- kita tak sentiasa betul -

Mar 15, 2012

oleh sebab kebetulan dalam cuti, jadi pagi selasa tu akulah yang hantar eril untuk kelas tambahannya.
masih aku ingat sebelah malamnya aku tanya pada eril.
"kelas start kul berapa esok?"
"cikgu cakap, pukul 8..." jawab eril dengan mata separuh kuyu.

jadi pagi selasa tu awal dah bersiap.
aku tengok eril bersiap pakai uniform sekolah, lengkap.
"laaa...kelas tambahan je. pakai baju biasa pun tak pe kan" aku cuba mempermudah.
"cikgu cakap, kena pakai baju sekolah..." eril tetap mempertahankan cikgunya.

oleh sebab jarak rumah dengan sekolah taklah jauh sangat, lagipun aku sendiri yg hantar bukan naik bas atau dihantar oleh jiran, bolehlah berlengah-lengah sikit.
dalam perjalanan tu, sempat jugak aku singgah belikan eril nasi lemak, bungkus di sebuah gerai tepi jalan. manalah tahu nanti, kalau-kalau kantin sekolah tak buka masa cuti sekolah begini.

selepas singgah beli nasi lemak, sebelum eril bersalam dan melangkah turun. aku tanya eril lagi.
"pukul berapa balik...?"
"cikgu cakap, pukul 12.30..." sekali lagi eril patuh pada cakap cikgunya.

semasa aku memandu balik jam menunjukkan 7:55.
aku singgah kedai sekejap untuk beli akhbar.

semasa lalu di depan sebuah gerai nasi lemak aku nampak kelibat cikgu eril.
sedang beli nasi lemak. buat bekal macam eril juga agaknya.

aku tengok jam di tangan.
menunjukkan sudah jam 8:15 pagi
...dan cikgunya masih 'tersangkut di gerai nasi lemak.

eh!....bukanke semalam eril cakap kelas start pukul 8:00 pagi!
jadi, eril patut tahu juga, cakap cikgu tak semuanya betul...


dan tengah hari tu aku sampai tepat jam 12.30.
aku perhati cuma 3-4 orang yang masih ada dekat tepi pagar sekolah.
"kenapa papa lambat..." tanya eril sedikit muncung.
"kan eril cakap balik, 12.30 tadi..." aku mempertahankan diri.

"iyala, cikgu cakap 12.30 tapi sebenarnya balik pukul 12.00..."eril masih berpegang pada kata-kata cikgunya.
aku taklah pulak cakap pada eril, lain kali jangan dengar cakap cikgu.
aku diam ajelah. sebab cakap cikgu pun bukan sentiasa benar...
macam kita jugak yang bukan cikgu ni.

jangan marah ye cikgu...selamat bercuti!

- hutang cuti sekolah kira dah langsai... -

Mar 14, 2012

kali ni tak sempat ambik gambar...dah kena rasmi
balik dari kenduri kahwin di kuantan tak terus balik rumah. bermalam di hotel...

sengaja pilih apartment room, sesuai utk famili...

room with a view

tak sampai 5 minit check in...dah turun kolam

berendam sampai  mlm pun takpe

aksi stunt erin...

takde baju mandi, jersi m'sia pun boley...

sempat gak aku lepas gian naik banana boat & jet ski...hoyeeeeh

- aduhai...cuti sekolah lagi -

Mar 9, 2012

baru je cuti dah cuti lagi...
maksud aku cuti sekolah. mulai esok, cuti seminggu.
tahun baru cina itu hari pun cuti seminggu.
maulidul rasul + thaipusam pun sambung cuti seminggu.
berapa banyak cuti daaaa.....

erin dah mula tanya. cuti sekolah nak pergi mana. takkan duk rumah je?
dia tak tahu dalam kepala ni berdendang lagu boboi...
"lari, lari...boboi lari" kepada "lari. lari....bajet lari...!"

lari sikit bulan ni. memang settle dah duit bayar kontraktor.
tapi tukar cat baru, pintu baru, langsir baru, karpet dan beberapa lagi yg baru....maka bajet pun berlari-larianlah sama jugak.

dan minggu ni kena balik ke kampung wifey, ada kenduri kahwin.
mujur jugak planning awal hari tu.
balik dari kuantan nanti singgah bermalam kat hotel  laluan di antara beserah ke cherating.
dan booking hotel pun guna online. maknanya, gosok kad kredit la.
jadi takdelah guna duit tunai.
selamat la sikit bajet.


dan tertunailah hajat erin nak bercuti semasa cuti sekolah.
maksudnya, jalan-jalan makan angin.
lepak hotel atau bercanda di pasiran pantai...!

