~ siri bercakap dengang erin 2 ~

Jan 31, 2011

erin memang minat bela binatang peliharaan atau pets.
kalau boleh dia nak bela kucing. nak bela hamster. nak jaga arnab. pendeknya, semua dia nak bela. nak sediakan akuarium, bela ikan.
sebab sudut pandangannya mudah. dari pandangan yg satu segi, satu dimensi. maklumlah fikiran budak-budak. tahu nak main saje. tahu nak seronok la. dunia kanak-kanak memang begitu, tak payah nak fikir masalah atau hal yg berat-berat.
sabtu lepas, aku ke rumah kak lang.
kebetulan kak lang (erin panggil, mak lang )ada bela kucing. tapi seekor ajelah. buat main-main & peneman saja, katanya. lagipun nak elakkan rumah dikacau tikus.
baru-baru ni kucing tu beranak. hanya seekor yg hidup.
sejak dari aku sampai ke rumah kak lang, lepas makan hinggalah nak balik.
erin asyik leka bermain dengan kucing yg baru lahir tu. yg diletakkan dalam sebuah sangkar besi. sebab kucing comel tu baru lahir, matanya masih belum terbuka luas, berjalan pun setapak dua saja. selebihnya, tidur...

bila tiba masa nak balik. erin nampaknya keberatan sekali.
kakinya macam tak mahu melangkah. biasanya tak begitu.
kemudian dia berpatah balik, bila dah hampir sampai ke kereta.
duduk dekat dengan kucing.
"boleh tak bawak balik kucing ni, papa..." erin meluahkan apa yg terbuku di fikirannya.
"eh...mana boleh, ni kucing mak lang..." aku bagi alasan.
"takpelah, mak lang dah ada kucing besar, erin ambiklah kucing baby ni..." jawab erin.
"kalau erin mintak, mak lang mesti kasi la..." sambung erin penuh yakin.
"kucing ni kocik laei...dio nyusu ngan omak eh..." terang mak lang dengan loghat negorinya.
"ar ah la....baby ni menyusu. nanti tak dapat susu dia mati. dia belum boleh makan nasik atau ikan lagi. gigi pun takde. tengok tu, jalan pun belum pandai..." aku memperkukuh hujah kak lang.
"takpelah...kat rumah pun ada banyak susu. kalau takde papa belikanlah..." erin beri pendapatnya.
"mano buleh, dio kono menetek dongan omak eh. susu lain tak buleh pakai..." kak lang cuba jelaskan pada erin.
susah jugak nak jelaskan pada kanak-kanak yg belum tahu lumrah atau kejadian alami.
"kita pinjamlah emak dia. nanti dia dah besar sikit ada gigi. kita pulanglah emak dia kat mak lang" erin tak mahu mengalah.
"bukan mak lang tak bagi. anak kucing ni kocik laei. nanti dah bosar sikit, ekau ambiklah..." mak lang seakan mengalah. mungkin kesian dengan erin yg beriya-iya sangat tu.
aku tak menyokong atau menidakkan kata-kata kak lang.
aku tahu perlu ada satu kuasa veto lagi, iaitu wifey, untuk beri kebenaran kepada erin.

pada erin, nak bela kucing mudah aje. bagi makan dah cukup. bukannya komplikated sangat.
kenapa susah sangat nak benarkan dia bela kucing.
dengan muka yg kelat & masam, akhirnya erin mengikut aku balik dari rumah kak lang tanpa anak kucing itu.

"kenapa papa tak kasi bela kucing?" soalnya semasa dalam kereta, masih tak puas hati.
"ok papa tanya. kalau kucing tu berak atau kencing, erin nak cuci ke?" soalan cepu emas daripada ku.
erin terdiam. lama jugak dia termenung memikirkan jawapannya.
mungkin itu tugas berat untuknya.

"suruhlah dia pegi toilet...!" akhirnya erin menjawab, dengan tegas dan yakin!

