isnin
kadang-kadang aku tertanya-tanya kenapa bila isnin je kita rasa terlebih sibuk dan terlebih serabut.
pagi-pagi lagi dah mula serabutnya. dengan jalan jem.
kenapa, orang tak sabar-sabar nak masuk ofis gamaknya selepas cuti hujung minggu?
ishh...takde maknanya.
setakat pukul 1:00 ni aje aku dah cair telinga menjawab panggilan telefon. pasal kerja.
dan pagi ni saja aku kena melayan 4 tetamu, yg datang bergilir. pasal kerja.
tak termasuk surat yg masuk pagi ni.
begitu jugak e-mel yg perlu dijawab.
herannya, kenapa hari lain tak macam ni.
kenapa bila hari isnin je nak datang atau buat temu janji.
sibuk nak hantar e-mel.
sibuk nak telefon.
tunggulah hari lain, tak boleh ke?
ahad
jarak antara rumah aku dgn F1 sepang circuit cuma sepelaung.
kalau ada race, memang mengaum bunyi deruman keretanya. rasa macam lumba kat depan rumah je.
masuk tahun ke-2 aku tak pergi. kalau tidak memang tak pernah miss.
kalau nak beli tiket sendiri memang tak mahulah, banyak lagi keperluan lain. walaupun memang minat.
selalunya dapat tiket free. seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ni pun dapat free.
bukan calang-calang tiket atau duduk tepi bukit atas rumput. biasanya, dapat tiket grandstand....
kali ni aku bagi kat anak buah aku dengan kawannya.
nak pergi dengan eril atau erol, diorang kecik lagi.
aku rasa diorang masih tak cukup besar untuk menahan deruman enjin F1 apatah lagi kalau duduk kat grandstand. sedangkan aku sendiri yg pakai pelekap telinga pun masih berdengung telinga dibuatnya.
sparring partner aku yg biasa pergi tak dapat ikut.
jadi, kalau takde dia tak best pulak nak pergi. sebab orang yg sekdadar ikut-ikutan dengan yg memang betul-betul minat ni tak sama
jadi, tengok live kat tv ajelah.
tapi nampak gayanya, bomoh hujan tahun ni tak berapa menjadi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
aku penah layan gt japan dengan perut 8bulan(anak pertama).aku rasa baby menendang dr mula game sampai abis.sib baik tak bersalin kat seat tuh
....takpe ambulance dah ready, helicopter pun ade masa race kan
issh apasal x roger aku...!
Post a Comment