- apa akan berlaku esok? -
Mar 22, 2013
entah la.
dulu ada kempen. ada iklan.
sekarang ni senyap je.
kat fb pun tak nampak orang cakap pasal ni.
atau dah lupa atau buat-buat lupa.
ada yang cakap, takde faedah.
tutup lampu setakat sejam, apa yg dapat di'selamat'kan.
ada jugak yg kata.
tutup lampu je, tapi air cond, tv ,kipas pasang jugak.
sama jugak lah dengan kempen lain.
kempen tanpa beg plastik misalnya.
tak guna pada hari sabtu je.
hari lain boleh.
ada jugak pasar raya yg jual 20sen utk beg plastik.
ada yg lebih 'kurang faham' lagi mengatakan itu semua pengaruh Barat.
berkait pengaruh yahudi. tak payah ikut...!
walhal kempen bergelap 1 jam tu 'simbolik' aje.
matlamatnya menanam kesedaran supaya kita tak membazir lektrik.
pakai yg perlu je.
berkait juga pasal global warming.
jadi matlamat tak tercapai.
bagi aku, bukan disebabkan kempen tak berjaya.
tapi soal sikap kita.
soal kesedaran.
tak cukupkah kempen pasal 'tak nak' merokok?
kempen pakai tali pinggang keledar. memandu dengan cara berbahaya.
kempen jangan buang sampah merata-rata.
aku rasa kempen dah cukup dah.
tapi sikap tak berubah.
atau kejap je insaf, lepas tu buat balik...
aku rasa ramai yg tak tahu, atau tak ingat pasal ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
ada org kata kempen ni bukan tutup semua lampu..tutup mana yg tak guna dan x de org je..so aku dah lama amalkan ini..hanya buka lampu dimana ada org dan diperlukan..kalau duh ruang tamu,tutup lampu bilik air dan bilik tido..so kempen2 ni bagi aku sendiri ada kesedaran cukuplah.aku rasa dah cukup berjimat tp bil cam tu jugak
betul lah tu irfa.
kempen 1 jam bergelap ni sbg 'simbolik' aje.
utk sedarkan kita jgn membazir lektrik dan kurangkan global warming alat letrik yg tak guna.
manusia ni kena selalu ingatkan kalau tak mereka mudah lupa...
ooo... esok earth hour, tq ingatkan
Post a Comment