~ meeting bukan alasan...~

Jan 28, 2011

hari ni aku ada 3 meeting.
jam 9:00pg
jam 10:30 pg
jam 3:00ptg
ya, 3...back to back.
apa yg boleh dibuat. itu yg kita kena ikut, walaupun kita tak berapa berkenan.
sudahnya, satu hari ini dihabiskan dengan meeting.
satu kerja ofis pun tak jalan la, maknanya.
tapi itu bukanlah alasan. sekadar, halangan atau kekangan yg harus dirancang.
kalau hari ni tak boleh buat, esok kena cover la balik.
alasan hadir meeting atau meeting menjadi halangan, tak boleh pakai. tak boleh terima.
jadi, 3 meeting sehari pun, ikut ajelah...

~ dalam kenangan...~

Jan 27, 2011

pada hari ini,
27.1.1995 yg lalu bonda tersayang, che' yam mohd taib,
telah kembali ke rahmatullah menemui Illahi.
kira-kira jam 1:30 pagi, jumaat.
maknanya, sudah 16 tahun pemergiannya meninggalkan kami.
tapi seakan semalam sahaja rasanya.
kenangan bersama-sama arwah tetap teguh di ingatan.
anak-anak aku - erol, eril & erin tak pernah bertemu 'nenek' mereka.
yg selalu mereka ziarah, ialah pusaranya sahaja.
al-fatihah...

~ appraisal dan kpi ~

appraisal digunakan sebagai penilai prestasi kerja. kebanyakan kompeni buat hujung tahun.
ada yg sangat menunggu-nunggu appraisal kerana yakin sudah buat yg terbaik untuk tahun itu. ada jugak yg kecut perut, sebab tahu ukur baju di badan sendiri.
malah sesetengah kompeni, mengamalkan self-appraisal. yg ini lagilah musykil & rumit jadinya. nak angkat diri melambung tak boleh, nak letak rendah pun mengundang padah.
appraisal pengukur penting untuk kenaikan gaji atau kenaikan pangkat.
ada yg naik gaji lebih baik daripada rakan sekerja yg lain. ada yg dapat banyak, ada yg ciput.
ada yg naik pangkat, ada yg kekal di takuk lama. itupun lebih baik daripada tak kena buang.
biasanya boss akan panggil & kita perlu mempertahankan diri.
kalau markah tinggi kenapa, kalau markah rendah apa sebabnya.
kemudian akan ada kompromi, ada yg terpaksa mengalah, ada yg sanggup bertekak.
pastinya akan ada rasa tak puas hati.
ada kalangan yg cemburu.
itu biasa...!

sekarang ni pulak. trend kpi.
sebenarnya lebih kurang juga macam appraisal. pengukur prestasi jugak.
bezanya kita letakkan sasaran di awal tahun & dinilai pada hujung tahun.
kalau capai sasaran, untunglah.
kalau tak capai...sendiri mau ingat. sediakanlah jawapan paling munasabah, diterima akal.
pastinya sama juga, ada yg tak puas hati.
ada yg cemburu.
itu biasa...!

walaupun sebenarnya, kedua-dua kaedah dijalankan secara sulit. bersifat peribadi. atau hanya antara staf itu dengan bossnya saja.
tapi macam mana yg lain boleh tahu. berapa markah si anu itu dapat?
berapa kenaikan gaji si polan itu?
arrrgh...dia tu anak emas boss...!
dia kaki bodek, dapatlah tinggi!

bukankah itu semua rahsia.
macam mana boleh orang lain tahu?
wikileaks....ke?

aku baru saja menghadap boss tadi.
kpi aku?
errr...okeyla

~ mataku rabak...! ~

25/1/2011
9:00pm-11:30 pm
tengok live bola.
semi-final 1 asian cup 2011 antara korea vs jepun. berlanjutan hingga extra-time & disusuli penalti. akhirnya, jepun layak ke final.

dah masuk 26/1/2011
12:00am-1:45am
tengok live bola
semi-final 2 asian cup 2011 antara australia vs uzbekistan.
kemenangan mudah kepada australia, 6-0 & layak ke final.
tak plan nak tengok pun match ni...

sementara itu. antara 12:00am-2:30am
borak dgn wifey. sambil tengok bola.
mula2 pasal tambang bas sekolah, kemudian banyak lagi isu2 berbangkit.
lama dah kami tak berbual panjang begitu.

lepas wifey sambung tidur. mataku masih terkebil-kebil. dah terlepas waktu tidur. lagipun aku dah kunci alarm nak bangun jam 3:30 pagi. tengok bole live, man utd vs blackpool. kalau tidur balik gerenti terlepas.
jadi antara 2:30 am -3:30am - tengok siri tv, numbers.

