke sikit...!
bukan ke harga sepinggan bihun tu standard je

aiishhh....


jerebu punya hal

Sep 15, 2015


malam tadi semasa menghantar eril ke kelas tuisyen.
jerebu sangat ketara bila disuluh lampu jalan dan lampu kereta.
kelam berbalam-balam

"teruk dah ni...rasanya cuti esok" kataku.

'cikgu kata kalau ipu 200 baru sekolah cuti...
tapi tekak dah rasa kering dan rasa lemas" sambut eril.

'tak payah la pergi sekolah esok.
kalau sekolah tak cuti pun, papa bagi cuti...!" aku buat keputusan.

'yeay...!" sambut eril.

jerebu di nilai sangat teruk.
dah sampai indeks ipu sangat tidak sihat.
aku buat keputusan sendiri. bukan apa, untuk kesihatan anak-anak.

tengah malam tadi.
bertalu-talu wassap masuk.
ya...kementerian dah isytihar sekolah cuti.
aku dah mendahului dengan kuasa veto...!




kisah aku, jiran dan anak anjing . . .

Sep 10, 2015


subuh tu, aku dan wifey terdengar bunyi anak anjing.
agak dekat, mungkin di belakang rumah
dia tak menyalak. tapi macam merengek (eh...macam baby pulak merengek)
aku syak anak anjing tu dalam kesusahan....cewah.
mungkin dia ditinggalkan oleh maknya.
atau tersesat jalan, maklumlah kecik lagi tak tahu jalan balik.
atuh terjatuh dalam longkang besar belakang rumah.
atau cedera dipukul orang.

aku tunggu hari cerah dulu.
kalau dalam gelap nanti pergi belakang rumah, nanti jiran ingat aku nak menghendap.
silap-silap ada yg ingat aku ni penyamun nak pecah rumah pagi-pagi buta.

semasa aku ke belakang rumah.
jiran sebelah rumah pun ada di situ.
tentulah dia pun ada dengar bunyi anak anjing tu.
tapi suara tu semakin perlahan.
mungkin dah semakin lemah.

'kau pun ada dengar bunyi anjing tu ya?' tanya dia.
'aku rasa anjing tu jatuh longkang kot" jawab aku

kami pun cuba mencari arah di mana anjing itu.
semakin dekat semakin nyata.
memang sah ada bunyi anak anjing datangnya dari longkang besar belakang rumah.
sebahagian daripada longkang tu bertutup dengan kepingan konkrit.
sebahagian lagi dengan jeriji besi.

ada ruang sedikit saja pada bahagian di antara penutup konkrit dengan jeriji.
mungkin di situlah anak anjing tu terjatuh.
kalau tak diselamatkan mungkin boleh mati.
atau macam mana kalau hari hujan.
tentu akan dihanyutkan aliran air longkang.

terfikir jugak nak panggil bomba.
sebab takde idea macam mana cara nak naikkan anak anjing tu.

akhirnya selepas 'bertukar-tukar pandangan'.
kami dapat idea.
cari kayu terpakai dan susun batu-bata.
letak pada ruang tu.
jadikan seperti tangga, supaya anak anjing tu boleh panjat naik.
kemudian kami cuba halau dia ke situ dari hujung sebelah sana dengan kayu penyapu.

akhirnya dengan bersusah-payah, anak anjing tu dapat panjat naik.
dan berlari meninggalkan kami.
sambil berlari-lari, anak anjing tu menoleh ke belakang kepada kami.
mungkin tanda mengucapkan terima kasih sebab selamatkan dia...hehe

kejadian ini berlaku minggu lepas.
aku tulis ni sebab ada baca beberapa berita orang selamatkan anjing yg jatuh longkang.
ada orang ambik gambar dan ada jugak yg ambik video.
kemudian viralkan.

sekurang-kurangnya, dalam sejarah hidup aku.
aku dan jiran aku tahu, kami pun pernah selamatkan anjing.
takde pun ambik gambar. takde videokan. apa lagi nak viralkan.
malahan, kami tak ceritakan pun dengan jiran-jiran yg lain.
yg mungkin masih lagi tidur pagi itu.

ianya datang dari hati dan rasa perikemanusiaan.
tak lebih dari itu....






adegan bila jumpa ex . . .

