- manusia...pantang ada kelebihan -

Sep 13, 2012




nak kata keliru, memang juga.
nak kata musykil pun ada.
dua hari berturut-turut, kejadian berlaku.
depan mata.
malah pada waktu yg hampir sama, tempat yg sama.
cuma berlainan hari.
dua hari berturutan.

kira-kira 5:30 petang, selasa.
waktu balik kerja.
aliran kenderaan sedikit perlahan dan mulai sesak.
semasa melalui jalan pantai baru, KL. kedengaran bunyi siren
sebuah ambulan sedang 'minta laluan'.
tentunya ada kecemasan.
biarpun sedikit sukar, para pemandu cuba juga membuka jalan untuk ambulan itu lalu.
masing-masing cuba beri kerjasama, aku respek.
dengan sedikit kesukaran, ambulan dapat meloloskan diri, utk menjalankan tugasnya.


kira-kira 5:30 petang, rabu.
waktu balik kerja.
aliran kenderaan sedikit perlahan dan mulai sesak.
semasa melalui jalan pantai baru, KL. kedengaran bunyi siren.
sebuah trak bomba sedang 'minta laluan'.
tentunya ada kecemasan.
biarpun sedikit sukar, para pemandu cuba juga membuka laluan untuk bomba itu lalu.
masing-masing cuba beri kerjasama, aku respek.
dengan sedikit kesukaran, trak bomba dapat meloloskan diri, utk menjalankan tugasnya.

di jalan sg besi menuju lebuh raya PLUS kemudiannya, aku nampak ambulan yg sama yg minta laluan sebelumnya.
aku pasti, ambulan yg sama.
aliran jalan ketika itu, tidak sesak.
sirennya tidak lagi berbunyi. malah ambulan itu dipandu perlahan. mengikut lorong kiri..

hal yg sama juga berlaku.
di jalan sg. besi menuju lebuh raya PLUS kemudiannya, aku nampak trak bomba yg sama, yg minta laluan sebelumnya.
aku pasti, trak bomba yg sama.
aliran jalan ketika itu, tidak sesak.
sirennya tidak lagi berbunyi. malah trak bomba itu dipandu perlahan. mengikut lorong kiri.

adakah mereka mengambil kesempatan, menggunakan siren untuk mengelakkan tersekat dalam kesesakan sedangkan sebenarnya tidak ada sebarang kecemasan, atau mangsa untuk diselamatkan?

aku tak pasti.
aku keliru, sebenarnya.

ini mengingatkan aku akan kejadian yg pernah dilaporkan di tv dan akhbar beberapa tahun lalu.
di johor bahru, seorang drebar ambulan dikenakan tindakan tatatertib oleh majikannya.
ini kerana mendapat aduan daripada orang ramai dan jiran drebar itu sendiri.
puncanya, dia membunyikan siren ambulan yg dipandunya untuk 'meminta laluan' jalan sesak, pada waktu tengah hari.
semata-mata untuk pulang makan tengah hari di rumahnya.
menikmati masakan isteri.
tiada kecemasan berlaku. atau dalam ambulan itu tiada pesakit untuk rawatan.
ini dilakukannya bukan sekali, tetapi beberapa kali.
drebar itu menggunakan sedikit 'kelebihan' yg ada untuk kepentingan dirinya.

mungkinkah itu juga yg cuba dilakukan oleh drebar ambulan dan trak bomba yg aku nampak pada hari selasa dan rabu itu?
mengambil kesempatan atas sedikit 'kelebihan' yg ada padanya untuk kepentingan diri.

mungkin...!!

3 refleksi:

Irfa said...

tak mustahil dan tak salah kita menaruh sedikit prsangka ;(

bangsawan nilai said...

confuse...

rahimin said...

mmg tak patut kalau betul..