- kawan lama dari ganu... -

Sep 24, 2012




segalanya bermula dengan seloroh dan cabaran di fb. bermula dengan komen-komennya tentang profile pic yg baru aku tukar selepas raya tempoh hari.
lalu kawan-kawan pun semacam bersependapat yg aku semakin 'mengembang'.
 
geram dan tercabar dengan 'serangan' mereka, aku menyeru mereka yg berani supaya bersemuka. sebahagian daripada kawan-kawan aku itu dah lama tak berjumpa. malah ada yg dah putus hubungan kemudian berjumpa semula tapi cuma di alam siber.
dan mungkin jugak takkan berjumpa sampai bila-bila pun.
kita harus faham soal jarak dan waktu. soal komitmen masing-masing tak mememungkinkan  pertemuan itu mudah dirancang.
 
"bagitau tempat, tarikh dan masa, kita jumpa. ada bran?"
itu status aku pada mereka.
seperti dijangka, masing-masing memberi 1001 alasan. dan semuanya valid.
 
cuma ada seorang yg menyahutnya.
nasa... dari kuala terengganu. yg kali akhir aku jumpa sewaktu dia datang untuk konvonya.
dia senior setahun daripada aku. jurusan fakulti perniagaan & perakaunan.
kami jadi rapat sebab aku kawan baik pada rakan sebiliknya semasa tahun 2, zali.
dia juga satu group dengan aku bertanding untuk pilihan raya kolej.
group kami menang dan seterusnya membentuk barisan exco kolej.
 
"ok kita jumpa. 22 sept. siapa lebih macho.."
komennya pada status itu.
sejak itu kami saling berhubung. sama ada melalui fb atau sms.
 
hari ditunggu tiba.
sabtu lepas.
cuma janjinya pukul 10 pagi tapi singgah pula di jaln TAR, kuala lumpur.
sudahnya, pukul 12 baru nampak batang hidung.
 
pertemuan dirancang di bandar seri putera.
dia datang ke majlis kenduri kahwin anak sedaranya.
aku bagi tau, dekat je dengan nilai.
lagipun pada hari ahadnya  aku akan ke jemputan kahwin di bandar bkt mahkota.
bersebelahan je dengan bandar seri putera.
ya, segalanya berkebetulan.
 
asalnya kami jumpa di plaza tol putera mahkota.
sebaik nampak kelibat aku di tepi jalan, dia membunyikan hon.
ha ha dah nampak aku dari jauh...
maknanya dia masih kenal aku selepas bertahun-tahun tu.
tanda yg baik, maksudnya tak jauh beza dengan dulu.

selepas tu kami ke majlis kenduri kahwin tu, walaupun pada perancangan asalnya kami cuma nak lepak mungkin di kedai mamak saja.
tetapi disebabkan waktu tu dah tengah hari, terpaksalah juga ke majlis kenduri tu
sedangkan aku pakai sempoi je.
 
sempatlah kami berbual panjang hingga tak sedar, waktu berlalu.
dan hinggalah majlis tu pun dah nak bersurai.
ya, siapa sangka boleh berjumpa semula kan.
nasa sekarang seorang guru.
mengajar di kuala terengganu. tempat kelahirannya.
anaknya ada 4 orang.
 
 
ternyatanya, dia dah masuk kategori heavyweight.
dan dia mengaku kalah...!
katanya "kau ni mcm dulu gak. kekal dengan jeans dan t-shirt...aku ni jeans pun takde saiz dah...ha ha ha".

dia datang dari kuala terengganu semata-mata hadir ke majlis perkahwinan tu.
sementara aku datang ke majlis tu semata-mata nak jumpa dia, nasa....

siapa kata fb takde faedah. kalau diguna untuk kebaikan, maka baiklah jadinya.
bulan september ini saja, dua orang kawan lama yg aku sangka takkan berjumpa lagi, rupa-rupanya silaturahim kami masih panjang...
 
 
 

3 refleksi:

Irfa said...

kalau slim cam dulu beranilah nak jumpa.dah kembang tu yg malas nak jumpa kawan lama..hehe

rahimin said...

mana pic ko? coverline la tu...ha ha

bangsawan nilai said...

irfa,
setakat jumpa kwn lama in private takpe. kalau ke gathering tu mungkin segan jugak...ha ha

min,
pic aku for exclusive view only...he he