dalam keterpaksaan ini

Jul 31, 2009

esok aku akan 'terbang' ke kuching. bkn mkn angin. urusan ofis pun bukan.
pelik bunyinya...tp itula yg dpt aku simpulkan. ini hal persatuan yg tmpt aku bekerja menjadi ahlinya.
kalau tk hadir, kami dicap sbg tk bekerjasama atau tak sporting. mau tk mau pergilah jgk.
sepatutnya aku berasa seronok ke sana bukan? maklumla bukn selalu dpt pergi tmpt org. jauh plak tu, sarawak. aku sbnrnya berbelah bg. nk bagi komitmen salah, tk bg pun salah. kerja di ofis melambak & bertimbun. bilik ofis aku dh ibarat tongkang pecah yg menanti nk karam. naik segan aku kalau ada pengarang atau kwn yg dtg berkunjung. nk kemas tkda masa. lagipun kalau kemas pun kejap aje, 2-3 minggu lps tu bertimbun blk.
mungkin aku bersikp negatif & pesimis. tp bg aku bnyk sgt pihak yg cuba ambik peluang & kesempatan menjadikan persatuan sbg platform utk kepentingn mrk. politiking usah ceritalah, mcm dh jadi asam garam.
dlm keterpaksaan aku terpksa pergilah jgk. termasuk program pd sabtu & ahad. isnin & selasa plk, masa yg boleh aku lakukan bnyk kerja di ofis, ttp sebaliknya berkurung dlm bengkel & mesyuarat yg tdk berkesudahan...

disekat dan tersekat

setiap hari ke tmpt kerja memang dh adatla, jln sesak.
tp pg ni agak luar biasa sesaknya. dlm hati berdetik, kemungkinan ada eksiden. dlm keadaan berhimpit himpit & berinsut-insut dr jauh ternmpk abg polis. ramai plak tu. lps tu ternmpk papan tanda sekatan polis. sahlah inilah puncanya jln sesak pg ni.
nasib baik aku ada ruang utk menyusur ke jln alternatif yg jarang sekali aku lalu. kecuali sbg pelan kontijensi. kita nk marah polis pun tk boleh. mrk sekadar terima arahan dpd pihak atasan mrk.
sbb besok, sabtu, ada ura2 ada perhimpunan aman (konon!) olh 2 kump. pro & anti-ISA di pusat bandar. tak taulah niat mrk, betul2 ikhlas atau nk tunjuk ego siapa lebih ramai atau lebih berani.
sudahnya org yg tkde kena mengena spt yg nak ke tmpt kerja pg ni yg tersekat, terlewat, jd mangsa keadaan.
apa boleh buat...skrg ni semua nk jadi jaguh.
kalau betul2 nk perhimpunan aman, buat aje di stadium, habis cerita. tk menyusahkan org lain, tak menyusahkan polis, tk menyusahkan peniaga, tak menyusahkan aku ni yg nak pergi kerja pagi-pagi...

jangan lupa lirik

Jul 30, 2009

itu rancangan tv popular yg dikendalikan oleh aznil. tp sengaja aku ajuk pd erin. sbb dia nyanyi lagu berterabur liriknya. itu semua gara2 bila aku tanya pdnya mlm tadi, apa yg dia belajar hari tu. dgn 'gembiranya' dia pun melagukan 'tanya sama pokok'...

tanya sama pokok, apa sbb goyang
nanti jwb pokok, angin yg goncang
tanya sama angin, apa sbb goncang
nanti jwb angin, tanyalah awan...

sampai takat tu yg dia belajar atau yg dia ingat, aku tk pasti...
lalu aku pun sambung,

awan nanti kata, aku kandung air
sampai tempat sejuk, aku pun cair
tengok dlm air, nampak bayang-bayang
campak satu batu, bayang pun hilang

aku tau, lirik lagu ni panjang lagi. tp aku pun lupa lirik jgk. ttp utk bebudak cukupla setakat sampai situ. mungkin cikgupun sengaja ajar takat rangkap di atas saja. sbb lirik seterusnya lbh kpd cintan-cintun, kasih-kasihan, rindu-rinduan. dulu pun masa bebudk, aku pun nyanyi separuh je. rehat tgh hari td, aku pun google lirik penuh lagu ni. begini sambungannya...

tanya sama hati, apa rasa sayang
apakah tandanya, nampak dipandang
kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
mula tanda-tanda hubungan mesra
tanya sama hati, pernahkah merindu,

tiba masa lena, apa mimpimu
masa berjauhan, apa nan dikenang
bila difahamkan, itulah sayang
jikalau tidak kerana sayang

kuntuman kasih, tak mungkin kembang,
andainya jemu, mengganti rindu

jambangan rindu, tentulah layu
tanya sama hati, pernahkah merindu
tiba masa lena, apa mimpimu
masa berjauhan apa nan dikenang
bila difahamkan, itulah sayang...

akukah yg mudah lupa, atau...

skrg ni sibuk pasal kpi. kerajaan pm najib pun sdg merangka kpi. di ofis aku, kpi sudah berjln sejak 3 tahun lps. olh sbb kpi yg disasarkan olh boss tdk praktikal, tdk realistik & tdk berpijak di bumi nyata, makanya sjk 3 tahun itulah jgk aku tk dpt capai kpi. setiap kali aku cuba menyedarkannya, setiap kali itu pula aku dicaras. so aku cuma berdiam sj. letakkan sjlah berapa sasaran kpi tu, sekadar utk rekod. aku tkkan peduli. sbb letakkan siapa saja di tempatku. sama ada editor 'maha hebat' atau "editor no 1 dunia" (spt pemain no. 1 dunia chong wei, nicol david atau tiger woods) sekalipun mrk akan angkat tgn mengaku kalah, tak mampu...
dlm mesyuarat bulan ini, sekali lg dia membangkitkan isu kpi aku yg hanya 30 peratus setakat julai. berkali-kali dia mengingatkanku pd angka 50 judul. ya, 50 judul setahun utk dicapai olh 2 org editor. hilang akal ke hape?
editor itu pula perlu buat perolehan, perlu kaji manuskrip baru, dptkan penilai, buat pruf, bincang dgn jkuasa penasihat, bincang dgn pengarang, tinjau pasarean,buat laporan itu & ini, hadiri mesyuarat itu & ini, pergi seminar, bengkel, forum dsb pendeknya segala 1001 mcm kerja mak nenek...
aku sendiri tak yakin, yg kami pernah berbincang & mensasarkan kpi itu 50. tadi aku semak semula kpi secara online. akukah yg mudah lupa, atau diakah yg nyanyuk? demi terpampang sj di dpn mata, aku ternganga & ketawa besar.
sasaran kpi aku yg sebenar ialah 35!

fire drill

Jul 29, 2009

rakan seofis yg hadir mesyuarat sudah memaklumkan lebih dulu yg ianya akan diadakan pd tarikh sekian. tapi tak pulak dinyatakan jam berapa. Lebih kurang 12 tgh hari seorg kerani membocorkan maklumat yg ianya akan diadakan tepat jam 12:30. jadi semua sudah bersedia termasuk boss. siap tutup suis semua alatan elektrik. spt diberitahu tepat 12:30 siren amaran berbunyi diikuti loceng kecemasan.
kami pun beramai2 keluar & menuju ke tempat berkumpul. takda masalah sbb dah ada peta lakaran ditampal pada dinding ofis yg menunjukkan arah lokasi utk berkumpul. lagipun kawasan lapang yg terdpt papan tanda “tempat berkumpul semasa kecemasan” baru saja dicacakkan kira2 seminggu lalu. masih cantik, dan terang tulisannya. dari jauh pun boleh nampak. berhampiran kantin & laluan utama menuju ke bank, dewan dll.
sampai di tempat berkumpul itu. kami pun tercangak2 seketika. kenapa tak ramai. mana org yg akan bagi taklimat? sebaliknya kami di’arahkan’ pula oleh seorg yg memegang pembesar suara & berjaket keselamatan supaya berkumpul di satu lokasi lain. agak pelik jugak kenapa perlu berbuat begitu sdgkan kami berkumpul di tempat yg betul. tanpa membantah, kami berjalan menuju ke tempat berkumpul satu lagi. di situ sudah berkumpul sekumpulan besar staf lain. masing2 berjalan lenggang kangkung. maklumlah ini cuma olok-olok saja. di sana tdk ada sesiapa pun yg boleh ‘dirujuk’. masing2 saling pandang-memandang & berborak sesama sendiri. kami diberitau olh seorg ‘ajk’ sepatutnya ikut perancangan, kami semua akan diberi taklimat oleh bhg keselamatan & ada demo memadam api. ada jgk bisik2 mengatakan berlaku masalah komunikasi, bhg keselamatan dikatakan tdk mendpt sebarang makluman dpd ‘penganjur’ fire drill ini. kemudian seorg dpd ‘ajk’ lain memberitahu yg bhg keselamatan sudah dihubungi & akan sampai dlm sekelip mata !
bagaimanapun kemudian muncul seorang lagi ‘ajk’ (amboi ramainya 'ajk'...tp berterabur jgk!) yg menggunakan pembesar suara, mengucapkan terima kasih atas kerjasama & tujua drill diadakan. dia jugak memaklumkan bhw bhg keselamatan tdk dpt dtg atas sebab2 yg tdk dpt dielakkan (alasan standard la...) . lalu ‘mengisytiharkan’ supaya kami bersurai.
semua staf faham keperluan fire drill ini. tp kalau nak buat biarlah ada perancangan supaya teratur. bukannya seronok nk pakat bunyi siren lepas tu suruh org berkumpul. kemudian tk sampai 15 minit, suruh masuk ofis semula…jgnlah nanti staf berasa ianya sekadar buang masa. kalau buat lagi tentu ramai yg rasa keberatan & tk beri kerjasama.
mungkin aku perlu tanya kawan seofis, apa yg dimesyuaratkannya tempoh hari…sbb dia pun bercuti plak hari tu.

terpelajar tapi tak cukup ajar

Jul 28, 2009

tgh hari smlm aku ke bank. nak setelkan bayaran kat kredit & ansuran kereta. tk guna kaunter tapi pakai mesin deposit tunai. ada plak satu couple ni yg berdiri dekat sgt di belakangku waktu berbaris. walaupun tkda peraturan, tapi itu kira common sense la. dahla tu duk bisik-bisik, mengeseh-ngeseh. nak tunjuk pd semua org merekalah pasangan paling mesra. walhal yg nak buat urusan sorang je. kenapa itu pun nk sibuk sampai dua org sekali. tengok dr tag nama, mrk tu pelajar IPT.
aku sepatutnya buat 2 transaksi. tp sbb rimas, aku sudahkan satu dulu. kemudian aku beratur semula di belakang couple tadi. aku sengaja berdiri sedekat yg mungkin dgn mrk. sambil tu buat2 tinjau skrin mesin tu. couple tu perasaan perbuatan aku. mrk nmpak kurang senang & tak selesa. baru diorg tau apa perasaan org lain. mcm tulah yg diorang rasa skrg. aku bkn nk berniat jahat. jauh sekali nk balas dendam. cuma nk menyedarkan mrk. lain kali jgn buat mcm tu lg. ada org sakit hati & tak selesa. spt yg mrk rasakan.

