cuti sekolah
Mar 31, 2009
p. pangkor - hari keluarga...2
tv lcd plasma 42" serba canggih dgn lengkap dgn semua channel astro. tak perlu remote cuma petik jari.canggih!
air cond serba pintar hingga menyebkan kita berpeluh dlm kedinginan. dihiasi dgn bunga yg menawan & dedaunan plastik yg hanya boleh didapati di pangkor shj.
ingin jadi superman?
kuasa air
Mar 30, 2009
pulang dr kerja petang smlm, hujan lebat ketika hampir sampai di susur masuk nilai. kalau memandu kita selalu dinasihatkan supaya memasang lampu (bukan lampu hazard). tp masih ramai pemandu yg 'bangang' memandu kereta tanpa memasang lampu sdgkan jarak penglihatan adakala tk sampai 5 meter disbbkan hujan lebat. tambah pulak warna kereta mrk kelabu atau sukar dilihat dlm hujan lebat atau cuaca gelap.
sekali terkena, kita akan sentiasa beringat. TS pernah terlanggar lopak air, nasib baik cuma spotlight kereta sj yg pecah. lagipun selok-belok jln di sekitar nilai, TS dah biasa. dah boleh agak di mana lopak air atau kawasan jalan yg airnya bertakung jika hujan lebat. jadi, itu menjadikan TS lebih berhati-hati atau lebih bersedia utk mengelak atau menyusur ke tepi.
kalau kita memandu laju, di kawasan jln yg berlopak/air bertakung ada kemungkinan kereta terbabas atau lebih serius terbalik. ada kemungkinan jugak kereta kita mengalami kerosakan krn air bertakung ibarat 'tembok' keras yg menghalang laluan. inilah yg berlaku ptg semalam. tak kurang 3-4 kereta yg mengalami kerosakan di satu laluan yg memang TS tahu kerap air bertakung jika hujan lebat. ada yg tercabut bumper, ada yg pecah lampu depan, ada yg kemek bhg bonetnya. itu semua gara2 memandu laju di kawasan jln yg airnya bertakung (mungkin bhg jln yg agak rendah). samalah spt sebuah kereta yg melanggar tembok keras yg sebenarnya hanyalah merupakan takungan air!!
TS sentiasa berhati2 melalui jln yg tidak biasa TS lalui & lebih waspada bila hujan. bersedia menghadapi sebarng kemungkinan yg tk dijangka walaupun sekadar lopak air. krn tak tahu dlm atau ceteknya...
p. pangkor - hari keluarga...1
7:30 semua dah siap, beg2 dah punggah masuk kereta
7:40 sarapan dulu, pekena teh tarik & roti canai
8:00 bergerak ikut exit klia
8:13 kak SA telefon, tanya lokasi kami, mrk dh tunggu di R&R rawang
8:26 din telefon tanya lokasi kami, mrk dah sampai R&R rawang
8:42 tiba di R&R rawang, jumpa din...awi & lidi blm sampai. kak SA bergerak dulu, bwk pelan2 katanya
9:25 lidi & awi masih blm sampai ...apara janji kul 8:30
9:26 gerak dr R&R dgn din...maknanya 2 buah kereta je (konvoi hape benda!)
olh sbb din yg lead, TS just follow. tapi sbb bwk 90kmh so TS potong & lead dgn 110-120kmh
nak sampai tapah, TS bagi laluan din utk lead. rupanya dia salah...ikut jln lama daa....
11:00 kak SA telefon bagitau dah sampai teluk intan, kami baru sampai tapah
11:30 kak SA telefon dah sampai lumut, din masih terkial2 sbg leader. so TS pun potong utk lead.
12:15 sampai jeti lumut, masuk parking bertingkat. legaa...dah sampai
12:30 mkn tengah hari di nasi kandar jeti pangkor, best tempat ni nampak mewah tapi takdalah mahal sgt. betul2 tepi laut. din dgn yg lain entah kat mana...
selesai mkn..cari toilet.
1:10 jumpa yg lain2 dekat jeti. kak SA, R, abg S dll. tunggu lidi & awi blm sampai
1:30 buat keputusan jln dulu.
