- projek mega depan rumah -

Sep 21, 2012

 
 
 
sejak beberapa hari lepas dah mula kerja-kerja membajak dan meratakan tanah depan rumah aku ni. patutnya kawasan lapang ni ialah taman permainan kanak-kanak. tapi mpn cuma tanam 4 batang pokok, letak dua bangku tempat duduk dan batu terapi  kat hujung padang.
 
 
padangnya tak rata. berbatu dan rumputnya bertompok-tompok botak. tak sesuai untuk budak-budak main. kalau jatuh, lutut koyak. bila hujan lebat, air bertakung, becak dua tiga hari.
 
ada ketikanya kami gunakan padang untuk aktiviti persatuan penduduk. terutama jamuan makan atau ceramah. wakaf tu kita orang kongsi duit, upah kontraktor luar bina. bolehlah dijadikan pentas atau tempat letak speaker atau amplifier.
 
budak-budak kecik kadang-kadang ada main bola, main kejar-kejar atau main bola lisut. yg tak seronoknya ada jugak budak-budak besar yg main bola kat situ. guna bola kulit, tendang kuat-kuat macam main kat stadium. ramai jugak yg bengang sebab kadang-kadang masuk rumah, kena kereta dan pecahkan pasu bunga. pernah satu hari bola kena pasu bunga dan masuk dalam rumah. aku simpan je bola tu, tak pulangkan. kereta jiran aku pun pernah kemek kena bola.
 
katanya, padang ni nak diratakan semula. ditanam rumput baru. dipasang permainan untuk kanak-kanak spt papan lungsur, buaian dll. elokla tu. sekurang-kurangnya diorang takdelah main kat tepi jalan, bahaya.
 
cuma nanti kena pakat-pakat tegur lah kalau ada kanak-kanak yg buat tak betul. jahanamkan apa yg dipasang. atau orang dewasa lebih 12 tahun pun sama-sama main buaian...
 
tapi tak pasti lagilah bila siapnya projek mega ni. tengok progresnya, macam tahun depan je baru siap...!
 
yg ini pun setelah berkali-kali persatuan penduduk hantar surat permohonan. sehinggalah raya lepas ada ADUN datang melawat kawasan sempena hari raya. kita orang bagi memorandum padanya. kena ada 'wahyu' dari atas gak. kalau tak, tak jalan.
walhal cukai pintu lewat sikit, datang surat amaran atau kompaun.

 
 


3 refleksi:

Irfa said...

peti pos aku jenis murah yg pemaju bagi dulu(plastik)pecah kena bola.bola masuk dalam pagar..sikit lagi nak masuk umah sib baik ada grill yg menghalang.cermin keta penah kena tp sib baik x pecah.semua tu gara2 budak main bola dalam taman.itu bukan pdg bola tp ada jugak yg tak reti bahasa.kesian budak2 kecil nak main buai.dah penah ada yg kena bola kat kepala.sapa nak ngaku.semua kata tak buat.

last2..anak aku main dlm umah je.

rahimin said...

mak bapak diorg buat tak tau je. bila kita tegur, mak bapak yg msm muka

bangsawan nilai said...

itula kalau ditegur dicop sombong. kalau tak harta benda kita punah.

masalahnya mak bapak diorg buat dek je...