cukup sekadar terima kasih

pengumuman rasmi keputusan baru diketahui smlm. sebenarnya keputusan tk rasmi, aku dh tau minggu lps. alhamdulillah, buku yg aku tangani sbg editor menang lg sbg penerbitan buku terbaik. khabarnya hadiah yg diterima penulis ialah rm10,000.
ini bukanlah kali pertama, buku yg aku kendalikan menang anugerah. seingat aku, hingga kini sudah 4 buku & 6 anugerah kesemuanya. spt yg pernah aku rungutkan selama ini, hanya buku terbaik yg dipilih sbg pemenang. dan anugerah diterima oleh penulisnya.
editor hanyalah ibarat pekerja balik tabir yg tdk nampak sumbangannya. apa pun aku bangga & gembira krn hasil kerjaku diiktiraf sbg terbaik. bukan anugerah yg aku kejar. aku bukan baru smlm jadi editor. tdk ada istilah kecil hati atau kecewa kalau diri ini tdk dihargai. cukup sekadar ucapan terima kasih dpd penulis, yg karyanya terpilih & diangkat sbg terbaik.

kerja cincai, hasilnya serabai

Jul 27, 2009

Apa gunanya brosur sebuah buku?
untuk promosi buku. untuk kenalkan buku pada pembaca.
untuk tarik minat pembaca.
Apakah yang perlu ada pada brosur?
mesti ada selling points.
kekuatan dan kelebihan buku.
keunikan buku ini yang takda pada buku lain.
Rekaan sebuah brosur?
mestilah menarik. warna yg digunakan jelas dan terang.
reka letaknya sekali imbas boleh baca semua maklumat

aku baru saja diminta utk komen brosur yg disediakan oleh bahagian pemasaran & bahagian perekaan. khabarnya, maklumat & rekaan sudah ini dirancang & dibuat sejak dua bulan dulu. tujuannya untuk menampilkan kelainan & diikuti dgn promosi yang bersungguh2. tumpuan sepenuhnya diberikan utk menghasilkan brosur yg luar biasa hebatnya. kerja2 dilakukan dgn teliti. idea ini adalah gabungan team yg terpaksa ‘pecah kepala’ menghasilkannya ibarat mencipta sebuah karya agung. kerja ofis yg lain diperlahan & dikesampingkan demi menggarap brosur berkuali tinggi.

tapi itu semua hanyalah publisiti murahan. omongan kosong. janji manis di bibir.
hakikatnya ia langsung tk menepati ciri2 brosur. Ianya berlawanan dgn apa yg disenaraikan di atas. hanya ada paparan kulit buku yg kaku disertai maklumat asas spt nama pengarang, ISBN dan harga. selain sinopsis buku yg diambil dari blurb. dilengkapkan dgn borang pesanan. warna brosur, malap & kabur. reka letak…tak nampak pun rekanya, cuma letak aje.
sbg editor, aku kecewa. segala makluman, cadangan &
kerjasama telah diberikan. sudahnya begini hasilnya.
Hampeh! Komenku ringkas…

sediakah terus jadi korban?

duit claim pergi penang itu hari pun belum dpt lg.
minggu ni kena terbang sekali lagi ke kuching.
urusan rasmi, bukan urusan aku nk mkn angin.
spt 'amalan'nya kami diminta mengorbankan duit sdr, utk tempahan hotel & tiket kapa terbang. alasannya memang secara amalannya begitu. lgpun kalau guna mekanisme lain akan menyebbkan kosnya melambung. dan ini sudah pastinya merugikan duit ofis!
wah...ofis rugi tkpa, habis duit kami ni nk korek dari mana?
ingat kad kredit kami ni kategori platinum gamaknya...!
ada yg sanggup tawarkan guna kad kreditnya sbg pertukaran wang tunai pdnya semata2 utk tempahan online bagi tiket penerbangan...banyak cantik.
aku bukannya sengkek sgt tk boleh nak nk tempah sdr. masalahnya kad kredit aku dah over limit & kena reject masa buat tempahan flight secara online.
jgnlah samakan aku dgn boss. gaji boss tu berapa kali ganda.
asyik2 aku je yg kena korban utk kompeni, lama2 aku yg akan terkorban nanti. cukupla aku dh tk sanggup lagi dah. lepas ni jgn harap aku nk korban lagi. boleh jalanlah dgn arahan. kalau kompeni nk berkira sgt pasal duit. jgn hantar aku, hantar saja org lain yg sanggup jadi korban

ayam bistro, putrajaya, cyberjaya, dan giant


tajuk entri kali ni berkait dgn ayam. semuanya kebetulan sj. bermula dgn sarapan pg di bistro mamak mcm hujung minggu lain. tosei, megi goreng & nasi lemak ayam menjadi sasaran pg ini. erol suka tosei garing dgn cecah kari ayam.
selesai mkn singgah kejap kedai jahit. bukan kedai jahit sebenar. sbb tukang jahitnya beroperasi di rumah. wbp tukang jahit ini sebenarnya sgt popular sbb dia pernah ada kedai. ttp kesukaran menjaga anak2 membuatkan dia jlnkan kerja menjahit di rmh shj. wifey merupakan salah seorg pelanggan tetap. jd adalah diskaun istimewa utknya. baju raya wifey dh pun ditempah 2 minggu lps. kali ni nk buat ukuran baju kurung erin & baju melayu eril & erol.
kemudian bergerak ke putrajaya. lebih tepat ke alamanda. ramai org & bnyk kereta. maka letak kereta di tingkt 6. itupun nasib baik ada. maklumlah org gomen baru dpt gaji, agak sesak pengunjungnya. wifey sibuk cari brgn cenderamata utk hadiah pekahwinan kwnnya. slps puas keluar masuk kedai & lebih penting ikut bajet, akhirnya beli set gelas yg nampak kelas. budak sempat singgah di tmn permainan tepi tasik buatan yg ada air pancut. bila perut mula lapar, singgah di kedai nasi ayam (chicken rice shop).kemudian pusing satu round lagi kedai2 & beli vcd utk 3 org tu.
balik dr alamanda, singgah ke rmh anak sedara wifey di cyberjaya. dia seorg cikgu di sebuah sek. berasrama penuh di sana. tujuannya nk hantar brgn kurier menggunakan komepeni wifey. olh sbb tk pernah ke rmhnya, aku bwk kereta perlahan je. tak kesahlah kalau kereta di blkg nak sondol atau hon ke. kalau laju sgt potong ajelah. kan jln di putrajaya & cyberjaya ni luas, lebar & selesa. apa masalahnya nk sakit hati dgn kereta yg dipandu perlhn yg nk cari rmh yg dia belum pernah dtg, yg dia tk da idea di mana gerangannya. ttp dgn menggunakan teknologi (sms bukannya gps) mudah sj sampai ke sana. tk sesat pun. tk tahulah plak anak sedaranya tu ada buat small ghatering. dihadiri jiran & rkn terdkt. maka kami pun dijemput mkn sekali. antaranya bbq ayam, mi rebus, koktail, kentang goreng & kuih muih.
tk lama pun di situ. sbb tujuannya bukan nak sembang panjang pun. beredar kira2 40 minit kemudian, slps perut kenyang...he he.
dlm perjalannan balik ke rmh, wifey mintak singgah di giant. nk beli brg sikit katanya. sudahnya kami berakhir dgn beratur di kaunter dgn troli yg sarat! sekali hari ahad, hujung bulan, minggu dpt gaji beerti kesesakan org ramai, kesukaran parking & beratur panjang di kaunter... tak semena-mena selain beli ayam utk stok simpanan, wifey jgk beli sekor ayam roasted utk mkn mlm nanti. jadi sebelah mlmnya ratah ayam shj. cecah sos...

sate kajang

Jul 26, 2009

mlm minggu, lps maghrib kami bertolak ke kajang. apalagilah tujuannya utk makan sate kajang yg terkenal itu. kali terakhir pergi kira2 2 bln lps. sampai di sana agak ramai org. parking pun jadik masalah. kebetuln masa sampai tu ada kereta yg baru keluar, jadik dptlah petak kosong. masuk sj dlm kedai tercangak2 cari meja kosong plak. mujur ada yg baru lepas 'meratah' sate baru beredar.
rupa2nya keadaan sikit sesak sbb beberapa ruang mkn sudah ditutup sementara utk kerja ubah suai. itu menyebbkan keadaan sedikit sesak. ternmpk pulak satu notis di dinding yg memberitahu bhw hanya ada sate daging & sate ayam shj. kantoilah hajat nk mkn sate perut atau sate jenis lain. krn kilang sate mrk jgk, sdg dlm proses ubah suai.
nak memanggil waiter jg satu 'cabaran' sbb pelanggan terlalu ramai, berbanding stafnya yg beberapa kerat itu. agak luar biasa kali ini sbb order kami kali ini begitu lmbt sampai. hampir setengah jam menunggu. tdk spt selalu bila berkunjung ke sini. yg sampai dulu ialah nasi goreng yg diorder oleh erin. tk nk mkn sate katanya.
tak lama kemudian sampailah sate. oleh sbb lama menunggu & perut pun dh lapar, kami serentak menerkam, termasuklah erin. hampir selesai mkn, baru air minuman yg dipesan sampai. nasib baik takda yg tercekik lidi sate! itupun abc yg dipesan tk kunjung tiba. maka terpaksa, dikensel shj.
apapun rasa bosan menunggu, dpt ditutup dgn hidangan sate yg sodap itu...

baju melayu raya

Jul 25, 2009

kain utk baju raya sudah kubeli sjk sebulan lebih.
masa tu ada jualan murah. lagipun kalau lmbt beli, lmbt tempah maknanya susahla nanti . dekat2 nk raya bnyk kedai yg tak ambik tempahan lg. kalau yg ambik pun mungkin upah jahitnya digandakan.
aku pelanggan tetap kedai jahit ni. wlp tukang jahitnya bukan melayu, ttp baju melayu yg yg ditempah di sini lebih halus & lebih seni dpd sesetengah tukang jahit melayu. sbb tulah aku selesa menempah baju melayu di kedai ini.
seperkara yg nyata, upah jahit utk baju melayu semakin meningkat. bayagkan harga 10 thn dulu sekitar rm40-50 sepasang sekarang ni mencecah rm85.
nk beli baju melayu siap memang bnyk. tp dr segi keselesaan memakainya tk memuaskan.sbb tu aku biarlah alah membeli menang memakai. lagipun kalau buat tempahan senang nk dptkan warna sedondon dgn anak2ku sekali. tk perlu bersuasah payah cari kedai yg jual baju berwarna sedondon.
yg penting aku dh buat persiapan awal utk baju raya. tklah nanti terhegeh2 nk cari last minute. harap2 ukuran yg diambil utk tempahan tadi masih bertahan hingga raya kira2 dua bulan lagi. sama ada longgar atau ketat....