1:45 feri bertolak ke lokasi penginapan- pulau pangkor. feri buruk daa...
2:10 sampai ke jeti di pulau pangkor. jalan ke pekan, bas dah sedia menunggu...
thrillnye naik bas menuju ke chalet...laju gile
2:30 sampai ke chalet. masing2 pandang memandang. pangkor ni bukan pulau ke???
2:45 diberi kunci dan check in
wow bilik yg luas, hebat, pemandangan yg memukau (semuanya terbalik!)
HAMPEH!!!
kisah jiran...1
Mar 27, 2009
si A selalu bwk balik brg mainan promosi tempat kerjanya utk beri pd anak2 TS. kadang2 dia bagi baucer pd TS pun. oklah jgak, jimat bajet. dlm TS pun kadang2 kalau beli jajan utk anak2 akan beli lebih sbb nak bagi pd anak jiran tu. pendeknya takda masalah langsung dgn mrk.
utk tambah pendptn keluarganya, N si isteri menawarkan utk jadi pengasuh anak2 TS. sebelum ni anak2 TS dihantar ke nursery berhampiran. disbbkan nak bantu jiran selain mudah (sebelah rumah je) & anak2 TS pun dah biasa dgn keluarga mrk maka TS & wife pun setuju.
sayangnya panas tk sampai ke petang. semuanya gara2 bila A, si suami berpindah kerja dgn kompeni lain. ditawarkan gaji lumayan. (katanya...) sbg pengurus wilayah. maka si isteri pun 'mewawarkan' ke seluruh kwsn kejiranan yg suaminya kini berpangkat besar & bergaji besar. bila TS atau wife terlewat sedikit ambil2 anak2 bila balik kerja, si N menarik muka masam. pernah 2 kali sabtu (bukan hari kerja) ttp kedua2 kami terpaksa menghadiri seminar atau kursus, si N enggan menjaga anak2 kami. alasannya, sabtu hari rehatnya. kami sudah mula tawar hati. terpaksalah anak2 kami tinggalkan ke rumah mak lang mrk. kejadian2 itu mula membuatkan kami tawar hati. hubungan jiran juga sedikit tergugat.
nak dijadikan cerita, suatu hari erol demam. TS tergerak utk bertanya, di mana dia tidur. Jawab erol "atas lantai simen, bantal pun kongsi dgn erol". alangkah terkejutnya TS & wife. maknanya dpd tempoh mrk dihantar ke rumah jiran (kira2 7 bln sebelum itu) mrk adik2 beradik tidur atas lantai & berkongsi bantal. manakala anak2 jiran kami tidur atas katil dlm bilik. kalau takda tilam nipis atau toto kami boleh berikan. kesian budak2. demam2 pun tidur atas lantai. itupun anak2 kami tak pernah bercerita sebelum ini. malah kami jugak tk pernah bertanyakan mrk. alangkah sedih mengenang 'layanan' jiran itu. sejk hari tu wife hantar anak2 berserta toto...sbg sindiran.
nak hentikan menghantar, takut nanti bermasam muka. bergaduh pun mungkin. jadi kami ambik keputusan bertahan sampai hujung tahun. kemudian akan hantar semula ke nursery. senang. biarlah mahal sikit. biarlah jauh sikit. asal hati tak sakit & tak bermasam muka dgn sesiapa.
ada peristiwa lain lagi yg mendorong keputusan sebegitu. bagi kami, si N tdk ikhlas menjaga anak2 kami. dia hanya pentingkan duit shj. cthnya TS akan ambik cuti panjang semasa cuti sekolah dan bulan puasa (selain nak habiskan cuti tahunan). dlm tempoh tu biasanya anak2 tk dihantar ke rumahnya. ttp dia tetap ambik bayaran penuh jugak!
sejak kami tk menghantar anak2 ke rumah mrk, mrk terutama si N cuba mengelakkan diri dpd bertembung. malah dia dgn wife TS tk lagi bertegur sapa. sementara hubungan TS dgn A jugak dingin & tk se'mesra' dulu. dlm waktu sama ada jiran lain yg hantar anak mrk ke rumah jiran tu. tapi ada jugak yg hantar pd sabtu & ahad. boleh pulak?
apo nak dikato...