3:30-5:30 live bola epl. blackpool vs man utd.
man utd menang 3-2 selepas ketinggalan 0-2 pada first-half. gol dpd chicharito & berbatov. tapi man of the match pada aku ialah 'sir' ryan giggs...

5:30. kalau aku tidur balik, pasti terlajak nak bangun pagi. nak ke ofis. nak tak nak terus berjaga. kemudian mandi. selepas solat subuh, bersiap dan terus ke tempat kerja seawal 6:20 pagi.

sudah lebih 24 jam aku berjaga. tak terlelap, walau sepicing pun.

7:15 dah sampai di ofis. yep, sempatlah repair laporan bulanan yg aku buat semalam untuk meeting hari ni.

9:00am-12:00pm. meeting jabatan.

12:30 ke subang industrial park. bersama-sama 2 rakan sekerja. lawatan kerja ke kompeni printing.

1:45 kembali semula ke ofis. tak lunch. sebab masih kenyang, makan semasa meeting pagi tu.

2:00-5:00 sambung kerja.

6:10 sampai rumah. rehat.

8:00pm ke kedai mamak. makan dengan eril, erol & erin sebab wifey balik kerja lewat hari ni.
layan diorang bermain di taman permainan dekat kedai mamak tu sekejap.

9:00-10:00pm. tengok-tengokkan homework eril, erol & erin. sambil tonton tv sekali. tapi kepala dah mula 'melayang'.
mata dah rabak & mula lebam.
10:00 pm masuk tidur...
sedar-sedar dah pagi. nasib baik tak terlupa kunci alarm...!

~ kalaulah boleh...~

Jan 25, 2011

apa perkara yg kalau boleh kita nak buat, tapi tak boleh buat.
banyak perkara kan...

kalau boleh nak makan sedap-sedap ikut selera, tapi badan tak naik. kekal sihat atau takde risiko kena penyakit.
habis kalau dah banyak makan, badan gerentilah naik. kajian perubatan jugak menunjukkan kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan pemakanan yg tak betul & ukurlilit pinggang yg tebal...

kalau boleh tak payah ada waktu pejabat. ikut suka masuk kerja, tengah hari pun boleh. suka-suka hati je nak balik awal ke tidak.
apa, kau ingat ni opis atau kompeni kau sendiri ke?

duduk makan tidur aje kat rumah. tengok tv, lepak kedai mamak, shopping, main internet...tapi duit masuk je tiap-tiap bulan elaun kerajaan bagi atau duit mak bapak kita yg kaya raya.
mimpilah....

sebenarnya fikiran aku tengah merewang ni. nak siapkan report bulanan untuk meeting bulanan, esok.
kan senang, tak payah buat report apa bendanya. setahun sekali buat report sudah la....

~ rekod baru ~

Jan 24, 2011


sementara menunggu final badminton terbuka malaysia antara lee chong wei dgn taufik hidayat aku sempat juga tukar-tukar saluran lain.

sempatlah tengok secara langsung tenis australian open antara francesca schiavone (pic) lawan svetlana kusnetsova dalam pusingan ke-4 kategori perseorangan wanita. bukanlah sebab aku nak menengok pemain tenis perempuannya yg seksi atau cun macam maria sharapova tapi tertarik dengan aksi kedua-duanya yg enggan mengalah. sehinggakan perlawanan antara mereka berlanjutan hingga 4 jam 44 minit yg merupakan rekod perlawanan tenis paling panjang dalam sejarah tenis grand slam.

akhirnya perlawanan itu dimenangi oleh schiavone dengan 6-4, 1-6, 16-14.
banyak perkara yg boleh kita lakukan sepanjang hampir 5 jam itu....
kalau akulah, pengsan dah...!

sementara itu, chong wei juga melakar rekod kemenangan menjuarai bedminton terbuka malaysia sebanyak 7 kali.
jadi petang semalam, aku jadi penonton kepada 2 rekod luar biasa yg dicatat dalam arena sukan.

