- mengapa ada derita, bila bahagia tercipta. . . -

Mar 4, 2013


kita tak pernah tahu apa yg menjadi punca sebenar.
kerna biasanya, kedua-dua pihak akan saling menyalahkan.
saling percaya apa yg mereka buat itu betul.
akhirnya, bila perpisahan menjadi nyata.
masing-masing terpaksa menerima hakikat.
membawa haluan masing-masing.
tetap akan ada kekesalan di hati, tak dapat tidak.
malahan akan kekal kenangan berdua itu hingga ke akhir hayat.
meski benci sekalipun, pasti ada sekelumit kemanisannya.

ini cerita kawanku, K.
dah lama aku tak jumpa dia.
terkadang itulah kekesalan yg melintas.
batas waktu dan komitmen sendiri menjadi penghalang.

dengan izin-Nya tengah hari itu, kami diketemukan jugak.
aku sedang melangkah ke bank, bila disapanya.
lalu dipeluknya aku, di tengah orang ramai lalu lalang.
tak ada rasa segan.
dua kawan lama bila berjumpa, orang lain pedulikan sajalah.

urusan bank, tangguh sajalah dulu.
berjumpa kawan lama lebih penting, bukan selalu.
manalah tahu entah bila lagi, manalah tahu tak jumpa lagi.

kami berbual rancak.
dari satu cerita ke satu cerita.
dari satu topik ke satu topik.

hinggalah K tunduk hiba, bila aku tanyakan pasal anak-anaknya.

"aku dah jual rumah aku. 2 bulan dah...duk menyewa sekarang..." kata K
"laaa...apasal pulak. sayang lah. sekarang harga rumah mahal. nak beli kena fikir banyak kali..." kata ku menyedarkannya akan realiti waktu ini.
"aku tak boleh tahan lah. pergi dapur...terbayang. duduk kat hall terbayang...nak tidur terkenang. terutama anak aku yg kecik tu..." keluh K.

K sudah bercerai dengan isterinya.
dia ada 2 orang anak. masih kecil.
anak-anak sekecil itu pastinya tidak tahu apa-apa.
merekalah yg paling terkesan bila semua itu terjadi.

aku tahu, berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya.
mahligai yg dibina, runtuh di pertengahan.
dalam meniti bahagia, tiba-tiba derita mendatang. badai melanda.

mungkin selalu kita dengar dari sudut pandang para isteri.
sesekali wajar jugak kita tahu apa pula di benak sang suami.
lelaki jugak punya hati, kerana mereka juga insan biasa.
bukan untuk mencari salah silap.
menghukum siapa benar siapa salah.
itu tak penting lagi...
semua yg berlaku sudah tidak boleh diundur semula.
yg pastinya, bukan saja sebelah pihak yg terkesan.

ada getar pada suara K bila membicarakan hal dirinya.
pasal rumah tangganya yg tak sampai ke hujung nyawa.
kisah kerinduan pada anak-anaknya.

"aku sekarang isi masa dengan main basikal...
bonus hari tu aku habiskan untuk basikal saja" kata K tentang hobi barunya.
pastinya hobi itu untuk mengisi kesunyian.
menutup kerinduan pada anaknya.
cuba memadam kenangan bersama orang yang pernah berkongsi kasihnya.
menghilangkan rasa sedih mengharungi hari-harinya dalam keseorangan.

1 refleksi:

Anonymous said...

kadang2 bukan salah sesiapa, tapi sudah takdir berlaku perpisahan