Mar 26, 2009
hari gaji
Mar 25, 2009
ofis
biasanya ramai yg pergi bank pagi ni. tujuan - ambik duit kat ATM, bayar bil, bayar loan dll.
kebanyakann wajah staf lebih ceria dpd biasa
tengah hari - ramai yg lunch kat luar. kantin biasanya agak lengang
waktu balik - kalau boleh mesti cabut sebaik sj. waktu pejabat tamat. nak kejar balik rumah, mungkin mkn mlm kat luar atau hidangan special dpd hari biasa atau makanan segera kfc, mcD, pizza dgn alasan permintaan anak2 (konon)
kedai/super market/pasar malam/kedai makan
agak sesak terutama sebelah ptg & mlm
barisan panjang di kaunter kasyier
ramai yg bawak keluarga mkn di luar
pasar mlm sungguh meriah
kalau beli di super market - penuh troli mcm nak bukak kedai mini
prof. madeya II
Mar 24, 2009
TS dh ambik pendirian tdk lagi akan bertahan ttp akan juga menyerang jika perlu - biar dia rasakan peluru sekencang sepakan rooney. kalau si prof. madeya masih dgn madeyanya maka bersiaplah!
bila sesi pertama bengkel berlangsung, TS tk nampak pun kelibatnya. ttp bila tengok senarai kehadiran yg diedar olh urus setia, namanya tercatat di situ. kenapa agaknya? tk datang? atau alasan balik awal dlm bengkel pertama masih diguna pakai - nak hantar anak balik ke asrama...
sesi ke-2 sebelah mlm pun tk dtg jugak. bengkel esoknya masih tk nampak batang hidung. sahlah - si prof. madeya tk dtg. walaupun sudah mengesahkan kehadiran. merugikan penganjur yg dh tempah hotel & makan minum.
apa punya prof. madeya mcm tu. menyusahkan org. merugikan org. sdgkan TS tk sabar nak tunjukkan yg kami dah buat apa yg kami janji. nak cabar dia kalau ada jumpa spelling error (walaupun satu perkataan) yg boleh dijumpanya dlm manuskrip yg kami betulkan.
tapi takpalah, TS akan tunggu dlm bengkel ke-3 nanti...
yg pasti bengkel kali ini lebih relaks & lancar tanpa "gangguan" yg tk perlu dpd prof. madeya yg berlagak pandai tp sebenarnya menayangkan kelemahannya sendiri utk dilihat semua org...
I'd rather walk alone
Mar 23, 2009
ada yg lucu, provokasi mcm2lah lagi. tp spt biasa, TS tak kisah pun. anggap tu semua sbg gurauan kawan2. lagipun masa mu vs liv. tempoh hari pun TS duduk semeja dgn kengkawan scousers tengok live kat kedai mamak.
itu semua banter sesama penyokong. takdelah sampai nk bergaduh atau tk bertegur sapa. pendeknya "team engko kalah, aku kutuk, team aku kalah, engko plak kutuk" kata bebudak sekarang...
tak kesahla apa gerrard, rafa atau carragher atau sesiapa pun, nak komen apa pun
"I'd rather walk alone"
minggu "saham merudum"
Mar 20, 2009
itu sj dah cukup menggendalakan banyak kerja ofis. malah punch card terpaksa diguna semula dlm tempoh itu...apara!
broadband kat rumah pulak kantoi. gara2 terlupa bayar bil bulan lepas...
dlm masa sama banyak kerja yg perlu disudahkan minggu ini esp. berkait dgn meeting, meeting dan meeting...nak siapkan bajet lagi, section report, progress report etc. minggu ni jugak (termasuk sabtu & ahad) terlibat lagi dgn bengkel. adeh...sesak nafas la.
cuti - lulus ke tidak?
