- drama malam tadi -
Mar 20, 2013
dia asyik mengeluh-ngeluh.
drama yg ditunggu dari tadi tak start-start lagi.
siaran tv3 sejak tadi siarkan ucapan PM.
siran langsung yg maha penting saat PRU makin tiba ni.
drama cinta qaseh akhirnya disiarkan lewat sejam dari biasa.
jadi bertembung jugak lah dengan rancangan meletop di astro ria.
sekejap dialih ke sini, sekejap dialih ke sana.
tak mahu terlepas kedua-dua rancangan.
kengkadang bila dialih pun bertembung pula dengan iklan.
sekali lagi, dia mengeluh...
sekali-sekala terdengar komennya.
apalah qaseh ni, si wahyu ni suami yg sikit punya baik dan hensem pulak tu.
masih juga dia teringatkan si arash....haish!
yg arash ni pun mengada-ngada, dah nak tunang pun masih nakkan si qaseh.
dah tahu qaseh tu bini orang, nak jugak....
dikomennya juga program yg satu lagi.
apalah neelofa dan nabil ni.
tak profesional langsung...
adakah rita rudaini dipanggilnya 'kakak'
respek la sikit, panggil lah 'rita' aje.
takdelah tua sangat.
kalau wan maimunah tu patutlah dipanggil kakak....
haish...!
teruk betul pengacara kat malaysia ni...
*******
dari tadi aku perhatikan.
kain baju yg dilipatnya masih tak habis.
sejak dari siaran langsung ucapan PM.
samapailah habis meletop dan cinta qaseh
baru sudah...dekat 2 jam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 refleksi:
kih kih kih
aku gelak
jgn ko gelak kat aku pulak
malam tadi aku termiss drama korea jam 9.00 malam..so check ulangan jam 4.00 pagi..set alarm tp alarm bunyi aku tak bangun pun.malu pada ALLAH.huhu
fuh...fanatik betul org pompuan ni dgn drama
hahaha komen-komen jgk, tengok tetap tengok!
Post a Comment