- cakap memang 'murah' -

Mar 20, 2012

aku terbaca banyak komen mengenai isu orang gaji indonesia. selepas berbulan-bulan dibekukan penghantaran ke sini, akhirnya persetujuan dicapai. tapi isu gaji pulak menjadi polemik. rm 700 sebulan perlu dibayar pada mereka. dan dengan satu tugasan saja. ditambah satu hari cuti dalam seminggu.

ada pulak yg meremehkannya. mengatakan ini hanyalah isu kecil. kononnya orang gaji hanyalah untuk yg berkemampuan saja. pendeknya tak beri kesan pada rakyat terbanyak, kerana mereka tak perlukan orang gaji. itu persepsi yg meleset sama sekali. samalah dengan mengatakan kereta hanya untuk orang kaya saja. sedangkan kini, ianya satu keperluan, sama juga keperluan kepada orang gaji pada sesetengah orang.

kata mereka mudah, kalau tak mampu...jangan ambik orang gaji. itu bukan isunya. tapi soal kos. kalau anak ada 3, hantar nurseri atau pengasuh kira bayaran bulanan pun boleh tahan mahalnya.
sebenarnya, kebanyakan yg ambil orang gaji ni ialah kedua-dua suami isteri yg bekerja. mana nak mengasuh anak lagi, uruskan rumah tangga lagi. jadi, dengan adanya orang gaji dapatlah membantu ringankan beban. bukan bermakna, suruh orang gaji kerja 24 jam.


seorang kawan membuat perbandingan. rm700 adalah sama banyak dengan 2 juta rupiah. sedangkan gaji guru yg senior di indonesia ialah 2 juta rupiah. itu bermakna, sama banyaknya dengan gaji, orang gaji yg bekerja di malaysia.

jangan pula lupa, kita sediakan mereka tempat tinggal. percuma.
makanan harian. percuma.
malah ada majikan yg baik siap bagi pakaian. kalau pergi bercuti pun, siap bawak orang gaji sekali. sewakan bilik hotel!

jadi rm700 tu bolehlah diibaratkan sebagai gaji bersih...

bayangkan kalau kita bekerja dengan satu kompeni. dan kompeni tu sediakan tempat tinggal. bagi kita makan. kalau pergi bercuti pun diorang tanggung? mana ada dalam dunia ni majikan sedemikian rupa.
kecuali majikan di malaysia yg punya orang gaji!
begitu pemurah dan baik hatinya.

selalu dengar dan baca berita tentang kerenah orang gaji di akhbar atau media. pasal yg lari, yg mencuri, yg ada skandal. tetapi majoriti yg lainnya yg tak punya kerenah atau masalah tidak pulak diceritakan.
kakak aku punya orang gaji, dah 5 tahun kerja. takde kerenah langsung. malah dilayan bagai sebahagian keluarga sendiri!

jadi, janganlah diperlekeh atau dipermudahkan mereka yg berkeperluan untuk mendapatkan orang gaji. mereka bukannya mewah atau orang kaya. golongan sederhana saja. tapi kalau rm700 menjadi beban, mereka ini tiada pilihan lain lah nampaknya.

nak kata hantar nurseri atau pengasuh pun lebih bagus, tidak jugak. ada jugak yg duit kita mereka mahu, tapi servisnya tak seelok mana. malah ada kes juga bayi didera, dan kecuaian yg menyebabkan kematian.



3 refleksi:

Irfa said...

setakat ini aku belum terfikir nak ambik org gaji w,pun anak dah 3.

1-mmg tak mampu

so kalau tak mampu buat je la setakat yag terdaya ;)

bangsawan nilai said...

rm700 tu melampau lah.

dulu rm350-450 je.

rahimin said...

ya, rm700 mmg melampau.kalau xda pilihan mcm mana?

hantar nurseri pun anak selalu demam sbb crowded sgt...!