Mar 16, 2009
habis kalau TS tk salah...sapa pulak yg salah? sapa lagi boss la...
kenapa tak semak permohonan cuti, kenapa tak luluskan lagi. ingat dia je nak cuti ke. dah 2 bulan TS tak cuti tau, asyik kerja jee...mana boleh tahan.
lagipun cuti adalah hak pekerja. tak boleh ditahan2. mrk ada peruntukan cuti tahunan. TS ada baki cuti 23 hari lagi tau! tambah pulak secara 'tradisinya' memang TS bercuti serentak dgn cuti sekolah. berkorban demi anak2...hu hu.
takpalah. TS nekad. walaupun belum lulus/tak lulus, akan tetap cuti hari ni. kejap lagi nak telefon ofis. nak tanya kak SA. kalau boss tak lulus jugak, esok TS dtg kerja...
boss sentiasa betul!
kamera
TS tertarik dgn kamera on display kat situ. ada offer yg sgt menarik harganya. lagipun kamera lama TS dh rosak. semasa membelek2 kamera jenama sony, kwn TS yg sedar sjk tadi TS tertumpu ke situ dgn bermurah hati menawarkan spy gunakan kad kreditnya dulu. cara bayarnnya...ansuran bulanan. bagai pucuk dicita ulam mendatang, tak lengah lagi TS pun sambar kamera digital yg berkenan di hati & dlm lingkungan bajet yg disetujui olh kwn tu.
jadi TS masih bereksperimen dgn kamera digital tu. olh sbb jarang pakai. jadi apa yg dah dicuba dipapar dlm blog ni. nak cuba teknik lebih baik & dan belajar photo editing.pd kwn TS tu terima kasih daun keladi, kalau bajet lebih bolehlah pinjam lagi...!
ferrariku
Mar 15, 2009
aktiviti 2008
Mar 14, 2009
blockbuster showdown
Mar 13, 2009
old trafford
8:45 pm
saturday, 14
liverpool:
Javier Mascherano reckons not even United will be able to live with Liverpool if they can repeat their Euro heroics at Old Trafford on Saturday. "If we play like we did against Real, it will be difficult for any team to beat us," insists the Argentine.
man utd:
United striker Wayne Rooney summed up the situation as he said: ''They know, in coming to Old Trafford, it's going to be a difficult game for them. They also know they need the three points and I'm sure they'll be up for it - we certainly will be.
''But I think, if we beat them, it will probably end their chances of winning the league.''
source: soccernet.com
angin lintang?
ttp semlm semasa memandu pulang dr kerja, cuaca agak mendung nak hujan. selepas aje susur Bangi, hujan mula turun dgn lebat diiringi angin kencang. pemandu di depan memperlahan kereta. bukan sj sbb hujan yg lebat mengganggu jarak penglihatan tp sbb angin kencang yg melintangi laluan lebuh raya itu. dari arah sisi kereta. angin kencang membwk bersama sampah-sarap, daun2 & ranting kayu berterbangan. TS terasa kereta yg dipandu kurang stabil & sedikit bergoyang. dlm masa yg sama ternampak kereta di depan jugak kelihatan tdk stabil & meluncur sedikit terhuyung-hayang. tindakan serta-merta ialah memandu perlahan sambil memegang kuat stereng. mujurlah kejadian itu tk sampai seminit. ttp agak menggentarkan.
adakah itu kejadian angin lintang? rasanya bukan sbb sejak bertahun2 TS melalui jln yg sama setiap hari pergi & balik kerja tk pernah pulak melalui kejadian spt itu. lagipun tkda papan tanda amaran di situ. tp ia pengalaman yg agak mencemaskan. mengingatkan bhw semasa memandu kita sentiasa terdedah pd bahaya & perlu bersedia utk sebarang kemungkinan...
tak dapat kontrol
Mar 12, 2009
No Way, Jose
Jose Mourinho endured anything but a special night at Old Trafford as Manchester United continued their remarkable season by reaching the Champions League quarter-finals with a 2-0 win over Inter Milan.
kemas kini (2:00pm)
His hands buried deep in the pockets of his latest designer coat, he maintained a lonely vigil at the furthest extreme of the technical area, less than a yard from the pitch. It made him a target for around 70,000 members of a capacity crowd, but anonymity has never been his style. Jose Mourinho may have been looking good - and when the closest individual to provide a comparison is Mike Phelan, he certainly was - but his appearance proved deceptive as Inter Milan were defeated.