surat pertama

Jul 24, 2009

alangkah terkejut & gembiranya erin bila menerima sepucuk surat.
surat pertama pastinya akan dikenang spt jgk cinta pertama.
siapa yg tk gembira.
erin masih di tadika. 6 thn umurnya. membaca pun masih merangkak & gagap.
siapakah gerangan yg menghantar surat utk erin.
'boyfriend ke?' usik mamanya.
pulangku dr kerja ptg semalam disambut olh erin. nampak sgt dia teruja. disuruhnya kubuka & baca surat itu. "mama ckp ni surat erin..." aku hanya ketawa melihat gelagatnya yg tak sabar2 itu.
lantas ku buka.
di dlmnya surat & borang dpd pihak sekolah tmpt erin aku daftarkan. surat bertujuan spy pengesahan dibuat utk pendaftaran itu. thn depan erin akan masuk darjah satu. itulah yg kucuba terangkan pd erin.
erin hanya mengangguk2, entah faham entah tidak.
surat itu diambilnya. ditenung & cuba dibacanya. beberapa detik kemudian diberikannya pdku. lalu berlari masuk ke bilik, bermain dgn patung barbienya sambil tengok tv.

pemandu mudah lupa

tgh hari rabu, epol menelefonku.
tujuannya hanya satu, mengingatkanku yg road tax & insurans keretaku dah sampai tarikh luput. sabtu ini! wah...gimana org lain lebih tahu & lebih ingat dpd aku sdr sbg tuan punya kereta!
bukannya epol ada kuasa magis. atau p.a. aku.
aku kenal epol sjk 10 thn lalu. dikenalkan olh usu. epol dulu seorg runner yg bantu uruskan org yg nak renew lesen, road tax dsb. byrn utk servisnya minimal sj. servis begini memang disukai olh ramai org. sbb mrk tk perlu susah payah ke jpj atau mana2 kaunter urusan. tk pyh keluar pjbt, cuma telefon sj org spt epol, mrk akan dtg & uruskn semuanya. sediakn duit yg cukup aje. bantuan 'org ketiga' mcm epol sgt dihargai.
itu epol yg dulu. 10 thn dulu. kini epol dh ada kompeni sdr. dah ada pejbt. dh ada pekerja sdr. pendeknya epol dh ada bisnes sdr. dh jadi boss.
kami pulak dh jadik kwn. aku kenalkan kawan2ku dgn epol. mrk turut memuji servis yg diberi kompeni epol. mana tdknya spt rabu lepas, aku sdr tak sedar akan tarikh luput itu. ttp epol yg mengingatkan aku...

resensi ... 11

Jul 23, 2009


Title: The Alliance Road to Independence
Author: Joseph M. Fernando
Price: RM50
Year: 2009
Publisher: University of Malaya Press



Sumbangan Perikatan ke arah Kemerdekaan
Oleh Nazmi Yaakub
bharian.com.my

PERISTIWA bersejarah dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu berdasarkan dokumen sulit Pejabat Kolonial yang diubah statusnya dalam The Alliance Road to Independence melonjakkan buku itu sebagai karya sejarah yang terarah dengan baik. Perkara ini diperincikan pada Diskusi Buku The Alliance Road to Independence meskipun pada masa sama, buku yang bertumpu pada perjuangan Perikatan yang dianggotai Umno, MCA dan MIC, perlu mengambil kira perjuangan aliran lain bagi menunjukkan keistimewaannya dan memudahkan pembaca membuat perbandingan.
Diskusi buku Prof Madya Dr Joseph M Fernando di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur, baru-baru ini, turut mengemukakan pandangan generasi muda terhadap kepelbagaian maklumat sejarah sama ada yang baru ditemui, didedahkan atau diberi interpretasi baru dan kemudian diperdebatkan dalam media baru. Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, menyarankan penulisan perjuangan Perikatan untuk menuntut kemerdekaan dalam buku itu untuk edisi seterusnya diperkemaskan dengan turut menyorot gerakan perjuangan kelompok lain seperti Islam dan aliran kiri.
“Buku ini sewajarnya menjawab mengapa perjuangan Perikatan dipilih sebagai fokus dan mengapa gabungan terbabit penting berbanding gerakan kiri dan Islam ketika menuntut kemerdekaan. Pembaca tidak dapat melihat kekuatan dan keupayaan Perikatan pada zaman terbabit sekiranya pengarang tidak menyorot gerakan lain sebagai perbandingan,” katanya pada majlis yang dipengerusikan Ketua Jabatan Sejarah UM, Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali.
Prof Mohamad turut mencadangkan penulisan buku itu menyorot perjuangan golongan nasionalis pada pentas lebih besar seperti diperlihatkan dalam sejarah gerakan menuntut kemerdekaan di Indonesia dan Vietnam. “Penulis perlu menjawab persoalan mengapa perjuangan nasionalis di tanah air memilih jalan aman berbanding gerakan nasionalis di Indonesia yang berdepan dengan Belanda atau Vietnam ketika menentang Perancis. Penulis juga perlu melihat ketokohan selain bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tunku Abdul Rahman kerana Perikatan sudah tentu tidak dapat berdiri sendiri tanpa tokoh lain,” katanya yang juga mantan penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Ohio, Amerika Syarikat (AS) pada 2005 hingga 2007.
Pengacara Rancangan Di Luar Lingkungan di RTM, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, pula melihat buku terbabit membuktikan kemerdekaan negara ini bukan hadiah dalam dulang emas, sebaliknya melalui permainan dan strategi politik matang yang diatur. “Tanpa pendidikan dan kematangan politik, sudah tentu perbincangan Tunku Abdul Rahman dengan beberapa ahli Parlimen British mengenai kepentingan kemerdekaan Tanah Melayu tidak akan berlaku.
“Buku ini memperlihatkan permainan dan strategi politik, memungkinkan British bersedia memberi kemerdekaan kepada negara, sekali gus mengesahkan ia bukan perjuangan mudah, sebaliknya memerlukan kematangan politik,” katanya yang turut mengendalikan rancangan Resensi Buku di TV1. Sayed Munawar mencadangkan perdebatan bahan dan dokumen sejarah sama ada yang baru diubah statusnya atau ditemui, diberi kebebasan dan tidak disekat sebagai meraikan kepelbagaian maklumat pada zaman ini. “Apabila saya mula membaca buku ini, saya bertanya bagaimana dokumen sejarah yang diubah statusnya itu, boleh mengubah tanggapan kita terhadap fakta sejarah sedia ada. Perspektif sejarah yang baru boleh menyegarkan pandangan kita terhadap sejarah dan hal ini sedang berlaku dalam media baru oleh generasi muda yang mahir dengan internet,” katanya.
The Alliance Road to Independence yang dilancarkan pada majlis diskusi itu, menyorot sejarah penubuhan dan perjuangan Perikatan dalam menuntut kemerdekaan serta proses perbincangan dengan British berdasarkan dokumen dan fail sulit yang diubah statusnya dari Arkib Negara di London dan Kuala Lumpur. Buku terbitan Penerbit UM dengan lapan bab, turut membincangkan sikap British terhadap kemerdekaan Tanah Melayu yang ada kaitan dengan perancangan selepas Perang Dunia Kedua dan perubahan pentadbiran negara imperialis itu.
Turut dilancarkan pada majlis itu ialah Mathematics 1: For Special Preparatory Program to Japan, Sejarah China Moden, Semiotik Persembahan Wacana, Self Assessment in Ophthalmology, Skizofrenia: Penyakit Mental, Hikayat Sarawak, Perlindungan Kanak-kanak Berisiko, Pengurusan Perubahan Terancang dalam Pembestarian Sekolah: Proses Pelaksanaan Polisi dan Chinese Loan-Words in Malay and Indonesian: A Background Study.

bedah siasat

a.k.a post-mortem. sbnrnya sudah dirancang olh aku & TD. asik2 kami je yg kena tanggung, kali ini peluang utk 'menuntut bela'. beberapa poin utk dibangkitkn sudah pun kami atur strateginya. wp. mesy. ini tklah sepanas yg dijangkakn. ini puncanya dpd gara2 boss kami yg begitu ketara sekali berada di pihak defensif. jawapan & alasan yg diberiknnya berunsur bertahan.
namun kami dpt jgk 'menyampaikan' apa yg terbuku & terpendam. memberi cadangan & idea yg org lain (termasuk boss) tk nampak. dlm masa sama wp kurang tajam ttp sekurang2nya yg terkena btg hidung atau mkn cili pasti terasa. tp mrk sedar, tdk boleh melenting disbbkn pengerusi (TD...he he), awal2 lg sudah menegaskan tujuan post mortem bukanlah utk menuding jari mencari kesalahan ttp membetulkan mana yg tak betul & membaiki kelemahan yg perlu dibaiki.
secara halus kami tujukan beberapa 'kelemahan' yg tk dpt tdk, harus diakui olh boss sdr. dpd kritikan tentang persembahan audio visual, kurang kerjasama, tiadanya follow up tk jemputan, kaedah betul menjemput media hinggalah kpd soal perasmi majlis, hal venue, keperluan raptai & koordinasi secara keseluruhan yg hampir semuanya dibangkitkan olh bhg. editorial. spt biasa yg lain2 hanya sekadar 'mengulas', menokok tambah perkara titik bengik atau mengiyakan shj. sebaliknya yg dibangkitkn olh boss ialah soal k.p.i 50 judul yg dia sdr tahu 'mustahil' utk dicapai...utk kami di editorial sdh memutuskn dlm diam, utk terbit lebih judul berbanding thn lps sbg sasaran kami. pd thp ini kami yakin ianya tercapai.
akhirnya, aku & TD puas hati malah lega dpt melepskn yg terbuku. kalau tdk pun semua, ttp sekurang2nya kami ada peluang, forum atau landasan utk menyatakan pendpt & ketidkpuasan hati kami.

apa kata mereka


aku sempat tengok sepintas lalu perlwann liverpool-thailand mlm tadi live di tv. sekali gus mengimbas kembali perlwnn m'sia-MU. stadium penuh sesak. yep...hampir 90% dgn warna merah, jersi tradisi the reds. kebetulan plk thailand pakai jersi biru sama mcm m'sia hari tu. apa yg aku tengok dlm perlwnn tu, nampaknya pemain liverpool lebih fit berbanding MU. mungkin sbb mrk sudah bermain 2 perlwnn pramusim sebelum ini, berbanding MU yg perlwnn kompetitif pertamanya ialah dgn m'sia. namun keputusan perlwnn ini berkesudahan seri 1-1.
aku cuma ingin menarik perhatian bhw semasa kedtgn MU ke m'sia tempoh hari, penyokong MU yg trun ke stadium dicap sbg tdk setia pd negara, tkda jati diri, tkda semangat patriotik. hal ini bnyk diperkatakan di akhbar, radio & blog. sdgkan aku mempertahankan bhw minat terhadap sebuah pasukan bola tdk ada kaitan atau tdk ada kena mengena dgn semangat kesetiaan, jati diri atau patriotisme. (entri malaysia xi vs man utd)
kpd mrk yg mengambil kesimpulan mudah & dangkal itu aku ajukanpersoalan ini:
kalau begitu adakah kita nk katakan peminat bola thailand yg menyokong liverpool jgk tdk ada jati diri, kesetiaan & patriotik pd negara mrk? semata2 krn mrk ke stadium memakai jersi liverpool? berebut2 dptkan tandatgn pemain pujaan mrk melupuskan kesetiaan pd negara?
slps ini akan ada lagi siri perlwnn antara gergasi EPL liverpool & MU dgn pasukan di asia spt korea, jepun, hong kong dan china. aku pasti ramai penyokong liverpool & MU akan memenuhi & membanjiri stadium sama spt di bangkok & KL dgn jersi pasukan pujaan mrk. bersorak utk pasukan itu. bergambar & dptkan autograf pemain idola mrk. adakah penyokong rakyat jepun, china, hong kong & korea jgk tdk setia pd negara mrk, tdk ada jati diri & tdk ada semangat patriotik?
apa kata mereka agaknya...

