- elak kiri kena, elak kanan pun kena -
Mar 7, 2013
hari tu ada perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa.
target sekolah tahun ni, 70 murid dapat 5A, kata pengetua.
dengan syarat 'semua pihak' kena beri kerjasama tambahnya lagi.
ini termasuk perlunya ibu bapa 'menyumbang' dana untuk kelas tambahan.
setiap 'kepala' dikehendaki bayar rm250.
hmmmm....rate yg sama macam tahun lepas.
tapi bayaran boleh dibuat secara ansuran, supaya tak membebankan (!)
tapi ni untuk kelas tambahan.
untuk yuran sekolah, kira lain.
ok lah. hujang bulan nanti bayar separuh.
lepas tu lagi separuh. setel.
demi anak-anak...
********
petang semalam eril hulur satu surat.
surat tawaran menjadi pengawas, rupanya.
tapi surat tu mintak keizinan mak bapak terlebih dulu.
abis tu, takkan aku nak kata 'papa tak izinkan' pada eril.
merajuk pulak budak tu nanti.
tapi, bila dah jadi pengawas sendiri mau ingat lah.
uniform kena tukar.
bukan pakai kemeja putih, seluar hijau lagi.
uniform pengawas ada warna, jadi kena beli lain.
kasut pun kena tukar kaler hitam.
uniform yg ada, baru pakai 2 bulan lebih. aishh....
yg tu, kos ditanggung oleh mak bapak.
sebab tulah pihak sekolah hantar surat minta izin.
fuh...memang berpandangan jauh betul cikgu-cikgu sekolah ni.
ok lah. hujung bulan nanti beli uniform pengawas.
demi anak-anak...
he he he he
makin gugurlah rambut aku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
aku senyum je :)
aku cadangkn x payah la tukar kaler baju pengawas, pakai name tag special atau tukar warna tudung atau tali leher je....
ataupun uniform ditanggung kosnya oleh pihak sekolah...
Post a Comment