- mu nok make gapo/ekau nak makan apo -

Sep 28, 2012



aku boleh bertutur banyak bahasa.
bahasa melayu, english, negori, minang, kelantan, kedah, pahang...ha ha ha

sebenarnya aku baru habis baca satu buku ni.
penulisnya mengkaji bahasa dialek yg semakin pupus.
tapi kajiannya tu tentang dialek bahasa cina.
judul buku tu "mandarin spread in malaysia"ditulis oleh seorang ahli akademik universiti malaya.

jadi, aku cuba letakkan kajian tu alam konteks dialek bahasa negeri di malaysia.

peredaran zaman, penghijrahan kerana mencari pekerjaan dan perkahwinan campur adalah puncanya.
perkahwinan campur antara negeri, antara kaum, antara negara malah antara benua.
kalau pasangan suami isteri berasal dari tempat yg sama, hal ni taklah sulit sangat.

tak payah lah pergi jauh sangat.
aku ambik contoh mudah, famili aku sendiri...

aku berasal dari negeri sembilan.
wifey dari pahang.
kami berkomunikasi dalam bahasa melayu standard.
habis tu kalau dia cakap loghat pahang, aku loghat negori...
macam ayam dengan itiklah jadinya.
itu dipanggil dialek atau loghat daerah.
kalau jumpa sedara mara atau balik kampung sebelah wifey barulah loghat atau dialek pahang itu dipraktikkannya.
begitu jugak dengan aku dengan adik beradik atau sedara mara.

adalah sekali dua, kami tersasul guna istilah loghat ibunda masing-masing.
akan terasa pelik, janggal dan mungkin melucukan...!

jadi kami masih lagi boleh bertutur dalam loghat negeri atau loghat ibunda masing-masing.
memanglah aku punya loghat negori tak berapa pekat.
malah loghat warga nilai tidaklah sepekat loghat negori di rembau atau kuala pilah, misalnya.
mungkin sebab nilai ni dah dekat dengan sempadan selangor...

yang ruginya ialah anak-anak aku.
kami berkomunikasi dengan diorang guna BM standard.
sesekali bila balik kampung, diorang terlopong jugak bila masing-masing cakap loghat daerah.
aku pun rasa silap jugak, tak ajarkan loghat negori pada mereka ni.

aku cuba bayangkan generasi akan datang.
cuba renungkan senario ini...

katalah si suami dari johor dan isterinya dari kedah.
tetapi mereka menetap dan bekerja di kuala lumpur.
anak-anak mereka membesar di kota raya.
bahasa yg digunakan bahasa melayu standard.
generasi berikutnya, terus tinggal sebagai warga kota.
jadi dialek atau loghat daerah tidak lagi dituturkan.

itu belum bab kahwin antara negara.
atau antara benua.
tinggal pula di new york, contohnya.
sudah tentu loghat daerah asal mereka langsung tak terpakai.
apatah lagi anak cucunya kemudian nanti

mungkin dialek atau loghat ni semakin lama makin kurang digunakan.
nak kata pupus tu, mungkin tidaklah.
sebab masih dituturkan oleh mereka yg tinggal di negeri asal.



5 refleksi:

Irfa said...

emm..boleh betulkan sikit tak?
'mu nak make gapo?'
bukan 'gahpo'
hehe

Irfa said...

ops..lupa nak komen
aku klate
suami..perak tp dia mmbesar di kl
so anak2 aku cakap bhs standard je
huhu..aku pun silap x ajar diorang ckp klate..tp bila aku bercakap ngan adik2 diorang akan tanya 'umie cakap apa ni?'

Anonymous said...

memang ada betulnya. generasi akan datang dah tak pandai speaking klate atau nogori!!

rahimin said...

tak dinafikan la. mmg ada kemungkinan kalau generasi anak-anak kita dh tak tau loghat dulu-dulu.

bangsawan nilai said...

irfa,
thnx. aku dh betulkan :)
realiti yg kita lalui skrg kan...

anon,
speaking kay el

min,
esp. yg berhijrah dan kahwin campur kemungkinan ni wujud.