- kita tak sentiasa betul -

Mar 15, 2012

oleh sebab kebetulan dalam cuti, jadi pagi selasa tu akulah yang hantar eril untuk kelas tambahannya.
masih aku ingat sebelah malamnya aku tanya pada eril.
"kelas start kul berapa esok?"
"cikgu cakap, pukul 8..." jawab eril dengan mata separuh kuyu.

jadi pagi selasa tu awal dah bersiap.
aku tengok eril bersiap pakai uniform sekolah, lengkap.
"laaa...kelas tambahan je. pakai baju biasa pun tak pe kan" aku cuba mempermudah.
"cikgu cakap, kena pakai baju sekolah..." eril tetap mempertahankan cikgunya.

oleh sebab jarak rumah dengan sekolah taklah jauh sangat, lagipun aku sendiri yg hantar bukan naik bas atau dihantar oleh jiran, bolehlah berlengah-lengah sikit.
dalam perjalanan tu, sempat jugak aku singgah belikan eril nasi lemak, bungkus di sebuah gerai tepi jalan. manalah tahu nanti, kalau-kalau kantin sekolah tak buka masa cuti sekolah begini.

selepas singgah beli nasi lemak, sebelum eril bersalam dan melangkah turun. aku tanya eril lagi.
"pukul berapa balik...?"
"cikgu cakap, pukul 12.30..." sekali lagi eril patuh pada cakap cikgunya.

semasa aku memandu balik jam menunjukkan 7:55.
aku singgah kedai sekejap untuk beli akhbar.

semasa lalu di depan sebuah gerai nasi lemak aku nampak kelibat cikgu eril.
sedang beli nasi lemak. buat bekal macam eril juga agaknya.

aku tengok jam di tangan.
menunjukkan sudah jam 8:15 pagi
...dan cikgunya masih 'tersangkut di gerai nasi lemak.

eh!....bukanke semalam eril cakap kelas start pukul 8:00 pagi!
jadi, eril patut tahu juga, cakap cikgu tak semuanya betul...


dan tengah hari tu aku sampai tepat jam 12.30.
aku perhati cuma 3-4 orang yang masih ada dekat tepi pagar sekolah.
"kenapa papa lambat..." tanya eril sedikit muncung.
"kan eril cakap balik, 12.30 tadi..." aku mempertahankan diri.

"iyala, cikgu cakap 12.30 tapi sebenarnya balik pukul 12.00..."eril masih berpegang pada kata-kata cikgunya.
aku taklah pulak cakap pada eril, lain kali jangan dengar cakap cikgu.
aku diam ajelah. sebab cakap cikgu pun bukan sentiasa benar...
macam kita jugak yang bukan cikgu ni.

jangan marah ye cikgu...selamat bercuti!

2 refleksi:

rahimin said...

ha ha aku suka ayat baris yg las tu....

Irfa said...

hahaha..nak tumpang gelak je.
cakap cikgu semuanya betul ;)