nak patah balik ke kereta, jauhlah pulak nk menapak. mungkin, sementara pergi & berpatah balik ke rumah pengantin, semua atur cara spt merenjis air mawar, bersanding, silat pulut & makan beradab dh pun selesai. lagipun cuaca hujan, renyai 2. nanti tak pasal2 aku pulak yg demam (bnyknya alasan!). akhirnya diputuskan utk batalkan saja niat utk ambik kamera & tangkap gambar pengantin itu...
majlis berlangsung meriah. ramai tetamu yg hadir. spt trend kenduri kahwin sekrang, tetamu diberikan door gift yg diisi dlm beg kertas kecil. bukan setakat bunga telur shj. kanak2 diberikan jajan spt coklat & gula-gula. makin bertambah belanja kahwin sekarang yek. mujur aku dh kahwin... he he. khemah pun bukan main cantiknya dgn kain2 warna yg cantik. dulu khemah org kahwin dibina dgn tiang buluh (yg dibalut kertas warna) & berbumbungkan kain kanvas. sekrang khemahnya siap ada kipas lg. tk cerita lagi ada d.j. yg mainkan muzik, kumpulan kompang & rebana, khemah yg sediakan aiskrim percuma. belum tambah duit hantaran yg ribu riban & barangan hantaran yg berdulang2 dgn jenama beg tangan, kasut, make up, minyak wangi, kain yg jenamanya semua mahal2. bukanlah niatnya nk menunjuk2 cumanya kalau barangan murah, nanti ada yg mengata di belakang pulak. yg mengata tu pulak bukan shj keluarga pengantin ttp jgk 'pemerhati luar'.
apa boleh buat, ikut trend punya pasal. tambahan pulak, kos sara hidup yg tinggi sekarang ini dijadikan alasan. apa pun yg penting, asal mampu sudahla. jgn pulak nanti ada yg bergolok gadai. yg kesiannya nanti, pasangan pengantin & mak bapak mrk.
2 refleksi:
menunya pun mcm2. dulu setakat 3 jenis pun dh bnyk. sekrang bermacam jenis lauk pauk. dulu masak2 gotong royong sekarang katering jek. rewang dah tk pakai dah
di negeri sembilan 'rewang' disebut sbg 'berkampung'. sama kaedahnya gotong-royong
Post a Comment