- ayam tandoori ala jepun -

Mar 8, 2012

aku ni kalau order makan roti naan, mesti order ayam tandoori jugak.
kalau tak, rasa macam tak kena aje makan roti naan.

kadang-kadang waktu makan tengah hari, aku tak makan nasi. aku pesan roti naan. aku selalu gak pergi kedai mamak ni. kalau tempat lain, roti naan hanya 'beroperasi' waktu petang atau malam. tapi kedai mamak ni, waktu tengah hari dah boleh order.

selalu takde masalah. nak kata best sangat tu takdelah. ada tempat yg naan dan tandoorinya memang best. sampai orang terpaksa berdiri tunggu giliran makan sebab kedainya penuh. yang ini setakat nak isi perut makan tengah hari...boleh la.

jadi, tengah hari tadi aku pergilah ke kedai yg sama. order roti naan dan tandoori. tapi kali ni, ayam tandoorinya tak dimasak dengan cukup. bahagian dalamnya mentah.

jadi aku pun komplenlah. apa ni bagi orang makan, ayam tak masak. ingat aku ni burung helang ke?

dia pun ambik. aku fikir mungkin dimasaknya semula. atau nasib baik (selalunya kedai mamak memang kedekut, nak bagi tisu pun berkira...!) dimasaknya ayam tandoori yg lain.

tapi, apa yg dia buat. ayam tandoori mentah tadi dimasukkannya ke dalam microwave dan dipanaskan. aku perhatikan saja gelagat mereka. 5 minit kemudian mereka menghantar semula ayam tandoori tu. dengan keadaan berasap-asap.

tahukah mereka, apa kegunaan microwave? gunanya untuk memanas makanan sahaja. (mungkin ada jugak jenis makanan yg boleh dimasak guna microwave ni...). 
bukannya untuk memasak makanan.
apatah lagi ayam tandoori!

aku tak makan pun, tandoori yg dihidang semula tu...

jadi, taubat dah aku tak makan lagi ayam tandoori kat situ lagi.

- oleh sebab tak hadir 'muzakarah' maka . . . -

Mar 7, 2012

kira-kira sebulan lepas, eril ada hulur satu surat. cikgu bagi, katanya.
aku pun baca...
jemputan "muzakarah" oleh pihak sekolah kepada ibu bapa. sejak bila pulak sekolah guna istilah "muzakarah" bukan lagi mesyuarat. sudaaa tukar ka sekarang?
tujuannya nak dapatkan maklum balas ibu bapa mengenai kelas tambahan. terutama untuk kelas yang nak hadapi upsr.
tetapi aku tak dapat hadir, kerana pada tarikh yg sama aku perlu menghadiri seminar yang sudah aku beri komitmen terlebih awal.

semalam eril hulurkan satu surat lagi. cikgu bagi, katanya. eh...macam siaran ulangan astro pulak.
surat itu dari pihak sekolah memaklumkan keputusan 'muzakarah' yg diadakan terdahulu. ianya berkaitan dana khas untuk kelas tambahan. setiap ibu bapa diminta membayar sebanyak rm250 bagi anak mereka mengikuti kelas tersebut.
huh....banyak tu!

surat tersebut turut menyatakan 'semua' ibu bapa sudah bersetuju berdasarkan keputusan 'muzakarah'. jadi, yg tak hadir pun dikira setuju lah, ikut suara majoriti lah kan.

untuk 'tidak membebankan' ibu bapa. ianya boleh dibayar mengikut 3 kaedah.
i. bayar keseluruhan rm250
ii.dua kali bayaran rm125 + rm125
iii. tiga kali bayaran

jadi aku tanyakan pada eril. dalam kelasnya ada berapa orang. ada 35 jawab eril. dan ada 8 kelas lain untuk tahun yg sama.
jadi secara purata, kalau ada 35 orang dalam setiap 8 kelas itu, jumlah keseluruhan dana tersebut ialah 35 X 8 x 250= rm70,000.