antara personal dengan profesional

Jul 22, 2009

aku dh lama kenalinya. tentulah...semua org kenal dia. antara yg paling 'popular' & berpengaruh dlm persatuan. aku anggap dia sbg kawan. tk tahulah pulak apa anggapannya pdku. aku menyimpulkan begitu, lantaran sikapnya terhadapku sukar ditelah. adakala mesra, adakala dingin. terkadang ramah, terkadang diam bisu seribu bahasa.
pd pertemuan sebelum nipun ada ketikanya agak tegang, pd ketika lain plk 'mesra alam'. pernah diluahkannya "nkorang tk komited dgn persatuan' , 'korang tk bagi kerjasama', 'nko dgn boss nko sama,semua kita org buat tk betul". tp aku tk anggap kata2nya serius sgt. masih anggap sbg banter atau kutuk2 yg friendly bersama kwn2. tp pd ketika yg lain kami bergelak ketawa, mkn roti canai bersama2 (...dan dia yg belanja), cerita pasal bola...pendeknya spt tk apa2 sengketa atau masalah antara kami.
segalanya bertukar kitaran lagi sejak 2 minggu lepas. susulan 'pertentangan' pdpt dlm satu mesyuarat. itupun slps aku dicabar olhnya sdr, spy dibangkitkan dlm mesy. akhirnya, wp aku tk anggap sbg menang ttp sekurang2nya aku menyahut cabarannya. akhirnya dia terpaksa akur. slps mesy. itu dia terus pulang tanpa menyertai jamuan tengah hari yg disediakan penganjur/tuan rumah. membuatkan yg lain tertanya2 di mana gerangannya. tdk spt selalu, dialah yg paling seronok /riuh bila agenda makan2.
tgh hari td aku cuba menghubunginya melalui telefon. sbb ada urusan segera yg perlu dibereskan. dan hanya dia sbg 'org penting' yg boleh mengesahkan & mengambil tindakan. ttp sudah lebih 5 panggilanku tk berjawab hinggalah ptg ini.
adakah dia tersinggung dgn peristiwa 2 minggu lps? atau bersikp dingin semula? spt yg aku faham, sikapnya sukar diduga. ttp kalaulah dia seorg profesional, pasti tdk bersikap personal & emosional...

kisah jiran ... 2

jiran yg ini tinggal selang dua rumah dr rumahku. si suami, D bekerja manakala isterinya N suri rumah. ada 2 anak lelaki sorang prmpuan. anehnya sjk dr mula tinggal di situ mrk mengatakan itu bukanlah rumah mrk, sebaliknya rumah seorg abg. mrk tinggal di situ atas amanat abg utk menjaga rumah tu buat sementara. ini jgk diceritakan pd yg lain di kaw. kejiranan kami. sbg 'mengesahkan' lg status tu, si D tk pernah terlibat dgn sebarang aktiviti yg dianjurkan spt mesy. persatuan penduduk, rondaan mlm, jamuan, sticker kereta. pendeknya semua atvt. alasannya itu bukan rumah mereka. lebih aneh lg, sejak mrk tinggal di situ hinggalah ke hari ni, maknanya, sudah 5 tahun!
lebih 'mengelirukan' mrk buat ubah suai rumah besar2an kira2 3 thn lepas. kalau bukan rmh sdr, adakah kita diizinkan olh tuan punya rumah utk berbuat sesuka hati? sekalipun abg sendiri. pelik betul...buat apa mrk nk berhabis duit utk mengubah suai rumah yg bukan milik sendiri!
mrk punya sebuah kereta yg agak lama. dan sebuah motor yg diguna oleh D utk berulang laik ke tmpt kerja. kereta plk diguna olh N utk hantar & ambik ank2 di sekolah.kira2 2 thn lepas, mrk beli sebuah kereta lagi. bila aku tanya, kata D, kereta tu dipinjam dpd sedaranya utk memudahkannya sekeluarga balik kg, sbb bapanya ketika tu sdg sakit. kalau bwk kereta lama tu, bimbang rosak di tgh jln. dgn jiran lain pun dia beritahu hal yg sama. tapi bapanya sudah meninggal dunia kira2 setahun lalu. yg mengherankan sehingga hari ini, D masih menggunakan 'kereta pinjam' itu!
jiran2 pun bnyk berckp hal D &N. apa sbbnya mrk tk mengaku itu bukan rumah atau kereta mrk sdr? apa yg nak mrk sembunyikan? misteri ni...mrk sj yg boleh menjwbnya.

tetamu senja

Jul 21, 2009

waktu dah masuk senja. hari makin gelap. suara muazin berkumandang di awangan. maghrib dh tiba. aku tergocoh-gocoh menyumbat ke dlm plastik sampah. sampah itu - daun2 kering yg gugur dr pokok cempaka dpn rmh, rumput liar yg di cabut dr pasu bunga & daun mati dr pokok keladi & pakma yg kutanam. dh berbulan tak mengemas pokok2 tu. baru hari ni ada kesempatan. baju yg ku pakai basah dgn peluh. rasa rimas dh menjalar. rasa letih dh selinap.
mahuku cepatkan sj kerja2 penyudah ni. lps ni nak mandi & solat maghrib. makan. rehat.
assalamu'alaikum...tiba2 kedengaran seseorg memberi salam. antara dengar dgn tidak. aku sedikit terkejut. sambil duduk mencangkung terhegeh-hegeh menyumbat sampah sarap ke dlm plastik. aku memaling muka ke arah suara tu. sambil menjawab salam...
seorg lelaki yg tk ku kenali sdg berdiri di belakangku. di tgnnya memegang dua beg plastik besar. lalu dia mengeluarkan isi beg plastik itu. "bang, keropok bang...". sambil mengunjukkan 3 bungkusan berisi keropok ikan. "keropok...dah ada la. yg ada pun tk habis mkn lg". ini jawapan yg jujur bukan bohong sunat. memang di rmhku ada stok keropok. sbb setiap kali balik kg, mak mertua aku selalu bekalkan keropok sbb anak2ku memang suka mkn keropok. tak silap aku ada 3 bungkus besar lagi dlm kabinet dapur. "ambikla bang...3 bungkus 10 hinggit". kata si penjual keropok, menawarkan pdku. "bukan saya tk nak beli, tapi keropok tu ada bnyk lg". terangku. "ambikla bang, bayar ikut berapa abang suka la" desaknya. "bukan tk nk, tp yg ada tu pun tk habis lagi, sorila yek...". kesian pulak aku melihatnya.
lantas tetamu senja, si penjual keropok itu pun berlalu pergi. ditelan kelam senja.

kalaulah ramai orang begini

smlm dr. s menelefonku. ketika tu aku sdg menghadiri sebuah majlis forum. jadi aku terpaksa menyingkatkan perbualan & berjanji akan menelefonnya semula hari ni.
pg tadi aku menelefonnya. dia berkata lebih selesa utk menemuiku di pjbt. lalu menetapkan utk dtg jam 10:30 pg. sedar tk sedar dgn kesibukan kerja, masa berlalu. cuaca yg mendung sjk awal pagi akhirnya menurunkan hujan yg agak lebat.
tepat jam 10:30 dlm hujan lebat itu, tiba2 muncul dr. s mengetuk pintu bilik pjbtku. aku terkejut. dgn payung di tgn kiri & beg di tgn kanan dia masuk lalu bersalam. bajunya basah kuyup. maklumlah walaupun berpayung, kalau hujan lebat, tetap basah.
aku kagum dgn sikapnya. katanya janji tetap janji, hujan bukanlah alasan yg cukup kuat utk tdk menunaikan janjinya. walaupun aku faham jika dia terlewat sikit memandangkan cuaca hujan, tp aku perlu tabik dgn sikap terpujinya itu.
kalaulah ramai org lain sptnya...alangkah baik!

malaysia XI 0 - man utd 2 (2nd match)

Jul 20, 2009


scorers: macheda, owen

Team line-up: Foster (Kuszczak 46); Neville (O’Shea 62), Brown, J.Evans (Ferdinand 62), Fabio (Evra 58); Fletcher (Anderson 69), Carrick (Gibson 70), Giggs (Scholes 69), Tosic (Nani 62); Owen (Berbatov 62), Macheda (Rooney 67).

maknanya man utd melakukan 10 pertukaran pemain. manakala m'sia 9 gantian. penonton jgk dikhabarkan tdklah seramai perlwnn pertama. live di tv pun takdalah. apapun pengalaman buat pasukan muda m'sia & latihan pramusim yg baik utk man utd.

berbeza warga

anak2ku bersekolah di n. sembilan
wifey bekerja di s'ngor
aku di KL
maknanya kalau cuti prkt negeri - tak sama
contohnya hari ini.
NS cuti sempena israk mikraj.
sedangkan KL & s'ngor tk cuti.
maka mengeluhla anak2 aku.
terpaksa ke nurseri walaupun sekolah cuti.
apa boleh buat, aku hanya sedar bila erin menghulurkan buku mesej yg diberi oleh cikgunya pd khamis lepas. jd aku tk sempat nak ambik cuti.

tetamu yang tak kunjung tiba

Jul 19, 2009

telefon semlm janjinya nk dtg jam 10:00.
nk mintk tolong wifey uruskan penghantaran parcel ke NZ.
pagi2 lg wifey sibuk berkemas, sbb mrk nk dtg.
tdk spt selalu, aku ke kedai mamak sorang2 beli sarapan.
tapau & bwk balik.
jam 10:30 selesai sarapan. mrk belum muncul lg.
tengok tv & baca paper. budak2 dh siap.
plan hari ni spt kebiasaan.
bersiar2, ke kompleks beli belah atau mkn di luar.
11:00 telefon wifey berbunyi. mrk dh sampai.
tp singgah dulu di rmh kenalan yg tk jauh dr rumahku.
11:30 wifey hubungi mrk, cadang jumpa di sana utk ambik parcel.
mrk bg alasan on the way.
11:50 br sampai. mcm tkda apa2 berlaku. tk rasa bersalah atau mintak maaf.
12:10 mrk beredar.
12:15 kami meneruskan program tertunda. masing2 dgn muka boring.

