aku selalu pastikan kalau ke majlis orang, kena pakai cantik-cantik sikit. wangi-wangi sikit. tak kiralah majlis kahwin ke atau sekadar majlis makan-makan rumah jiran misalnya open house raya. maksud aku, simple tak mengapa janganlah terlampau selekeh - dengan seluar tiga suku, dan t-shirt lusuh misalnya. biarlah penampilan tu, sedap mata memandang.
kena hormatlah majlis orang. walaupun kecik.
seperti mana jugak kita nak orang hormat majlis kita.
semalam aku pergi open house seorang kawan. majlisnya agak grand . dengan 3 khemah besar depan rumah, dihias cantik. siap ada live band lagi...
maka tak menang tanganlah si tuan rumah melayan tetamu yg datang berduyun-duyun. dah sampai tahap buat majlis kahwin standardnya.
menu utamanya, kambing golek dan lempeng panas.fuh...
duduk semeja dengan kami sefamili, ialah sepasang suami isteri. dua-duanya nampak macam datuk dan mak datin. memang bergaya. si mak datin tak lekang dengan spek hitam besarnya, sambil makan pun.
"ini rumah yg ke-4 untuk hari ni. lepas ni ada 3-4 lagi nak kena singgah...kalau tak singgah nanti ada yg kecik hati." kata mak datin yg ramah.
"kita orang pergi rumah sedara-mara dan kawan yg dekat aje. jiran-jiran...nak jalan jauh, jalan jem. masa suntuk, lagi..." balas wifey. macam terpaksa je melayan.
"ishhh...kami tak... jauh ke, dekat ke, mesti pergi. lagipun ramai org kenal. tak pergi nanti, orang ingat sombong pulak..." sambung mak datin.
perbualan mereka terhenti setakat itu je. sebab wifey aku tengok, pergi ke meja bufet. ambik makanan. dan macam sengaja lambat-lambat duduk semula ke meja ni...he he taktik la tu!
sejurus lepas mak datin dan suaminya beredar, wifey pun duduk semula. sambil tersenyum-senyum.
di belakang aku, satu meja famili lain.
si isterinya pakai t-shirt dan jeans lusuh. manakala suaminya pula hanya pakai jeans dan singlet.
fuh...simple habis weh...
peliknya, anak-anak mereka pakai molek pulak.
macam-macam perangai orang kita ni.
ada yg pergi majlis sebab bimbang dikatakan sombong.
ada pulak yg datang majlis orang dengan singlet dan pakaian selekeh.
sudahnya, aku yg mengumpat....hah hah hah
tgk pic yg dibulatkan merah |
close up |
2 refleksi:
dia mmg dtg nak makan je kot ;)
tahlah..mcm2 peel manusia ni
bygkan kalau yg bersinglet tu duduk semeja dgn kita....:))
Post a Comment