- terowong rahsia ditemui di putrajaya? -
Mar 21, 2013
"engkorang tahu tak, kalau white house kena attack.
tak kiralah teroris ke, orang russia ke, atau pun pengkhianat dari dalam negara sendiri.
kena kepung.
mana presiden dia nak lari.
nak pakai heli pun diorang dah cover zon udara.
semua pengawal kat pintu masuk dah kena tembak...."
wahi bertanyakan soalan.
sebelum tu kita orang borak pasal isu lahad datu.
entah kenapa si wahi keluar tajuk, cerita pasal white house dan presiden amerika plak.
"rasanya dalam bilik kebal. macam kat bank tu.
dia nyorok dalam tu. kena bom pun tak tembus.
aku ada tengok satu filem."
sampuk seorang kawan....
"laaa...tu filem la. kalau duk dalam bilik kebal pun, kena kepung tak guna jugak. lama-lama kena menyerah je..." komen jijoi. tak setuju.
"kalau korang nak tahu. dalam white house tu dibina satu terowong. letaknya kat basement.
terowong bawah tanah la kiranya.
hanya pegawai tertentu dengan panglima tentera je yg tahu kod rahsia untuk terowong tu.
dalam terowong tu dah disediakan bullet train. yg bersambung dgn landasan kereta api washington.
bullet train ni sangat laju mencecah 350kmj. kalis peluru pulak tu.
tembak atau bom pun tak apa-apa.
jadi kalau kena attack, diorang pun turun ke terowong bawah tanah untuk selamatkan diri. " beiya-iya si wahi menerangkan kepada kami.
"ni patutnya rahsia kan. macam mana boleh tahu. kalau kena attack nanti, diorang boleh agaklah, presiden USA lari guna bullet train. diorang akan block landasan kereta api tu..." aku jadi musykil. macam mana rahsia ketenteraan USA dan keselamatan presidennya boleh dengan mudah dibocorkan rahsianya.
".....hmmmm. tu aku tengok dalam satu filem baru-baru ni..." wahi mengaku.
alam nyata tak sama dengan filem.
sebab tu ramai yg tak dapat bezakan alam realiti dengan fantasi.
"laaaaaa.....itu fileeemmm" sambut kami hampir serentak.
***********
aku sambung cerita.
"eh...korang tahu tak sri perdana, kat putrajaya tu pun kalau kena attack, macam mana PM nak lari"
"ya jugak. macam mana ye..." semua menunggu dengan penuh minat.
"engkorang tau tak. ada terowong rahsia dari sri perdana tu bersambung sampai ke masjid putrajaya.
masjid tu kan kat tepi tasik. kat situ nanti ada bot laju.
bot tu boleh pecut 300kmj.
bawak PM lari ke kawasan selamat..."
"uish...macam mana kau tahu ni. kan ke tu rahsia kerajaan..." kata wahi pulak.
dia tak puas hati.
macam mana aku boleh lebih tahu daripada dia.
"hari tu aku ada mimpi jumpa PM. dia yg bagitau aku...." aku jawab selamba.
"ha ha ha ha ha...."semua orang tergelak.
bila tahu diorang dah 'terkena' dengan kelentong aku.
cuma wahi aje terdiam.
mukanya merah padam.
dia faham, aku cerita tu secara sinis.
orang cerita pasal yang real.
pasal lahad datu.
pasal pdrm dan atm berperang dengan musuh.
dia cerita pasal filem. pasal lakonan.
ini betul-betul lah. bukan cobaaannnn....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 refleksi:
tetiba aku rasa macam logik pulak citer ko ni.hihi
aku rasa ko patut tulis skrip filem la bro...
hi!,I really like your writing so much! share we keep up a correspondence extra approximately your post
on AOL? I need an expert on this space to unravel my problem.
May be that's you! Having a look forward to peer you.
Here is my page プラダ トートバッグ
slm saya menguruskan tuntutan kemalangan jalan raya .perhkidmatan tidak perlu membuat bayaran sehingga selesai.dan kami tawarkan...
-sekiranya ada masalah berkaitan kmlgan /repot polis/pembayaran bil/operation/kos baiki kenderaan/pinjaman atau loan atau ape2 blh hubungi saya 24 jam.
fathulah pengurus peguam kemalangan
V.GOBI&ASSOCIATES
101-1,jalan nautika AU20/A,section U20,pusat komersial TSB SUNGAI BULOH.40160 SELANGOR
Post a Comment