malaysia XI vs man utd

Jul 18, 2009







malaysia XI 2 (amri yahyah 2) vs man utd 3(rooney, nani, owen)
venue: national stadium, bukit jalil
soccernet.com/utusan.online

aku tengok perlwnn ni di tv secara live melalui saluran astro. stadium penuh sesak. ya, spt dijangka dipenuhi dgn warna merah & hampir semua dgn jersi replika man utd. gambarannya seolah2 bermain di old trafford bukannya di std nasional bkt jalil. ada yg sangsi di manakah kesetiaan penyokong malaysia. malah ada yg mempersoalkan semangat patriotik penyokong MU. ttp mrk berpijak di bumi nyata. walaupun mrk menyokong MU ttp hati mrk tetap pd m'sia. ada yg memakai jersi MU ttp membawa & mengibar bendera m'sia. malah setiap kali MU menyerang, mrk akan bersorak & setiap kali m'sia melakukan asakan, mrk akan bersorak jgk. maknanya mrk tdklah menyokong membuta tuli.mrk tdklah mem'boo' pasukan sdr. kpd yg mempersoal kesetiaan & patriotisme penyokong MU, sudah terjwb. minat kpd pasukan pujaan & kesetiaan pd negara adalah dua perkara berbeza.mungkin yg mempersoal itu adalah penyokong pasukan EPL lain yg tk dtg ke m'sia ini...gamaknya.
p.s - ayat akhir sengaja dibold & dibesarkn utk kwn2 YNWA & gunners...

berbelanja pada hari tidak berbelanja

Jul 17, 2009

aku pasti ramai yg tk tahu (atau buat2 tak tahu) spt jgk aku
16 julai adalah 'hari tdk berbelanja'
di negara ini ia dianjurkan oleh fomca
aku baru perasan hari ni
itu pun selepas terbaca dlm satu blog
tk spt 'hari-hari' lain yg diwar2kan di media
jd tk hairanla ramai yg tak tahu
lalu aku cuba mengimbas kembali
apakah yg aku belanjakan semlm...
pagi semalam aku tk bersarapan
sbb sibuk dgn persiapan akhir utk penganjuran majlis
tengah hari tu baru mkn
itupun jamuan yg disediakan...jadi aku tk berbelanja hingga tengah hari semalam
ptg semlm aku pulang lewat dr kerja
wifey yg ke mini market, beli udang & ikan yg dimasak utk mkn mlm
maknanya aku menyahut seruan
hari tdk berbelanja, walau aku tk tahu
& tak sedar pun...hu hu

man utd cancel game after blasts

Manchester United have called off the Indonesian leg of their Far East tour following two bomb blasts at tourist hotels in Jakarta. One the explosions took place at Jakarta's Ritz-Carlton, the hotel the Red Devils were to be staying at for four nights from Saturday.
soccernet.com

kesimpulannya...tentang majlis itu

1. hambar & lembab (meminjam komen seorg dpd panelis)
2. kehadiran jemputan tidak mencapai sasaran (diselamatkan dgn kehadiran pelajar)
3. persembahan multi media - hancur!
4. kerjasama anggota penganjur - 4 org berfungsi, yg lain sekadar menempek!
5. koordinasi penganjuran - berterabur (sikap lepas tgn lebih menyakitkan)
6. kalau nk ulas buku, bacalah dr kulit ke kulit (ditujukan pd panelis 'itu')
7. hidangan makan tdk berbaloi dgn pesanan
8. venue majlis - lain kali cari tempat lain
9. kehadiran media - satu2nya yg sukses (pasti ada yg tuntut kredit - jgn perasanla!)
10. sokongan pengurusan/pentadbir - kalau vip tk dtg, tk nampak muka!
11. fikirkan semula - apa tujuan majlis pelancaran?

TD sila aturkan post mortem!

itu bukan aku

1.
seorg kwn 'mengiklankan' blognya pdku.
yep, blognya memang menarik, cantik.
penuh dgn segala midget.
bnyk gambar...esp gambar dirinya, suami & anaknya.
dgn segala mcm pose
satu hari ada 4-5 entri
sdg blogku 'tanpa wajah'
kosong & hambar
2.
sms itu berbunyi 'jgn kacau bini aku'
buat apa aku nak kacau bini org
kalau aku nk skandal pun aku akan cari anak dara
bila aku telefon, dia marah2
bila tahu hal sebenar, dia mengaku salah nombor!
ek...eleh!
3.
dtg seorg lelaki berjubah & berkopiah
beri salam & mohon derma surau
nk dibina, nun jauh di pantai timur
ini bukan sekali dua, bnyk kali dah
tanyaku 'kerajaan kan ada peruntukan'
katanya 'kerajaan kapir, duit haram...'
aku beristighfar dlm hati

mimpi ngeri, mimpi indah

Jul 16, 2009

aku alami 2 mimpi yg kontras mlm td.
mimpi 1
aku mengamuk bila sampai ke dewan utk mjlis pg ni.
dewan belum disusun atur.
staf yg ditugaskan atur persembahan multimedia belum set-up kelengkapannya audiao visualnya.
hanya setengah jam sebelum majlis bermula.
tkda sorang pun jemputan yg hadir.
staf lain & boss sendiri belum nampak muka.
aku terajang kerusi & berlalu pergi.
tinggalkan yg ada di situ terpinga2.
mimpi 2
majlis itu diadakan di sebuah dewan besar.
semua kelengkapan sudah tersedia.
ttp sbg penganjur agak risau krn jemputan masih blm kelihatan.
15 minit sebelum majlis, sesuatu yg tk dijangka berlaku.
tetamu undangan mula dtg...ramai.
yg tk diundang pun datang...berduyun-duyun.
ramai lagi yg dtg, berbondong-bondong...
nasib baik dewan penganjuran besar.
aku tersenyum lega.
boss tersengih bangga...

pg ini majlis berlangsung...
mimpi ngeri atau mimpi indah?

sila abaikan

TAHNIAH! Simcard anda telah berjaya dalam cabutan
bertuah RM17,000 dr POWER ROOT SDN BHD
Sila hubungi office di talian 017-833 1937
Terima kasih.

Sender:
(no name)
60142045865
reeceived:
16:32:48
Today

sila abaikan sms di atas.
aku copy bulat2 dpd sms yg diterima.
tk habis2 nk belit org!

bila butang baju tercabut

Jul 15, 2009

aku agak 'seksi' di ofis hr ni.
gara2 satu dpd butang kemeja yg ku pakai tercabut.
aku sedar sjk pg td.
puas aku cari di mana gerangan butang baju tu. tk jumpa.
lalu kubiarkan saja.
tkpalah...sesekali nk tunjuk keseksian...hu hu.
maka terpampanglah
dada ku yg bidang
pinggangku yg....er

sepanjang jalan kenangan...7

m aku kenali semasa di kampus. kami mengikuti course yg sama. orgnya kecil molek. manis. bersopan. sentiasa berbaju kurung ke kuliah atau tutorial. asalnya org kajang. pd thn satu & dua, kami tklah begitu rapat. lebih sbg rakan sekursus & sekuliah. kalau berbual pun biasanya dgn kumpulan rkn yg lain.
semasa di thn 3, hubungan aku dgnnya semakin rapat. beberapa kali aku meminjam utk menyalin nota kuliah dpdnya. sbb aku kerap miss kuliah pagi, dr. jamal. aku suka pinjam notanya sbb tulisannya cantik ,kemas, tersusun rapi.
semasa thn 3 jg kami dikehendaki menjalnkn field work & field trip . data yg dikumpul dr kerja lapangan perlu dianalisis di makmal. kelas makmal dikendalikan olh fasilitator pd sebelah mlm. krn waktu siang kami sibuk ke kuliah & field work. di situlah timbul kesukaran bg beberapa pelajar perempuan yg tinggal di luar kampus. menyewa rumah. kelas makmal biasanya habis jam 10:00 kadang kalau kerja tk siap hingga 11:30mlm. maknanya mrk yg tinggal di luar tkda transport nk balik. bas akhir utk keluar kampus sekitar jam 10:00 sj. bg pelajar lelaki kebanyakannya ada motor atau membonceng rkn yg ada motor. yg perempuan kebanyakannya tinggal di kolej. jadi yg bermasalah hanyalah 2 org iaitu m & k. k biasanya dijemput olh boyfriendnya dgn motor. jd tinggallah m. olh sbb simpati, aku, zul & joe 'menawarkn' diri utk menghantarnya bergilir2. kali pertama m memilih utk membonceng motorku sambil diiringi zul & joe. pd kali kedua sepatutnya giliran zul, tp m tetap nk naik motorku. sekali lg diiringi olh zul & joe. ttp pd kali berikutnya, hanya aku seorg aje yg hantar m manakala zul & joe bg mcm2 alasan. begitulah hari2 berikutnya. kdg2 aku rasa tk selesa, hantar anak dara org mlm2. sdgkn kami bukan pasangan pun. ironinya, m nampak tdk kekok malah kelihatan selesa. beberapa kali aku singgah di rumah sewanya, dihidangkn kopi, berbual2 skjp. itupun slps beberapa kali dipelawa. kdg2 kami singgah di gerai mkn. semester berlalu, hubungan kami makin rapat - tp lebih sbg kawan baik. sbb kami tk pernah meluahkan perasaan lebih dpd hubungan sbg kawan. aku senang berkwn dgnnya, ttp tdk ada perasaan lebih dpd itu.
semasa di tahun akhir, tk bnyk paper & kuliah krn tumpuan pd menyiapkn tesis. maknanya aku tk lg berpeluang naik motor berdua dgn m ataupun keluar dgnnya. sesekali adalah keluar mkn secara kumpulan dgn rakan sekuliah. keluar berdua...tk pernah. hinggalah sekembalinya dpd cuti pertengahan semester. slps habis satu kuliah, m menghampiriku sambil menghulur sekeping kertas kecil & berlalu. aku tergamam seketika. nota yg tertulis "jumpa di bilik peta, esok jam 9:00 pg". aku tersentak. fikiranku berserabut dgn pelbagai andaian.. mlm tu aku tk dpt lelapkan mata.
pg itu aku bertemu m. wajahnya suram. seakan-akan dibebani 1001 masalah. m meluahkan perasaannya. sebenarnya dia jatuh hati pdku sjk di thn 3 lg. sdg aku hanya menganggapnya sbg kwn. pd cuti semester tu, ada rombongan dtg meminangnya. dan diterima olh mak bapak m. krn yg dtg meminang tu adalah sedara mara mrk jg. m hanya rela dlm keterpaksaan. dia tdk pun mencintai lelaki tu, wp mengenalinya sbg saudara. tarikh nikahnya sudah ditetapkan sebaik shj m menamatkan pengajian. lebih membuatkn aku tersepit, bila m mendesak aku menyatakn komitmen menerimanya sbg kekasih. itu utk memblhknnya memutuskan pertunangan itu. lebih serius lg sebaik sj dia putuskn pertunangannya, m mahu aku hantar rombongan keluargaku utk masuk meminang pula. arh...aku lemas. aku ckp baik2 dgn m utk memikirkn & merungkai situasi yg tk pernah aku jangkakn ini. aku akui jatuh hati pdnya, ttp perasaan kasih sayang belum berputik. wp aku menyenangi sikapnya & selesa berkwn dgnnya. aku jgk tk mahu menetpkn komitmen secepat itu & dlm usia muda begitu. bgiku keutamaan adalah pd pengajianku & kemudian bekerja dulu sebelum memikirkan hal kahwin. aku jadi buntu. dlm dilema.
dlm pertemuan esoknya dgn m, itulah yg aku nyatakn pdnya. m jgk sepatutnya berterus terang dgn keluarganya. mintk tangguh dulu atau apa sj alasan yg munasabah. lgpun dia masih muda & masih belajar. walaupun itu mengecewakan m. ttp aku pasti dia sedar & faham. kalau tdk pun hari itu tp pd suatu hari di masa akan dtg. dia menangis, kecewa & terkilan. mungkin bukan jodoh kami. kalau m tdk terdesak dgn situasi itu, mungkin hubungan kami ada masa depan. kalau m meluahkan perasaannya lebih awal, mungkin hubungan ini boleh diteruskan lebih dpd sbg kwn. aku pohon maaf dpdnya, aku tk dpt berikan komitmen atau mengikut rancangannya itu.
sepanjang semester akhir, kami mula renggang. m sentiasa mengelak setiap kali bertembung di kuliah, library atau kafe. seminggu slps majlis konvo pd tahun itu, aku terima kad undangan majlis perkahwinan dr m. tiada jodoh antara kita, m.

