kalau ada pun persamaan, sekadar sama tapi tak serupa.
aku tak faham dengan sikap sesetengah orang yg memaksakan orang lain mengikut kehendak mereka. meletakkan prasyarat pada orang lain. berdasarkan ciri-ciri tertentu yg mesti dipatuhi.
soal peraturan atau undang-undang boleh diikut demi kebaikan.
tapi soal sikap, kegemaran, minat tidak boleh dipaksakan.
aku minat bola, jadi aku akan tengok tv saluran bola. takkanlah nak suruh aku duduk 2 jam depan tv tengok cerekarama.
aku minat cerita aksi atau komedi, apa perlunya aku diminta duduk menghabiskan cerita seram atau cerita cinta sepasang kekasih atau cerita sedih yg mendayu-dayu air mata meleleh dari awal hingga tamat.
aku minat lagu rock kapak yg sedap halwa telinga aku mendengarnya, janganlah disuruh dengar lagu lagu indie yg kononnya mengikut arus semasa.
kalau aku suka makan lauk ayam atau ikan goreng janganlah mencebik mengatakan yg ayam membawa pelbagai kemudaratan. habis nak suruh aku makan sayur, pagi petang. macam vegetarian?
ya, aku minat tulis blog, janganlah pula memperlekeh kononnya aku syok sendiri. kerana bagi mereka tulis benda mengarut di status fb atau twitter atau berchatting sambil tersengeh depan skrin komputer lebih menyeronokkan.
kalau aku tak sokong mana-mana parti politik, janganlah pula aku dituduh lalang atau atas pagar. kau perlu ingat apa itu silent majority. tak payahlah nak tuduh orang lain kafir, orang lain tak islam, orang lain tak melayu, orang lain kaki ampu, orang lain rasis, orang lain kena beli, orang lain tak sokong kerajaan, orang lain kaki bangkang.
kalau mereka minat direct selling atau MLM. teruskan. jangan kata orang lain tak mahu mengubah hidup mereka. hidup dalam kerugian dan takde masa depan. masing-masing ada perancangan sendiri. sampai putus kawan kerana tak nak jadi downline. ape hal...!
kalau ada kawan beli kereta baru model atau jenama tertentu, yg dia suka sesuai dengan kemampuan membelinya , janganlah pulak ada yg kata tak cantik, tak elok, re-sale takde value, orang kata kereta tu kuat makan minyak, tak laju, tak power.
biarlah itu pilihan dia...mengapa kita yg sibuk.
setiap orang ada minat, kesukaan sendiri, perancangan, bajet masing-masing.
sudah tentu mereka ada perkiraan sendiri, mengapa pula kita nak memandai-mandai membuat pilihan bagi pihak mereka...
2 refleksi:
setuju 100 persen
aku paling sakit ati kita susah payah buat loan beli keta,ada pulak yg cakap 'nape beli keta ni?kuat makan minyak ni'mcmlah ada share bayar ansuran.
yes can't agree more...ramai sgt kaki komen sekeliling kita. mcm baguzz!
Post a Comment