- seharian di 'bermuda triangle' -

Mar 19, 2012

kalau pergi ikea sama ada nak beli tapis teh atau bangku basuh kain...he he  (ayat perli ni ).kenalah pergi the curve sekali ataupun melarat ke ikano. silap-silap terjah jugak ke tesco.
lagi satu, kalau masuk ikea, jalannya sehala atau one way. janganlah mengada-ngada nak patah balik atau memandai-mandai menyongsang arus buat dua hala. atau buat u-turn. atau parking tepi jalan. menyusahkan orang dan menjadikan laluan jem.

ada jugak yg masuk ikea nak kutip pensel kontotnya itu.
ataupun nak makan di kafenya yg terkenal dengan meatball tu...

seperkara yg menarik dengan ikea ni, kita dibenarkan uji barang-barangnya. termasuklah duduk atas sofa atau kerusi mejanya, baring atas set bilik tidurnya. buka tutup kabinet dapurnya. atau belek barang elektriknya.

kebanyakan barangnya adalah hand carried. kena pasang secara do-it-yourself. biasanya siap diberi manual pemasangan bagi setiap barangan. kecuali barangan pukal yang besar-besar kenalah dihantar dengan lori. jadi, agak-agaklah beli barang tu, takut tak muat kenderaan nanti...!

jangan pulak nak memandai-mandai suruh stafnya ambikkan barangan daripada gudang. sebab kita kena catatkan rak dan seksyennya yang sudah ditag pada barangan yg nak dibeli. itulah sebabnya disediakan pensel kontot, pita ukur dan borang senarai.

ahad, mulanya nak ke one utama. tapi wifey kata ada sale di ikea. jadi terus saja ke mutiara damansara. 11:30 pagi dah sesak. mujur juga dapat parking.

oleh sebab, rancang nak beli barang di ikea. kita ambik keputusan, untuk ronda-ronda dulu ke curve, ikano dan tesco. lepas makan tengah hari nanti ataupun last sekali baru pergi ikea. taklah susah payah nanti nak angkut barang ke sana ke mari.

di the curve, kalau hujung minggunya ada street market. menariknya kebanyakan peniaga sambilan di sini. jual pelbagai jenis barangan beraneka pilihan. banyak juga yg hasil kreatif mereka sendiri.

selesai meronda kat luar yg makin tengah hari, makin ramai orang. jadi, makin sesak dan panas pulak. masuk pula ke bahagian dalam kompleks beli belah ni. memang besar, cantik,nyaman dan selesa...

habis ronda semua tingkat dan ruang di curve ni, menuju pulak ke ikano. melalui sky bridge. letih jugaklah kaki berjalan, dari satu outlet ke satu outlet. perut pun dah mula lapar.
maka layan perut dulu lah. banyak jugak kedai makan di sini.


kemudian barulah dengan senang hati masuk ke ikea. memang rambang mata dibuatnya. seperkara yg agak pelik, erin, erol dan eril langsung tak meragam. mereka seronok masuk ke ikea ni. mungkin konsep premisnya yg santai dan sesuai untuk famili.




3 refleksi:

rahimin said...

ingatkan betulla bermuda triangle tadi...ikea rupanya!

Irfa said...

dah berkurun tak gi ikea.kata cik abe aku takat nak beli frame tu lain kali je la kita pegi.boleh?

bangsawan nilai said...

ha ha...
aku beli blind & kabinet buku, cermin deko kira ok la kan.