~ kelas tuisyen ~

sekarang ni melambak-lambak ada kelas tuisyen. malah dah ada pun kelas tuisyen untuk budak sekolah dari darjah satu. malah prasekolah pun dah wujud. dulu kelas tuisyen khusus untuk yg nak ambik peperiksaan utama spt srp/pmr, spm, stpm. sekarang peringkat upsr pun dah banyak.
malah sekarang dah banyak tuisyen di rumah. sama ada budak sekolah di hantar ke rumah yg menawarkan khidmat, atau guru tuisyen datang ke rumah untuk mengajar.

dalam pada itu, ada ramai guru sekolah yg buat part time jadi guru tuisyen. dibolehkan ke tidak? dulu isu ini timbul, dibimbangi mereka lebih tumpukan di luar sekolah, sebaliknya gaji makan dua-dua belah sisi.
banyak jugak yg didengar, guru yg mengajar tuisyen secara part time kemudiannya bukak kelas tuisyen sendiri sepenuh masa & meninggalkan kerjaya guru. kerana lebih lumayan & masa mengajar lebih fleksibel. bila dah banyak sangat, memang banyak persaingan. dulu bila kelas tuisyen mula muncul, bayaran yurannya boleh tahan tingginya. sekarang bila dah banyak, persaingan terjadi. promosi harga terendah, siap dengan pakej istimewa sekali maka bayaran tuisyen bolehlah dikatakan berpatutan.

soalnya, apakah semua kelas tuisyen ini berkualiti? sering kita lihat iklan menunjukkan testimoni pelajar mereka mendapat 5a, 8a, 17 a. tapi adakah keputusan itu semata-mata kerana mereka belajar di kelas tuisyen? kalau begitu tak payah pergi sekolah la, belajar kat tuisyen saja?

tak. sebenarnya kelas tuisyen ibarat kelas tambahan. membantu kekurangan di sekolah. menambah kefahaman. melatih tubi. mengulang kaji. itu sebenarnya fungsi kelas tuisyen. janganlah ada pulak ibu bapak yg salahkan kelas tuisyen kalau anak mereka 'tak berapa nak menjadi' keputusan periksa mereka. sebab ramai yg salah faham. kalau dah berbelanja lebih, tentunya nakkan hasil. jadi, hasilnya ialah result yg baik. sudahnya, bila anak-anak gagal mencapai tahap yg diharapkan, mereka dipersalahakan, kelas tuisyen didakwa gagal memainkan peranan.

cuma yg kasihannya, kanak-kanak. siang ke sekolah. petang ke kelas tuisyen. sesetengahnya ada yg ke sekolah agama. ada aktiviti kokurikulum atau aktiviti sukan sekolah. malam buat homework. ada jugak yg perlu ke kelas belajar al-quran. masa mereka untuk bermain agak terhad. malah dunia mereka terikat dengan belajar sahaja. jangan sampai mereka menjadi bosan. atau burn out sebelum masanya.

bila sistem pelajaran berorientasikan peperiksaan, maka persaingan pun terjadi. hanya yg terbaik akan terpilih dan berjaya. ibu bapa pun terikut-ikut. bila jiran atau kawan mereka hantar anak ke kelas tuisyen, mereka pun hantar anak sendiri ke kelas tuisyen. ikut-ikutan sebegini. malah ada sesetengah kanak-kanak sekolah sendiri memujuk ibu bapa mereka supaya dimasukkan ke kelas tuisyen kerana kawan-kawan mereka berbuat demikian.

itu tak dikira lagi dari segi ekonomi. perbelanjaan ibu bapa bertambah. peruntukan khas perlu untuk bayaran kelas tuisyen pulak di samping kos harian yg lain. adakah itu semua berbaloi? kata orang untuk berjaya perlukan pengorbanan. termasuk dari segi wang ringgit sebagai pelaburannya. dunia yg penuh persaingan, menjadikan kita terpaksa mengikut rentak. mengikut aliran arus semasa.
macam mana pula dengan ibu bapa yg kurang berkemampuan? tercicirkah mereka dalam arus persaingan itu?
sejak 2-3 hari ni si eril yg belajar dalam tahun 5 merengek supaya dia dimasukkan ke kelas tuisyen. sebab ramai di kalangan kawan-kawannya yg berbuat begitu. dan mereka mengajak eril untuk turut sama.
aku sedang berkira-kira sekarang, untuk menghantarnya atau tidak.