Banjir: Lebuh raya Utara Selatan berhampiran UPM ditutup
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Laluan kedua-dua hala
Lebuhraya Utara Selatan antara Kajang dan Serdang ditutup kepada semua lalu
lintas ekoran banjir kilat yang Kilometer 303 lebuh raya berkenaan malam ini.
PLUS dalam kenyataan menerusi laman twitternya
berkata, hujan lebat yang melanda Lembah Klang sejak petang tadi menyebabkan
laluan berkenaan ditenggelami air.
Ekoran tersebut, lalu lintas ke kedua-dua hala
sesak teruk dan semua pengguna diminta menggunakan laluan alternatif menerusi
Plaza Tol Kajang dan UPM. - UTUSAN
Downpour causes massive
jams on several major roads in Klang Valley
PETALING JAYA: An evening
downpour caused flash floods that snarled traffic for hours on several major
roads in Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai and Kajang.Houses and cars in low-lying areas in Kajang and Serdang were submerged in waters at the height of the flood. Floodings were also reported in several housing estates in Kajang Heights, Country Heights, Sungai Ramal Dalam, Taman Sri Serdang, Serdang Jaya and Seri Kembangan.
Traffic was slow, at times at
a standstill, for those heading out of the city southbound before the Sungei
Besi toll with the jam stretching to Jalan Istana and TUDM due to the rain and
floods.At about 9pm, PLUS officials opened an alternative route before the toll
plaza to allow motorists to make a U-turn back to the city.
On the Besraya Highway, floods
in front of the KTM Serdang station caused congestion around the Palace of the
Golden Horses, Mines and Balakong with only one lane accessible on many
stretches.A bottle neck also occured in front of the Minlon building heading
towards the KTM station.
The water level rose at
KM303.8 of the Universiti Pertanian-Kajang route forcing both sides of the road
to be impassable to traffic.On the SILK Highway, floods around Bandar Sg Long
forced the road to Cheras and Kajang to be closed and traffic diverted to
Putrajaya.On the KESAS highway, the crawl started near the Vista Commonwealth
heading towards the MRR2 and the KL Seremban Highway towards Sri Petaling – The
Star
Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk
Di Lembah Klang
PETALING JAYA:
Hujan lebat yang turun lewat petang Selasa menyebabkan kejadian banjir kilat
melanda sekaligus mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang teruk di beberapa
jalan utama di Kuala Lumpur, Serdang, Bangi, Nilai dan Kajang.
Laluan trafik sangat perlahan dan adakalanya tidak
bergerak menghala ke selatan bandar raya hingga sebelum tol Sungai Besi.Kesesakan
tersebut menjadi lebih buruk di Jalan Istana hingga ke pangkalan Tentera Udara
Diraja Malaysia Sungai Besi akibat banjir kilat yang berlaku.Pada kira-kira pukul 9 malam, PLUS Expressways Bhd (PLUS) membuka laluan alternatif sebelum laluan tol bagi membolehkan pemadu membuat pusingan ‘u’ untuk kembali ke bandar raya.
Sementara itu, di Lebuh Raya Besraya, banjir kilat yang berlaku dihadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang menyebabkan kesesakan yang teruk sekitar, Hotel Palace of The Golden Horses, Mines dan Balakong dengan hanya satu lorong boleh digunakan.
Kesesakan turut berlaku di hadapan bangunan Minlon
menghala ke stesen KTM Serdang.Paras air naik di KM303.8 laluan Universiti
Pertanian-Kajang yang memaksa laluan di kedua-dua belah jalan tersebut terpaksa
ditutup – mstar online
inilah antara berita yg termuat dalam akhbar hari ni dan akhbar online malam tadi. petang semalam hujan turun dengan lebatnya. aku perlu segera balik. lagipun hari tu hari jadi erin. kalau aku lambat, mungkin sangkut dalam jem. kesian nanti erin, tertunggu-tunggu papanya balik. jadi, aku redah jugaklah jalan yg sesak dan hujan yg lebat itu. kalau aku tunggu hujan reda seperti kebanyakan orang lain mungkin jalan lebih sesak. mungkin juga banjir kilat.
telahan aku betul. melepasi tol sg besi, hujan sangat lebat. jarak penglihatan sangat kabur. terpaksa pasang lampu dan mengekori kereta di hadapan supaya tak tersalah lorong. sampai di persimpangan antara susur keluar ke kajang dan susur upm, kenderaan makin perlahan dan sesekali terhenti. rupa-rupanya air dah mula naik. banjir kilat. salah satu puncanya, curahan hujan lebat yg luar biasa, ditambah pulak dengan kerja pembinaan yg menutup sebahagian parit tepi lebuh raya berhampiran kajang dan upm.
kenderaan mula bersesak dan berhimpit. lebuh raya tiga lorong menjadi satu lorong. mana-mana kereta yg memberanikan diri melalui lorong yg dinaiki akhir, setengahnya lepas, setengahnya terperangkap. aku ambil langkah selamat. biarlah lambat sikit. ikut lorong yg satu itu.
dan akhirnya lepas selepas hampir setengah jam tersangkut. dengar berita di radio, sejam selepas itu jalan yg aku lalui itu terpaksa ditutup sebab dinaiki air. dan sebahagian besar kenderaan yg melalui jalan itu terperangkap dan dilencongkan ke laluan alternatif.
maknanya, kalau aku terlewat sikit saja, akulah antara pemandu yg jadi mangsa terperangkap dalam kesesakan itu. dan mungkin juga, tak sempat nak meraikan hari jadi erin malam tadi...alhamdulillah.
2 refleksi:
oh hujan ke semalam?
aku x perasan pun
x pernah aku dgr banjir kat highway kecuali dulu2 di bt 3 shah alam
Post a Comment