sandiwara berulang lagi

Jul 14, 2009

bila timbul idea nk buat majlis tu, aku dh agak hal2 sblm ni akan berulang.
bila dlm satu mesy. memutuskan tugas mengatur majlis diurus oleh marketing, aku & TD saling berpandangan penuh makna. kami berdua dh masak benar kerenah & helah di ofis kami. agak aneh, bila kami diberi tugasan yg 'amat ringan' menjemput panelis, pengacara, rangka atur cara majlis & kandungan buku cenderamata. tugasan itu 'kacang' sj buat kami.
'engko tengokla nanti, akhirnya kita berdua jgk yg kena buat semuanya nanti' kataku pd TD slps mesy. itu. itu lbh kurang 2 bln dulu....
diringkaskan, hari ini, iaitu 2 hari lg menjelang majlis itu, telahanku & TD memang tepat sekali. semuanya lepas tgn. kami berdualah yg ke hulu hilir, tk menang tgn. bayangkan buku atur cara pun masih belum dicetak lg. kad jemputan yg diedar tdk disusul kehadiran mrk. persembahan multimedia belum dimuktamad. cenderamata blm dihias. wartawan dari media belum dijemput lg. pendeknya segala benda belum siap.
anehnya, bhg marketing yg diberi peranan utama spt tk berfungsi langsung. lumpuh. kaku. bisu. apa lagilah staf bhg lain yg tdk terlibat secara langsung - spt tdk ada apa2 yg berlaku.
spt diduga, aku & TD terpaksa mnjlnkan 'tugas menyelamat'. dpd menyusun atur cara majlis, membuat panggilan susulan kpd jemputan, buat surat utk panggil media, rangka skrip, siapkan buku cenderamata - pendeknya hampir semua tugasan.
yg pastinya masa berlangsungnya majlis nanti, akan muncullah muka2 yg menonjol diri masing2. paling sibuk. berkepit dgn boss. paling lincah. paling rajin lagaknya. agh...sandiwara!
aku cadangkan pd TD utk buat mesy. post-mortem slps majlis ni tamat.
revenge time!!

suara itu

aku pernah 'dipaksa' oleh ustazah semasa sekolah dulu utk jadi penyanyi utama kumpulan nasyid yg dibentuk secara bidan terjun bg meraikan VIP/tetamu/ibu bapa yg dtg pd hari penyampaian hadiah sekolah kami. aku tklah minat menyanyi. lebih dpd tu, aku memang tk pandai menyanyi. tp ustazah ckp, suara aku ada tone.

sbg freshie aku dijadikan 'bahan ujian' olh abg & kakak senior yg belajar kursus mass comm utk jadi suara latar bg projek dokumentari mrk. sebelum tu para freshies dipaksa jalani audition. aku yg terpilih. sehari suntuk berada di studio. utk itu aku 'dibayar' dgn burger & teh ais.

sepanjang di kolej/kampus bnyk kali aku dimintk jd pengacara majlis yg dianjur olh pelbagai persatuan. wp aku tk minat & tk pernah dilatih sbg pengacara. aku jgk bukanlah seorg yg 'tangkas' bermain kata2. aku jgk bukannya aktif sgt dlm persatuan2 ni.

slps masuk ke alam pekerjaan pun begitu jgk. kalau ada majlis mkn mlm syarikat, aku dikerah jd pengacara majlis. kononnya boss yg suruh, sbb suara aku lain dpd yg lain katanya (atau komplot rakan sekerjaku?).kalau ada sesi karaoke, nama aku dicatat sbg peserta wp aku sdr tk diberitau. suara aku jgk dirakam dlm mesin telefon atau faks syarikat - 'sila tunggu, anda akan dilayan oleh staf kami sebentar lagi...'

anehnya aku tk pernah melakukannya secara rela hati. aku jgk tk percaya aku pengacara yg baik. menyanyi lagilah hancur (lainla dlm bilik air...).

hujung minggu di bukit ibam

Jul 13, 2009

bukit ibam, sebuah kwsn agak terpencil. letaknya 12km dr bandar muadzam shah, phg. dulunya dikenali sbg kwsn perlombongan bijih besi. kesan peninggalan tapak lombong masih boleh dilihat ke hari ini. juga landasan kereta api yg diguna utk mengangkut bijih. rumah2 lama pemilik & pekerja lombong - org putih - kini didiami penduduk tempatan.
aku & famili ke sana menziarahi kak long, wifey. pg sabtu kami keluar dr rumah kira2 jam 10:00. singgah di sebuah kedai mkn di senwang utk sarapan. perjalanan ke bkt ibam mengambil masa 2jam stgh. sampai di sana kira2 12:30 tgh hari. terus sj slps mengangkat beg ke rumah, kami turun ke tanah. rumah kak long dikelilingi pokok2 buah2han terutama rambutan, manggis & langsat. rambutannya sj ada beberapa jenis, termasuk feberet aku rambutan gading. rambutan gading ialah rambutan yg masaknya berwarna kuning. anak2ku kata yg rambutan tsbt 'belum masak' sbb bukan berwarna merah spt jenis rambutan lain. pokoknya yg rendang membolehkn rambutan dicapai & diragut dgn tgn.
tengah hari tu kami dijamu dgn pelbagai masakan kg. spt ikan tenggiri masak pindang, sambal tempoyak dgn ulam petai, sambal ikan, pajeri terung dsb sampai penuh meja mkn. kami sekeluarga mkn dgn berselera sekali. slps kekenyangan aku turun berehat di buaian. melihat telatah anak2ku bermain riang, panjat pokok, main buaian kayu buatan sendiri. dlm pd itu kami mkn rmabutan, manggis & langsat sbg pencuci mulut. kemudian aku jgk mengambil giliran tidur dlm buaian anduh yg digantung di bwh pokok rambutan. wp cuaca agak panas ttp suhunya disejukkan dgn tiupan angin segar & menyamankan.
kemudian aku dikejutkn ketika hampir waktu asar. slps mandi & solat, cempedak goreng dgn air kopi dihidangkan. seronoknya mkn di pangkin bwh pokok. smbil berbual kisah2 lama tentang sejarah tmpt itu. hampir ke maghrib baru kami naik ke rumah.
mlmnya kami dihidang dgn masakan ayam kampung. manakala seorg lg abg ipar yg tinggal di muadzam shah dtg membwk durian. kami tidur dgn kekenyangan yg 'terlampau' mlm itu. cuaca sebelah mlm agak dingin. maklumla rumah ini terletak di kwsn pinggir hutan & di kaki bukit-bukau.
pg esoknya kami bangun & sarapan roti canai yg dibuat sdr oleh kak long. berkeping2 kami pulun. kemudian kami beramai2 mengait rambutan, manggis & langsat utk dibwk balik sbg bekalan. manakala abg long dgn kudrat tuanya begitu berani memanjat pokok rambutan tu. wp kami dh katakn pd kak long, kereta kami kecik & tkda ruang. ttp mereka tetap sumbatkan semua buah2an tu ke bonet kereta kami. sejumlah 3 beg plastik besar utk rambutan gading, 1 beg besar rambutan merah (kak long ada sebut jenis rambutan ni...tp aku tk ingat), 1 beg plastik manggis & 1 beg plastik langsat. sudahnya bonet kami hampir sj tk dpt ditutup. 2 beg pakaian terpaksa dipangku olh erol & eril. bukannya tamak, tp tak mahu tolak rezeki. sbghn rambutan akan diagih kpd kak lang, acik, jiran2 & rakan sepejbt.
sehingga ke saat2 akhir nk balik slps zohor hari ahad itu, anak2ku masih bergayut dibuaian. seakan tk mahu balik, lagaknya. kami memujuk dgn kata2 "lain kali kita dtg lagi..."

24 jam yang terbatas

Jul 12, 2009


sambungan entri "ke penang dlm masa setengah jam"
esoknya slps sarapan, dah terpaksa daftar keluar hotel. sbbnya meeting dijadual tamat hanya pd jam 1:00pm. mungkin berlanjutan. so, langkah yg paling selamat...daftar keluar. aku tanyakan staf kaunter, sama ada kenderaan dpd penganjur dh dtg, sbb aku sangkakan sedikit terlwt. kalau dh trlps, aku cadang nk naik teksi je. aku dibgtau, belum smpai. tk lama kemudian sebuah van sampai. aku jangka itu trip yg ke-2 ttp dibagitau olh drebar van, belum lg. semasa menunggu yg lelain turun, muncul K. 'aku belum minum, nko nk ikut tk pekena roti canai...', pelawanya "boleh gak" jwbku. tk lama lps tu dtg sebuah kereta menjemput kami. rakan dr penganjur, R. kami dibawa ikut short cut ke sebuah restoran yg menurutnya 'the best roti canai in town'. ya, aku akui memang sedap lebih2 lg kari ikannya. R sdr tk tau apa jenis ikan tu bila ditanya. habis mkn dia hantar kami ke tmpt meeting.
spt aku jangka, meeting hanya tamat sekitar jam 1:45 ptg. kami dijamu nasik kandar utk mkn tengah hari. olh sbb ramai ahli yg perlu berkejar ke airport menaiki flight 3:30pm ke KL, maka penganjur menawarkn khidmat utk menghantar kami. kalau nk 'melencong' tmpt lain pun masa dh suntuk sgt. 2 jam bukan boleh wat apa. wp flight aku dijadual pd 5:00pm bersama 2 yg lain, ttp kami terpaksala ikut sama. tkkan nak menyusahkan org plk berulang alik.
sampai di airport dlm 2:30pm. mana nk lepak ni awal lg. pergi solat di surau kjp. lepas tu lepak di bangku bersama beratus yg lain. sambil baca paper, dengar muzik dpd hp, tengok gelagat org lalu lalang, perhati gelagat pekerja - menghabiskan masa menunggu. mungkin sbb tkda pilihan & tmpt duduk penuh, seorg gadis manis duduk di sebelahku. kami berbual ringkas. dia nk ke KL. naik flight yg sama. ada urusan kerja katanya. dpd beg & penampilannya aku dpt agak, dia seorg peguam ataupun setidk2nya bekerja dgn sykt guaman. tk plk aku bertanya namanya. lepas tu kami buat hal masing2. tk lama kemudian dtg seorg lalaki yg bwk beg yg hampir sama dgn gadis di sebelahku muncul, lalu mrk berdua beredar dr situ. aku tak tau & tk mau ambik tau sama ada lelaki tu boyfriendnya atau rakan sekerja.
jam 4:00 daftar masuk sudah dipanggil. sedar yg aku tk bwk apa2 ole-ole dr penang terutama utk anak2ku, lalu aku singgah di kedai free duty. nk beli kemeja-t, tkda yg berkenan. lalu aku belikan mrk coklat jenama luar negara. kurang2nya tkdalah tgn kosong, bila mrk menyongsong aku sampai di rumah nanti. kemudain daftar masuk di kaunter. rupa2nya aku dh daftar masuk smlm semasa buat self check in di mesin kiosk di klia. dipendekkan cerita, flight kali ini tepat mengikut jadual. jam 5:00 pm. sekali lg gambaran yg sama berulang. ramai penumpang yg terhegeh2 mengangkut bagasi yg besar & berat utk dimuatkan di ruang beg yg terhad. menyusahkan diri & org lain. aku tak faham.
kali ini aku duduk di tepi tingkap. di sebelahku amoi yg pakai baju pink dgn skirt singkat. asyik membaca novel yg aku tk tau tajuknya. di sebelahnya pula seorg lelaki berpakaian kemas yg bwk 2 beg besar, mukanya mcm org korea/jepun. sepanjang penerbangan, dia asyik menjengok ke tingkap. seronok gak duduk tepi tingkap ni. kalau cuaca baik blh liaht pemandangan. sayup je di bwh sana bangunan, jalan raya sungai dll. tp dlm 10 minit kemudian cuaca bertukar hujan. di luar tk nampak apa2 cuma gelap & berkabus. pesawat sedikit bergoyang2. tp tak lama dlm 5 minit sj.
k. terbang mendarat kira2 5:50 pm. 24 jam yg lalu aku mendarat di penang dlm waktu yg hampir sama. tk bnyk perkara yg aku buat dlm tempoh 24 jam kecuali mesyuarat.