Advice was forthcoming. ''Sit down, Mourinho,'' was one of the politer instructions, and one he repeatedly ignored. When the final whistle went, with Old Trafford echoing to the words ''bye bye, Mourinho,'' it was one order he could not flout. ''You're not famous anymore,'' came another taunt
source:soccernet.com
menyimpul ikatan
spt biasa, acara makan2 menjadi agenda kemuncak. olh sbb ramai, dah jadi mcm kenduri la pulak. seperkara yg pasti, ini menimbulkan kesedaran betapa selama ini kami sekeluarga semakin renggang & jauh. masing2 sibuk dgn tugas & menguruskan anak2. hinggakan nak berkunjung ke rumah kampung itupun kerap dikesamping. harapan agar ianya berterusan & tdk hanya panas di tgh hari. kalau ramai hari ni, maka ramailah esok lusa. siapa lg yg nak kita tuju tatkala susah senang kalau tak adik-beradik atau sedara mara. dgn itu ikatan yg semakin longgar dpt disimpul ikatannya.
sejarah pokok taman
Mar 11, 2009
pokok ni dibeli dr benih bersaiz kecik. antara pokok terawal yg TS tanam sejak berpindah ke rumah sendiri. dah berapa kali dialih tempat. dah besar sgt sampai pasu pun tk muat.
datuk hassan yg ku kenal
Mar 10, 2009
ramai yg kenal datuk hassan pasti tahu, beliau bukanlah tokoh radikal walaupun dlm banyak ceramahnya bersikap kritikal terutama dlm memperjuang bahasa. TS mengenalinya secara peribadi beberapa thn lepas krn terlibat dgn usahasama menerbitkan siri karya agung. ketika itu, beliau ialah pengerusi Yayasan Karyawan. dr mula projek dirancang hinggalah terbit & dilancarkan. tiada masalah bekerja dgnnya. sikapnya profesional.
2 tahun lps, TS menjemputnya sbg salah seorg penceramah dlm seminar yg dianjur olh majikan TS. setelah bincang tajuk & tema kertas kerjanya. beliau setuju. tak banyak songeh. nama besarnya sj sudah cukup sbg daya penarik penyertaan utk sebarang seminar yg dianjurkan. cuma masalah yg sering memeningkan kepala penganjur utk mengehadkan tempoh masa ceramahnya. semua org tahu, kalau datuk hassan dah mula berckp, susah nak berhenti. pengalaman TS sendiri sbg pengerusi sesi terpaksa menghulur 2-3 kali 'nota amaran' utk bagitau masa dah tamat. beliau cuma senyum sj & dgn selamba mintak tambah 2-3 minit lagi. selain itu TS jugak ditugaskan sbg pengiring dr mula tiba, ceramah, jamuan hinggalah beliau balik. tak sukar utk 'mengiringnya'. beliau seorg yg tak banyak kerenah, tk bnyk protokol, mudah mesra. kita boleh berbual apa sj topik dgnnya dr soal bahasa, buku, ekonomi, politik, isu semasa, sukan hinggalah kpd isu mat rempit. datuk hassan jugak kuat merokok/hisap paip (tk tahulah TS kalau dh berhenti sekrg ni). jadik mesti cari sudut yg boleh merokok utknya. bila dah berbual dgnnya, maka susahla nak berhenti. hinggakan TS terlps satu sesi yg sepatutnya TS pengerusikan. boss TS masa tu, hangin sbb terpaksa pulak gantikan (sudah terbalik kot da...). TS cuma jwb "habis, takkanla saya nak halau datuk tu balik pulak". bukanke kita perlu hormati tetamu...
TS percaya tokoh spt datuk hassan, tak mudah dipengaruh sesiapa. beliau seorg yg berilmu & penuh pertimbangan. ttp secara sedar atau tidak. memang ada kumpulan lain yg cuba 'tumpang semangkuk'. 10,000 yg berarak...dr mana dtgnya? adakah ahli GMP seramai itu?
