- kawan yang baik tapi mencurigakan -

Sep 11, 2012




aku memang ada perasaan suspek atau curiga kat kawan aku yg seorang ni.
sebagai kawan, dia jugak tinggal di kejiranan aku. tapi sejak kebelakangan, kami tak rapat macam dulu. dulu selalu gak mengeteh kedai mamak bersama. tapi semenjak dia 'dianugerahkan' dengan kekayaan yg mendadak, kami dah jarang melepak bersama.
 
kira-kira beberapa tahun lepas kawan ini, hanya ada kapcai dan sebuah kereta kancil. pernah aku naik kancilnya yg tak berair cond. sebab rosak. takde duit nak repair, katanya.
maka semua cermin tingkap terpaksa dibuka.
 
tapi sejak 3-4 tahun kebelakangan, rezekinya bertambah.
kancil dijualnya. beli mpv mewah untuk isterinya, dan dia juga pandu kereta mahal.
rumahnya pun dah renovate. perabot dan hiasan dalam rumahnya, nampak mewah.

katanya berkat main saham. awalnya dulu, katanya main forex. tapi selepas beberapa daripadanya diisytiharkan tidak berdaftar, tak sah dan disekat oleh kerajaan. katanya, dah berhenti.

dia masih juga bekerja di tempat lama. dengan jawatan yg sama.
taklah berpangkat orangnya, level kerani aje. begitu jugak isterinya.
nak kata buat bisnes sebagai side income, tak ada jugak.
kalau dah mewah, dah kaya, banyak duit...buat apa nak kerja, jadi kuli lagi?

aku dengar banyak cerita kurang enak tentangnya dari kawan-kawan sejiran dan kawan sekerjanya.
terutama dari mana datang sumber kemewahannya itu.
tapi aku tak mahu percaya 100% cakap orang, benar atau tidak.

kalau dia bersikap low profile, mungkin orang tak berapa nak bercakap tentangnya.
tetapi ada kalanya, dia sendiri seakan-akan mengundang tohmahan.
seakan-akan menunjuk-nunjuk, walaupun dia tak berniat begitu.

sambut hari jadi anak, buat majlis besar-besaran.
buat open house raya dengan majlis besar-besaran.

tempoh hari, aku dijemput ke open house rayanya.
seperti dijangka, memang besar-besaran setaraf majlis dianjurkan vip dan orang kaya.

sempat jugak aku merisik.
"bisnes kencang sekarang ni ya!" usikku
"adalah main saham, sikit-sikit..." katanya ringkas.
"bila nak lepak mengeteh, lama dah..." tanyaku
"bila-bila pun boleh. nanti aku sms...." masih mesra macam dulu.
sikapnya yg tak berubah terhadap kawan-kawannya.
biar pun dah kaya....!

nak cakap pasal punca rezeki atau kemewahannya dari mana?
elok atau buruk...wallahua'lam.
mohon dijauhkan dari sumber yg tak baik untuk kawan ku ini.

 

3 refleksi:

Irfa said...

baguslah kalau dia masih mcm dulu
tak sombong..bab rezki dia tu,mgkin ada bisnes yg kita tak tahu ;)
moga jauh dr perkara x elok.tu je

bangsawan nilai said...

iyalah, sbg kwn kita perlu bersangka baik kan.

rahimin said...

aku pun ada kwn mcm gini. tp berprasangka baik aje la kan...betul kata ko