- mengada-adakan yang tak perlu ada -

Sep 27, 2012




dulu aku bertungkus-lumus belajar. habiskan tenaga, masa dan usia untuk dapat segulung ijazah.
segala penat jerih sudah terbayar.
bersengkang mata untuk studi dan periksa, menyiapkan tugasan dan tesis  sebagai cabaran yg pelu ditempuh.
hari konvokesyen atau graduasi adalah hari penuh kegembiraan dan kelegaan.
hari kesyukuran untuk berkongsi dengan orang tersayang sekeliling kita.
hari penuh sejarah dalam hidup.
nostalgia yg indah untuk dikenang pada hari tua nanti.

itu dulu...
sekarang masuk tadika pun boleh grad. dapat ijazah....ha ha
dah jadi trend pulak sejak kebelakangan ni.



sekarang ni, di sekolah pun turut sama tumpang semangkuk.
cikgu dan pihak sekolah pun nak buat majlis konvo atau graduasi untuk pelajar tahun 6
yg tahun depan akan berhijrah ke 'dunia baru', tingkatan satu.

tak salah, untuk meraikan dan mengucapkan selamat jalan pada mereka yg paling senior kat sekolah tu.
ada sekolah yg buat di dewan sekolah je. memang itulah sepatutnya.
atau disekalikan saja dengan majlis penyampaian hadiah yg biasanya diadakan sebagai acara tahunan setiap hujung penggal persekolahan.

sekarang ni ada trend baru.
buat majlis graduasi di tempat mewah atau eksklusif sikit.
buat kat hotel.
dan ibu bapa yg nak hadir, kena bayar la.
anak-anak yg nak dapat 'segulung ijazah' tu pun kena bayar, tapi dengan harga diskaun oleh pihak sekolah, katanya.
kalau tak pergi, kasihankan anak-anak sebab kengkawannya yg lain datang.
lagipun, ini bukannya majlis calang-calang, ni majlis graduasi!!

ibu dan bapa dicaj sekepala rm50 dan anak rm30, jumlahnya dah rm130.
kepada yg tak mampu?
macam mana...
kalau nak datang digalakkan, kalau tak datang pun tak pe...
take it or leave it!
kata pihak sekolah...

itulah yg aku hadapi sekarang.
semalam, dapat surat dari pihak sekolah.
eril akan jadi graduan sekolahnya.
ada majlis graduasi kat hotel. berserta majlis hi-tea.
...dan aku kena bayar rm130 kalau nak hadir ke majlis itu.

ini bukan soal duit. mungkin ada yg kata kita ni kedekut pulak.
pasal anak pun nak berkira!
tapi soalnya, perlu ke majlis macam ni.
apa faedahnya?

untunglah eril.
banyak kali dapat merasa majlis graduasi/konvo.
tadika sekali, tahun 6 sekali, mungkin tingkatan lima nanti sekali dan masuk U sekali lagi.
kalau dapat masters atau PhD?
fuhh...


2 refleksi:

Irfa said...

kerana anak,kita ikutkan
itu bagi yg mampu..kalau yg tak mampu mcm mana?kesian kat anak-anak
zaman kita dulu xde pun mcm ni elok je..tahlah

rahimin said...

benda2 merepek mcm ni la kgkadang buat org marah. tak pyh nak special sgt bukan dpt degree pun.