kata org, kalau isi minyak kereta mesti guna petrol yg sama. maknanya kalau kita isi minnyak di stesen shell, maka gunalah shell shj. kalau kita isi minyak di petronas, hari-hari berikutnya kenalah isi dgn petrol dr stesen minyak petronas.
sbb kata org, kalau kita guna petrol dr stesen minyak campur-campur, maksudnya hari ni isi petrol di stesen petronas, dua hari kemudian di shell, minggu berikutnya di caltex atau yg lelain. kereta kita akan jadi mudarat. cepat rosak.
kakak aku pun begitu. seboleh-boleh dia akan isi petrolnya di stesen minyak yg sama. begitu juga dgn beberapa org kawanku. rakan2 seofis aku pun begitu.
dpd pengalamanku, aku ada seorang kawan yg begitu berpegang pd amalan itu. pernah satu ketika semasa aku naik kereta bersamanya ke satu destinasi. kami tersesat jalan. minyak kereta pula sudah sampai ke tahap lampu kuning berkelip-kelip. dia masih nak cari stesen minyak yg biasa dia isi petrol. walaupun dlm mencari stesen minyak itu kami sudah melepasi tdk kurang dua buah stesen minyak lain. ttp bukan stesen minyak yg biasa dia isi minyak...begitu taksub sekali!
ada org kalau dia hendak buat perjalanan jauh. dia akan pastikan keretanya diisi petrol penuh-penuh di stesen minyak kebiasaannya. manalah tau perjalanan jauh itu tdk berjumpa dgn stesen minyak itu dlm perjalannya nanti!
bukan satu dua org yg kata begitu. tapi ramai. jika ramai, tentu betul kan? tidak?itu kata org. tak tahu sejauh mana benarnya. sudahkah ada kajian mengenainya?
dpd pengalaman aku yg sudah memandu lebih 15 thn. aku tkda stesen minyak feberet. aku hanya isi petrol di mana2 stesen minyak yg aku suka nak berhenti. kalau stesen minyak terdekat dgn rumah adalah petronas aku akan isikan minyak petronas. kalau semasa aku ke kampung wifey, yg terdekat adalah shell. jadi aku isikan shell. kadang2 sewaktu balik kerja, jalan sesak atau hujan & aku tengok jarum meter minyak dh kritikal, aku akan isi petrol di mana saja stesen terdekat tak kira shell, petronas, bhp, caltex atau apa-apalah. janji kereta aku tk tersadai di tepi jalan. kalau perjalanan ke destinasi yg jauh biasanya stesen minyak paling banyk terdpt sepanjang lebuh raya ialah petronas. jadi aku isikan petrol drp petronas. kalau melalui jalan biasa, banyak stesen shell & caltex. aku akan isi minyak di sana.
tdk pulak keretaku rosak (minta dijauhkan) atau tersadai di tengah jalan krn mengisi petrol bercampur antara satu stesen minyak dgn yg lain.
3 refleksi:
topik ni terkena batang hidung saya. kalau boleh saya akan isi minyak petronas saja. spt yg bangsawan kata, ikut kata org. tp kalau dah darurat, minyak nak habis isi jugak di stesen minyak yg terdekat.
apa yg aku tulis, tk bermakna aku betul. ianya cuma pengalaman & pandangan aku. pengalaman & pandangan org lain pulak berbeza-beza. apa2 sajalah, asal bahgia...
kita ni suka terikut-ikut. wp kadang2 tk sahih kebenarannya.
aku mengaku stesen minyak idaman hati adalah shell.
seboleh2 nk isi shell jgk.
betulla kata bangsawan...
Post a Comment