...atas sebab yang tidak dapat dielakkan
Mar 6, 2009
alasan yg kerap diberi "...atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan".
mudah saja. malah ianya banyak diguna pakai. penganjur seminar. penganjur konsert. jabatan kerajaan. wakil rakyat. persatuan2. malah jk masjid pun!
sebaliknya menimbulkan seribu satu mcm persoalan. sbb apa? apa yg tak dpt dielakkan? tak cukup bajet? takda peserta yg daftar?
adakah ianya adil kepada semua pihak yg terlibat. atau sekadar alasan mudah yg mengundang lebih bnyk persoalan dpd jawapan. tp bagi mrk (penganjur)...itulah sbbnya. sbb tak dapat nak dielakkan. habis nak buat camno?
yang betulnya...8
Mar 5, 2009
salah ............................................... betul
anti agama ........................................ antiagama
anti Israel ........................................ anti-Israel
anti nuklear ..................................... antinuklear
dwi bahasa ....................................... dwibahasa
dwi fungsi ......................................... dwifungsi
dwi bulanan ...................................... dwibulanan
eka fungsi ..........................................ekafungsi
pasca ijazah ...................................... pascaijazah
pasca modenisme .............................pascamodenisme
pra Olimpik .......................................pra-Olimpik
pra-sekolah ...................................... prasekolah
pra-syarat ........................................prasyarat
pro aktif ...........................................proaktif
pro kemerdekaan ............................. prokemerdekaan
pro Barat ..........................................pro-Barat
pro pembangkang .............................propembangkang
sosio budaya .....................................sosiobudaya
sosio ekonomi ...................................sosioekonomi
sub-tajuk ..........................................subtajuk
sub-kontraktor .................................subkontraktor
tata susila .........................................tatasusila
tata-tertib .........................................tatatertib
sumber: koleksi lembar bahasa, DBP
banjir kilat
Mar 4, 2009
Thousands caught unawares as 2m-high flash floods hit KL
By PRIYA MENON
KUALA LUMPUR: Thousands of motorists were stuck in massive traffic jams for more than two hours yesterday evening after a storm caused flash foods in various parts of the city.
Flood waters rose up to 2m at the junction of the Dynasty Hotel on Jalan Ipoh and in the Kampung Baru area.
bukan kerana nama
Mar 3, 2009
TS tak kesah sgt pun. TS bekerja bukan kerana nama. kalau penulis buku ucap terima kasih pun, TS bersyukur krn dihargai. kalau tdk pun tk mengapa. dah memang tugas TS. mungkin ramai yg anggap tugas editor, tk lah penting sgt. tak da pun tak pa. buku boleh terbit jugak. asalkan kita sbg editor tahu yg tugas kita penting sudahla. apa sj yg dibuat, buat yg terbaik. nescaya hasilnya adalah yg terbaik jugak. pedulilah kalau tkda org nak puji. jgn dpt keji tu maknanya kerja kita elokla.
sama jugaklah dgn tulis blog ni. TS tak kesah sgt kalau tk ramai pengunjung yg dtg. atau tk bagi komen. mungkin sbb dh bertahun- tahun jadi editor, mempengaruhi sikap begitu. TS menulis bukan krn nama atau utk dikenal. cukup sekadar nk luah perasaan. nyatakan ekspresi apa yg TS lihat & rasakan tentang persekitaran. berkaitan org sekeliling. nak luah secara berdepan nanti gaduh pulak. cerita tentang pengalaman lalu. sekadar suka-suka. bila kelapangan atau nak lepas tension. sesetengah tulisan agak peribadi. TS pun tk pernah promo blog ni pd ramai org. kalau ada sedara-mara atau kawan2 yg sudi dtg jengok...silakanlah. kalau tk da tk mengapa. bukankah semua itu sifatnya blog?
kalau nk popular atau nk ramai pengunjung atau trafik tak putus-putus...tulis saja blog politik, blog hiburan atau blog lucah. gerenti ramai yg bertenggek kat situ.
itula komen TS pd seorg rakan yg berjinak-jinak dlm penulisan blog. dia mengeluh krn blognya tk ramai yg lawat & tkda yg tinggalkan komen utk artikel yg disiarnya.