Sep 3, 2015


bila jumpa kawan lama.
bekas rakan sekerja.
kita biasanya akan cerita hal yg berlaku kat ofis dulu.
benda yg masa dulu tu serius pun, sekarang dah rasa kelakar.
contoh kena marah dengan boss sebab deadline terlajak, kerja pending.
kena stay kat ofis 24 jam nak siapkan kerja.

bila jumpa kawan lama.
rakan satu pengajian atau satu kolej di u dulu.
kita biasanya cerita pasal hal kat kolej atau kuliah.
buat assigment last minute. ngorat 'adik' siswi, ponteng kelas.
jatuh cinta tak berbalas. kena repeat paper.

bila jumpa kawan lama.
satu sekolah dulu.
kita biasanya cerita hal alam sekolah la kan.
pasal kena berdiri atas meja, nyorok dalam tandas masa perhimpunan sebab rambut panjang,
ragging budak freshie, panjat  pagar nak keluar asrama waktu malam..

tapi...
bila jumpa awek lama?
apa kita nak buat?
apa kita nak sembang?
apa yg kita nak flashback, throwback atau segala back yg lain...
silap-silap kena backhand!

tambah pulak masa tu kita tengah dukung anak yg meragam.
atau tengah makan satu meja dengan isteri dan anak-anak.
atau tengah beratur beli tiket wayang dengan satu gerabak sekali berderet.



apa nak buat bila kawan cerita hal rumah tangga

Aug 27, 2015


aku paling tak suka dengar masalah rumah tangga orang lain.
apatah lagi kalau yg bercerita itu...lelaki.
aku tak mahu tahu, kisah mereka.
kau yang kahwin kau pandai-pandai lah setel.

bak kata pepatah lama.
sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.
gaduh, bertengkar, merajuk tu lumrah dalam alam perkahwinan.

tapi...
disebabkan kawan-kawan, adakala terjebak juga.
suka tak suka, kena layankan jugak.
kena pinjamkan telinga dan buka hati.
mungkin mereka tak tahu ke mana nak diluahkan yg terbuku di hati.
dan yg paling penting sebab mereka percaya pada kita.
sebab hal rumah tangga ni, isu sensitif.

jadi kepada mereka yg didatangi untuk dijadikan 'kaunselor' rumah tangga.
jangan salah anggap pula.
mungkin mereka sekadar nak kongsi masalah.
nak luah perasaan terpendam.
atau sekadar nak berkongsi.

janganlah pulak kita jadi batu api.
rumah tangga yang dah goyah boleh jadi cerai berai.

ataupun kita kutuk dia balik.
"haa tu lah kau, akau dah kata dulu jangan kawin dengan dia, kau degil..."
"issh kau ni tak habis, habis gaduh laki bini..."

cubalah jadi orang yg mendamaikan.
kalau tak mampu bagi nasihat.
kau cuba sabarkan dia supaya tak buat keputusan melulu.

paling utama.
jangan sekali-kali kita sebarkan pulak hal rumah tangga kawan kita tu kepada orang lain.


berdebat dengan pak guard

Aug 21, 2015


aku berhentikan kereta betul-betul depan pintu masuk.
park guard ada berdiri di tepi tu.
aku angkat tangan pada pak guard.
dia tunjuk isyarat tak boleh berhenti di situ.

di tepi tu diletakkan kon.
walhal di situ jaga ada papan tanda. 'menurunkan dan mengambil penumpang sahaja'.

aku tetap berdegil.
di datang ke arah aku.

aku buka pintu dan turun.
'tak boleh berenti sini...' katanya meninggi.

'sekejap saja...' aku cuba explain.

'tak bleh, tak bleh..." katanya sambil menggeleng kepala. dan mendepang tangan.
aku tak tahu dia bangsa apa.
nepal, myanmar, indon, vietnam, bangla, india?

terpaksalah aku guna bahasa pelat.

'saya mau kasi turun saya punya kakak.
dia punya kaki sakit,...
tak bleh jalan..."

dia tinjau ke dalam kereta melalui cermin tingkap.

'lu mau kasi turun sini ka, atau lu mau tolong angkat dia turun...
atau lu mau saya report lu punya boss!"

aku dah mula naik angin!
tapi nada suara masih kontrol.

'wokey..wokey. boleh. sikijap...sorry...sorry"

...lalu dia tolong turunkan kerusi roda dari kereta.