apakah tugas sebenar seorang wakil boss?

Jul 11, 2009

utk mencukupkan kuorum.
duduk diam dlm meeting.
sekadar pemerhati.
berkata "perkara/usul ini akan dibawa kpd pengetahuan boss saya?"
hanya senyum pahit bila diprovokasi?
yep...akulah wakil boss dlm meeting tu. dlm masa sama aku jgk wakili organisasi tmpt aku bekerja.
ya, aku memang sedar aku hanyalah wakil.
aku jgk fhm perkara yg tersenarai di atas, adalah 'etika tdk bertulis' seorg wakil.
aku bukannya nk menunjuk lagak atau keras kepala. tp kalau sjk dr mula ada unsur provokasi, aku rasa 'berhak' memperthnkn organisasi yg aku wakili.
aku tk tau & tk mau ambik tau apa masalah mrk dgn boss aku. tp jgnlah aku dijadikan sasaran melempias sindiran & amarah mrk.
aku dh cuba berperanan sbg wakil sebaik mungkin. tdk plk aku menyangka dgn berkata "saya tk nk commit, saya akan bawa dulu perkara ini kpd pengetahuan pihak pengurusan kami" tiga kali dlm tiga pusingan pungutan pndpt iu, mndpt reaksi balas. aku tiba2 diserang.aku tk mahu menulisnya setiap satu. sbb itu perkara sulit yg tk boleh didedahkan di luar meeting.
bermula dr saat itu, aku 'tdk mampu' lg menjadi 'wakil yg baik'. mode bertahan bertukar menjadi mode "menyerang lebih baik dpd bertahan" spt kata sir alex kpd pemainnya di man. utd.
maafkan aku kalau yg ada di situ ketika itu tergamam, terkejut - sang wakil melanggar 'etika tak bertulis'...


ke penang dalam masa setengah jam

Jul 10, 2009




aku ke penang mewakili boss utk satu mesyuarat.
tiba di klia dgn kereta yg dipandu olh acik sekitar 4:20 utk urusan daftar masuk. jadual berlps 5:00.aku hanya bwk beg sandang & dh pun buat online booking. waktu aku sdg berbaris di kaunter sorg gadis manis beuniform kebaya sykt penerbangan menegurku. katanya sbb aku tk bwk bagasi & dh buat daftar online lbh mudah guna kiosk/mesin self check-in. "saya tk tau guna la...". "tk mengapa saya akan bantu incik" balasnya. maka diajarnya aku satu persatu step. akhirnya aku selesai daftar masuk & dpt tiket siap cetak. slps aku ucapkan terima kasih, segera berjln ke gate yg tertulis pd tiket. sampai di sana dh ramai menunggu. wah...penuhla k. terbang nampaknya, bisik hatiku.
tk lama lps tu kami dipanggil masuk pesawat. wp khidmat bagasi disediakan, tp ramai yg bwk (mengheret) bersama mrk beg yg besar & berat ke dlm ruang pesawat. aku pun tk paham apa masalah mrk. lepas tu terhegeh2 mintk tolong pramugara/ri bantu angkat bag utk letak dlm ruang atas yg terhad tu.
pelepasan sdkt lewat. tk tau sbb apa. hampir 5:30 baru berlps. cuaca sepnjg penerbangan, baik. yg menariknya pd pesawat ni ada skrin yg tunjuk peta, laluan, data yg tunjuk kelajuan & ketinggian pesawat. duduk di barisku seorg yg asyik baca surat khabar & seor lagi lelaki yg berpakaian kemas asyik terliuk lentok tertidur sambil tgnnya memegang novel berjudul 'black monday'. slps diberi minuman & mknn ringan. pilot bgtau yg dh nk sampai dh. tk lama kemudian,bila aku jenguk ke bwh dh nampak laut & pulau. ingatkan, kereta/motor je boleh pecut, kapal terbang pun blh pecut jgk. bila aku tgk jam di tgn, kami di udara kira2 1/2 jam aje! sdgkan masa 'rasmi' yg tercatat ialah 50 minit. ttp pendaratannya sedikit 'kasar' krn aku terasa pilot membrek dgn 'bersungguh2'. mungkin jgk sbb landasan di sini agak pendek, sbb tu kena brek lebih, kataku menjwb pd diri sdr.
sampai di sana aku terus naik limo ke hotel penginapan.apa nk kisah, blh claim nanti. drebar limo ni cukup 'mesra pelanggan'. kami sempat berbual pasal urusan kerja, tentang cuaca, kesesakan lalu-lintas, tmpt mkn di penang, banjir kilat - katanya mlm smlm 3 pesawat kena patah balik ke klia sbb cuaca hujan ribut di penang. dia jgk sempat bercerita pasal kontoversi kg. buah pala & cerita hantu pocong yg tersiar di akhbar tabloid. malah dia menunjukkan pdku lokasi kg tu, titi & pokok besar yg dikatakan penduduk kg jumpa polong. hampir sampai ke hotel, dia kata aku buat pilihan hotel yg baik krn ada bnyk tmpt mkn berhampiran situ tk spt beberpa hotel lain. aku sengaja tk menginap di george town sbb agak jauh dr tmpt mesyuarat.
lps je maghrib aku turun, cari kedai mkn. lapar sbb tengah hari td mkn roti je. apa lagi mkn nasi kandar la. lps mkn aku balik semula ke bilik. di lobi aku bertembung dgn dua org yg aku kenal yg dtg utk mesyuarat sama. kami berbual ringkas. sdg aku tgk tv di bilik, kawanku K yg jgk dtg utk mesyuarat esok menelefon. ajak aku temankan dia mkn. dia br sampai dr JB, memandu kereta sdr. tk mahu 'tolak rezeki' aku pun ikut dia. kali ni aku order roti naan dgn ayam tandoori. lepas berborak panjang, kami balik ke hotel, tidur.

27,000 kaki dari aras laut

inilah gambaran pada aras 27,000 kaki di udara (sila abaikan sayap kapal terbang tu...he he). inilah pertama kali aku naik kapal terbang yg ada paparan skrin yg menunjukkan peta, kedudukan & arah laluan pesawat yg kita naik. jgk ada tunjuk kelajuan pesawat yg menjangkau lebih 580 mph & suhu di luar pesawat.

bila kalut, ada saja yg tak kena

Jul 8, 2009

bila buat terlalu bnyk kerja dlm satu masa, kerja itu plak mendesak, kesilapan sukar dielak. wp dh cuba sedaya upaya agar setiap sesuatu itu dilaksana sebaik mungkin. esok aku akan terbang ke penang. bnyk yg perlu diatur. kena studi beberapa laporan spy mesyuarat besor tklah blur.
dlm masa sama sibuk pula menguruskn senarai undangn utk tetamu pd majlis yg danjurkan minggu depan. di samping tugas utama memastikan jemputan utama dpt hadir. kalau tk pincanglah majlis. aku cuba hubungi seorg dato' yg menjadi pendiskusi sjk semlm utk dptkan bio ringkasnya. tujuannya utk dimuatkan dlm buku cenderamata jemputan yg hadir. bukn tkda maklumat, cuma apa yg ada tu mungkin tdk 'memuaskan' hatinya. bgku lebih baik dia sdr yg sediakn & hntrkn sbb kalau ada yg silap pun bukan kita yg memandai2 tanpa persetujuannya. tk dpt hubunginya di pjbt. e-mel pun tk berbalas. telefon bimbit pun tk diangkat. jd jln akhir ialah hntr sms.n asibku baik sms ku berbalas. dia akan hantar melalui e-mel atau faks. jd aku berikan alamat e-mel & no. faks.
ptg td, dato' menelefonku. dgn nada yg agak tinggi, "awak bagi no faks salah...dr tadi saya cuba hantar!" aku pun sebut no faks ofisku. "yg awak bagi ni no. lain 795*****" nada suaranya semakin marah."eh itu no telefon bukan faks, maaf dato' silap saya". "mcm mana ni patutla dr td tk lepas2 faks ni. lain kali make sure betul!" " baik dato' , saya mintk maaf. bila terima faks nanti saya sahkan penerimaan..." jelasku cuba meredakn api kemarahannya.
perkara terlps pandang ni memang salah aku. dlm keadaan kalut & terdesak apa sj boleh berlaku. wp kita rasa dh buat semuanya dgn betul.
setiap kali ada anjuran, j/kuasa dibentuk. tp yg bekerja sebenrnya hanya 2-3 org. akhirnya semua kerja dikumpul & dilonggokkan atas kepala aku. mana ajk yg lain...lepas tgn.
tp aku sentiasa bersikp positif. manusia mana yg tk buat silap. lain kali aku kena pastikan setiap nombor yg diberi tepat, betul & disemak semula sebelum dihantar.

dalam mimpi itu...

