semalam sementara menunggu eril balik dari kelas tuisyennya yg habis jam 10:00 mlm. aku lepak kejap kedai mamak. selalunya selepas hantar eril, aku akan terus balik rumah. tapi sebab selepas hantar eril aku ke pasar raya beli sikit barangan, rasanya tak berbaloi nak patah balik ke rumah dan kemudian keluar semula jemput eril.
selepas masukkan barang dalam boot kereta, aku pergi lepak kedai mamak tu. yg letaknya bersebelahan aje dengan pasar raya. pesan teh tarik dan roti canai je.
sedang ditayang di tv ialah satu program tv3. 'takdir' kalau tak silap. tak pernah aku tengok program ni, walaupun aku pernah tengok promonya.
kisahnya sungguh menarik dan menyayat hati juga. kejadian yg benar-benar berlaku sebagai pengajaran dan teladan kepada semua.
- - kisahnya sepasang suami isteri melayu yg baru pulang dari berniaga pasar malam, telah terlibat dalam satu kemalangan. waktu itu sudah tengah malam. mereka mengalami kecederaan agak parah, dan tersepit dalam kereta. beberapa kenderaan yg lalu lalang tidak berhenti untuk membantu. kereta mereka pada ketika itu tersadai di tengah jalan. jika tidak dialihkan, mungkin ada kenderaan lain yg akan melanggarnya. mujur ada 2 orang berbangsa cina dengan sebuah lori kecil, berhenti membantu. seorang daripadanya membantu mengeluarkan pasangan suami isteri itu untuk menyelamatkan mereka dan mendapatkan rawatan. seorang lagi, menjaga lalu lintas. ong menarik keluar si suami terlebih dahulu. kedua-duanya dalam keadaan antara sedar dengan tidak. sebaik saja mengeluarkan si isteri, terdengar dentuman yg kuat. mereka dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yg memandu laju.
ong mengalami kecederaan yg parah. kedua-dua kakinya terpaksa dipotong. 10 hari kemudian dia meninggal dunia. pasangan suami isteri yg cedera itu amat terhutang budi, malah terhutang nyawa dengan ong. mereka juga berasa bersalah dan terkilan, oleh sebab kejadian itu, keluarga ong kehilangan orang tersayang. malah mereka tak sempat mengucapkan terima kasih pun, kerana ketika itu mereka juga sedang menjalani rawatan. tetapi keluarga ong, sangat baik. langsung tidak menyalahkan pasangan itu, sebaliknya berserah pada takdir. sejak itu, walaupun berlainan bangsa, kedua-dua keluarga menjadi sangat rapat. dan sentiasa berhubung hinggalah ke hari ini - -
pic hiasan |
kejadian sebenar sebeginilah, yg berpijak di bumi nyata perlu banyak dipertontonkan pada khalayak umum. betapa nilai murni, pengorbanan dan hubungan baik melampaui batasan bangsa dan agama boleh dijadikan iktibar. sangat terkesan sekali, kerana diceritakan sendiri oleh mereka yg terbabit.
kenapa tema sebegini jarang diangkat sebagai drama tv, misalnya?
daripada memaparkan kisah konflik cinta yg tak berkesudahan, atau perebutan harta kekayaan, dendam kesumat sesama manusia, cerita hantu yg lawak seram, yang kebanyakannya hanyalah rekaan dan berasaskan skrip lakon layar semata-mata.
arghh...buat apa sedih-sedih.
kita tengok tv nak rileks. nak berhibur.
lebih baik tengok drama korea yg heronya hensem, heroinnya cantik.
lagipun takde aaron aziz, neelofa atau izara...
begitukah?
1 refleksi:
dah tua-tua ni(eh tua ke?)aku lebih suka citer kisah masyarakat.kisah cinta sudah tak masuk dgn otak aku
mual ;(
Post a Comment