- siri bercakap dengan erin . . .20

Mar 15, 2013


erin sibuk nak join erol masuk kelas tuisyen.
walaupun kami rasa tak perlu, sebab dia kecik lagi.
tapi bila difikirkan,
bagus jugak, tak payah bagi motivasi, dia menyerah diri.
sejak 2 bulan lepas diorang ada kelas 3 kali seminggu.

tapi aku selalu kena 'paw' dengan erin.
sebab kelas tuisyen tu dekat dengan 7E.
jadi, hampir setiap hari erin nak singgah situ.
alasannya. tekak dia tersangaaatt....lah dahaga bila habis kelas.
bila tak dilayan dibuatnya muka moyok.
esoknya, mogok tak nak pergi kelas tuisyen.
maka terpaksalah dilayankan.

mula-mula dulu, mamanya bekalkan air oren dari rumah
tapi tak diminumnya.
sejak tu, dia tak bawak bekal  air dah

targetnya ialar slurpee kat 7E tu.
malam tadi pun sama jugak.

"kalau hari hari macam ni, pokai la papa.
lagipun bukan elok minum air sejuk-sejuk, malam-malam ni..." aku cuba memberikan hujah.

kita orang baru masuk kereta, dan baru keluar dari 7E.
erin tengah sedap minum slurpeenya.
erol pun tumpang sekaki.

"kalau papa tak nak beli hari-hari.
kita beli aje lah mesin tu. letak kat rumah..."

nampaknya hujah erin lagi bernas...!

3 refleksi:

Irfa said...

oh pusat tusyen tu ye?
anak2 aku pun pantang ke 7E mesti mintak beli tu//bukan x nak beli.sesekali boleh la layan..sebab benda tu bagi aku sejuk sgt
mcm nak beku otak bila sedut ;)

bangsawan nilai said...


diorg suka sbb kaler tu ada pink, biru, hijau...

rahimin said...


ni feberet aku gak