fuh....itu satu jumlah yg banyak.


walaupun aku tak berkira sangat jika ianya mendatangkan manfaat dan untuk kebaikan pendidikan anak-anak. tapi dengan mengumpul dana sebanyak itu, adakah keperluannya mencapai matlamat yg tulus ikhlas, suci murni....atau ada agenda di sebaliknya?
adakah ini mendapat 'restu' daripada jabatan pelajaran atau kementerian?

lagipun, semasa aku bersekolah dulu, kelas tambahan kat sekolah ni, cikgu buat secara sukarela je. takde sebarang bayaran pun. nak bantu pelajar untuk berjaya....

sekarang, apa-apa pun duit diperlukan. kalau tak, tak jalan.....!

- hang tuah tak wujud? -

Mar 6, 2012

kenyataan sejarahwan terkemuka prof. khoo kay kim bahawa "hang tuah sebenarnya tidak wujud" menimbulkan banyak persoalan.

ramai yg tertanya-tanya betul ke? selepas kita disajikan dengan cerita kegagahan hang tuah sejak sekian lama. atau sekadar menimbulkan polemik untuk mengembalikan minat masyarakat kembali merenung sejarah?

pagi tadi diadakan forum di dewan bahasa dan pustaka. Prof. Khoo kay kim, prof. mohd yusof hashim dan dr muhammad hj saleh, dr tatiana denisova adalah antara panelnya.

dengan tersenyum prof. kkk mengatakan "saya tak kata hang tuah tak wujud...cuma bukti kewujudannya dari sumber sejarah tak cukup kukuh."

ya...memang menarik forum ini. satu lagi majlis ilmu yang sangat bermanfaat.

- kita lebih percaya yang tak betul -

Mar 2, 2012

ramai orang lebih percaya pada sumber yg belum sah benar atau kesahihannya.
cepat benar ianya tersebar.
mungkin juga ramai yg lebih percaya cerita yg disebar di facebook atau blog. daripada yg tersiar di surat khabar atau tv.

kononnya takde masa, sibuk benar nak baca akhbar atau tengok berita tv.
majalah hiburan sempat pulak dibacanya.
drama korea atau drama bersiri melayu petang-petang tak pernah miss.
akaun facebook dan twitternya sentiasa dikemas kini status. komennya beratus-ratus.
eleh...takde masa konon.

contohnya kejadian tren lrt yg terbabas di sentul yg berlaku beberapa tahun dulu, dikatakan berlaku pagi semalam. ianya disebar meluas dalam fesbuk. ramai lah yg share, tagged dan hantar pada kengkawan dalam friend list. gemparlah sekejap.



dan kawan-kawan mereka juga secara kebetulan tak baca paper, tak tengok berita. tumpang sekaki komen dan sebarkan.
apa nak jadilah doniaaaa.....


- bas ekspres sks memang 'raja' lebuh raya -

Mar 1, 2012


petang semalam aku follow bas ekspres sks kl-seremban ni. bermula dari tol sg besi hinggalah ke susur masuk nilai.
sepanjang perjalanan hampir 50km tersebut, bas ini dipandu di lorong tengah. sesekali dia memandu di lorong paling laju untuk memotong kereta di hadapan yg 'perlahan'.
lorong paling kiri atau lorong perlahan langsung dia tak masuk. tertera dengan jelas di belakang bas "lebuh raya: 90 km/j". apa yg pasti bas ini dipandu selaju 110 km/j sebab aku memandu pada kelajuan yg sama, betul-betul di belakangnya.
malah sesekali dia memandu lebih dpd itu ketika memotong.
dan bila berlaku kemalangan, jawapan standard mereka ialah kerosakan teknikal atau brek rosak!
pooorah......

ini bukanlah kejadian pertama. di sebelah pagi terutamanya, bas ekspres sks akan berlumba-lumba di lebuh raya untuk sampai ke kl dari seremban. merekalah 'raja' lebuh raya laluan KL-seremban. bilangan dan kekerapannya ialah 120 kali sehari. lihat sahajalah promosi pada bas itu...!