Jul 7, 2009

kata org...mimpi hanyalah mainan tidur.
aku memang jarang sekali mengingati mimpi yg kualami.
tp mimpi mlm td cukup mengesankan.
along dtg ke rumahku.
sendirian.
memang along jarang dtg ke rmhku.
kalau adapun, krn dtg beraya atau dijemput dtg, atau ada makan2.
anehnya kali ni dia dtg mendadak.
suram tergambar pd wajahnya.
matanya kemerahan, seakan menahan sebak & tangis.
aku terkejut. along seorg yg periang sifatnya.
ku tanya apa yg berlaku. dia hanya diam membatu.
sesekali air matanya diseka.
berkali-kali ku ulang tanya. duduk di sebelahnya.
ku pegang bahunya. ku pujuk jawapan dpdnya.
along terus membisu, matanya merah bergenangan...
mengapa jadi begini...
jwpn itu tk ku temui, lantaran mimpi bertukar jaga.
pagi ini, kuhubungi along.
telefonnya tk berjwb. berkali ku ulang. tiada jwpn.
aku sedikit gusar. gelisah.
alamat mimpi yg tak baik...harap2 bkn begitu.
tengah hari ini, along membalas panggilan.
suaranya riang spt selalu.
tk kuceritakan pdnya hal mimpi itu.
nyatalah mimpi itu mainan tidurku semata2.

larangan yang diperlekeh

ambik contoh di kompleks beli-belah sj.
bermula dr tempat letak kereta.
berapa ramai yg parking di laluan pjln kaki,
di tepi dinding mnjadikn hanya satu lorong,
petak tertulis 'kosongkan',
tepi tempat letak troli
malah ada yg lebih teruk parking di petak OKU.
hisap rokok usah ceritalah, di tempt parking,
tandas, tepi lif, tangga...rimasla.
ada jgk pasangan yg 'beramas' mesra menyemakkan mata,
tersengih2 mcm kerang busuk mintak perhatian org lalu lalang.
ahad lepas, masa bkunjung ke kompleks beli belah terkemuka di KL

kami terkejut krn ada yg bawak anjing peliharaan ke hulu ke hilir...
apa dh jadi ni, mana otak diorg!
mana sekuriti?
kompleks beli belah sepatutnya selesa & tk mudarat,
ttp skrg ni bnyk peraturan yg diperlekeh...oleh org yg selekeh!

kembali seperti biasa...

Jul 6, 2009

hr ni pg kerja mcm biasa. dh seminggu dh lewat, ambik time-off.
nyaris je terlajak pg ni. bunyi alarm clock tk perasan.
nasib baik azan subuh dr masjid mengejutkn dpd mimpi2 yg sambung menyambung.
rasa lega selama seminggu menjlnkan 'tggungjwb'.
anak2ku tk bnyk kerenah sepnjng tempoh itu. mungkin kasihan melihat aku yg terkial2 ini.
kalau 'terpaksa' sekali lg mengharungi hari2 spt tu, aku dah tk kekok lg.
anehnya, pg ni terasa ada sesuatu yg tk kena & silap pd rutin harianku.
walhal segalanya sudah kembali spt biasa...

nak berlawan...mana gelanggangnya?

Jul 5, 2009

aku tinggal di kaw. perumahan yg agak luas. terbahagi kpd bbrapa gugusan. jd penghuninya jgk ramai, memang boleh benar jika diadakan sbrg aktvt sukan misalnya sesama gugusan itu. aku dh nampak satu kain rentang di gerbang masuk ke perumhn ni sejk sebulan lebih.mempromosikan pertndingan futsal. 2 minggu lepas jiran aku ada bertanyakan sama ada aku minat nk join. aku tk pernah main pun malah kasut futsal pun aku takda. lgpun aku tk arif sgt pasal futsal ni. pagi ini, ahad 5 julai akan berlangsunglh acara tu.
seperkara yg menarik yg bermain2 di kepalaku ialah bagaimana penganjur (siapa sj lah) boleh terpikir nk anjurkn futsal ni. sdgkn di kaw. perumahan ni takda satupun gelanggang futsal. khabarnya pertandingan ini akan diadakan digelanggang futsal yg jauhnya 10 km dr sini. aku jgk tk pasti, siapakah yg masuk mewakili gugusan kejiranan aku. di mana mrk berlatih? bila?
bagi aku sbg penganjur, biarlah kita berpijak di bumi nyata. jgn main belasah je.rg lain anjur main futsal, kita pun buat. eloklah mrk mintk penaja atau pemaju atau kumpul dana buat gelanggang futsal dulu. lps tu dah berlatih, dh mahir barulah buat pertndingan. kalau tk pun jadikannya aktvt riadah. ini tdk, pakai hentam keromo aje...

manchester united vs malaysia

Jul 4, 2009

Kuala Lumpur factfile
Founded: 1857
Population: 1.9 million
Average July temp: 23°C to 33°C
Average July humidity: 85%
Currency: Malaysia Ringgit (1 GBP = 5.34 MYR)

United will embark on a 10-day pre-season tour of Asia in mid-July. Here's a brief guide to the first of United's four destinations in the Far East: Malaysia's capital Kuala Lumpur...
Founded in the mid-nineteenth century, Kuala Lumpur is the youngest south-east Asian capital and the most economically successful after Singapore. It's still growing: building sites abound and the city is awash with stunning examples of modern architecture, not least the famous Petronas Towers and the recently opened Islamic Arts Museum.
Safe and sociable, KL is exciting in the day and buzzing with energy at night. And if you're both a Red and a culture vulture, the city has enough monuments, galleries, markets and museums to keep you busy for at least a week.United will be playing a Malaysia XI on 18 July at the 100,000-capacity, all-seater Bukit Jalil National Stadium, which was built to host the Commonwealth Games in 1998 and is the joint ninth largest stadium in the world alongside Melbourne Cricket Ground.
The last time the Reds felt the passion and fervour of fans in Malaysia was during the 2001 Asia Tour.

taken from manutd.com

dunia baru sekolah

Jul 3, 2009

1.
"kenapa tk masuk pbsm" kataku pd eril pd satu hari.
sbb dia memilih utk sertai kadet remaja sbg pilihan pasukan beruniform
yg disertainya di sek. "tak nakla..." jwbnya dgn muka berkerut.
"ok apa, boleh tolong org sakit...". umpanku.
"papa tau tk apa pbsm tu" tanyanya semula..."org semua tk nk masuk..." tambahnya.
"apasal plak?" tanyaku hairan.
"pbsm...persatuan budak sakit mental!" katanya menjelaskan.
aku hanya terlopong.
dlm hatiku berkata...memandai-mandai je bebudak ni.
2.
"nape tk nk beli beg beroda?" tanyaku semasa di kedai beg.
"tak bestla..."
"kan senang...kalau berat boleh seret je"
"beg beroda tu utk budak kecik aje..." jwb erol."nanti kwn2 ejek..."
3.
"mama ckp bekal air korang tk minum pun.."
erol/eril, tunduk diam.
"nape tk minum. skrg musim panas ni, tk haus ke?
tkde jwpn...
"habis tu minum kat kantin je, beli?
"bwk bekal mcm budak permpuan la..." jelas eril

kurangkan angan-angan

hari ni sedikit terlewt bangun dpd biasa. agak kelam kabut skt. mlm td tidur agak lewat. tengok tv. bukan satu program tp bnyk saluran dlm satu masa - tenis wimbledon separuh akhir, teknik silap mata yg dibongkar rahsianya & pelancongan mewah (aku dh lupa tajuk program2 tu).
juara wimbledon akan menerima habuan lebih 800,00 pound...!
siapa sangka magik yg dipertontonkan lebih kepada kepakaran tenikal & peralatan yg dicipta khas. seronoknya 'menyilapmatakan' org!
percutian mewah di kaw. terpencil ttp penuh kemewahan, spa, tunggang kuda, mknn mewah, layanan kelas satu, pandu kereta lumba dsb. kalaulah aku kaya!
slps uruskan anak2 ke sekolah, terus menuju ke ofis. tengok meter minyak dh dekat ke E. singgah di stesen minyak. entah kenapa masih berangan mengingat program yg ditonton mlm td, tak perasaan petrol yg diisi melimpah keluar! tangki dh penuh...
itulah padahnya, asyik berangan!

surat cinta untuk cikgu

Jul 1, 2009

tak pasti sama ada atas arahan pihak atasan atau pihak sek. sdr. ada trend baru skrg ni, kad laporan kemajuan (report card) mestilah diambil sdr. olh ibu bapa pelajar. tdk spt dulu, kad diterima melalui anak2. ibu bapa akan tengok, t. tgn & hantar semula kpd. cikgu. dulu pd hujung thn shj, ibu bapa diminta dtg ke sek. skrg ni, awal thn, pertghn thn & hujung thn kena dtg. kalau tk, tk dpt report card. satu hr diperuntukkan utk ibu bapa dtg 'menghadap' cikgu. bagi pelajar yg kedua2 ibu bapanya bekerja, terpaksa ambil cuti. jika ibu bapa tk dtg, mrk akan dilabel sbg tdk prihatin pljrn anak2 mrk. adakah ini betul? mcm mana dgn ibu bapa pelajar yg memang terlalu sibuk atau tarikh yg diminta dtg tu kebetulan ada hal di tmpt kerja yg tdk kurang pentingnya - mesy. misalnya. kenapa tdk dibuat sj pd hari tdk bekerja spt sabtu & ahad spy ibu bapa ada masa terluang & tdk ada alasan utk berkata 'sibuk'? apakah cikgu tk boleh dtg pd hari sabtu/ahad sekali gus 'mengorbankan' masa lapang mrk? adakah cuti ganti hari raya lebih penting dpd bekerja pd hari sabtu utk bertemu ibu bapa utk berbincang pasal prestasi pelajar? bagi ibu bapa yg bekerja yg tempt kerjanya dekat dgn sek, mungkin boleh ambik time off bagaimana pula dgn ibu bapa yg tmpt kerjanya jauh? ambik cuti semata2 bertemu cikgu tk sampai 10 minit? itu antara yg berputar2 dlm kotak fikiranku bila menulis surat kpd cikgu kpd anak2 ku bila menerima surat 'undangan' dtg ke sekolah bbrapa hari lepas.

cikgu n******* ******
guru kelas
tahun 2 *******

per: tidak dapat hadir ke sekolah untuk menerima rekod kemajuan murid
dengan hormat saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat daripada pihak sekolah bertarikh 22 Jun 2009.
saya ********* ******** bapa kepada ********* ****** mengambil maklum akan jemputan pihak sekolah agar ibu bapa hadir ke sekolah untuk sesi perbincangan dan mengambil rekod kemajuan murid. walau bagaimanapun saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada tarikh dan waktu yang dinyatakan.
ini bukan bermakna saya tidak prihatin dengan prestasi pelajaran anak-anak saya tetapi disebabkan ketidaksesuaian masa yang diatur oleh pihak sekolah. kita sama-sama bekerja, cikgu dengan kerja cikgu manakala saya dengan kerja saya. saya berpendapat adalah lebih baik pertemuan diadakan pada hujung minggu untuk memberi peluang kepada ibu bapa bekerja bertemu cikgu. lagipun ini lebih sesuai daripada mengadakan sekolah pada hari sabtu semata-mata sebagai cuti ganti untuk hari raya. adakah cuti raya yang panjang lebih utama daripada berbincang tentang pelajaran?
perhatian dan keprihatinan cikgu didahului dengan ucapan terima kasih.
yang benar,
****** *****
**** *******