beberapa hari lepas aku didatangi oleh seorang pelajar phD nak buat kajian yg ada kena mengena dengan bidang aku. walaupun agak sibuk, tetapi aku luangkan jugak masa aku. lagi pulak dia beriya-iya nak menemu bual dan mahu mengadakan temu janji.
lagipun, pada jangkaan temu bual itu hanya mengambil masa sekitar 1 jam. dia datang tepat mengikut masa dijanjikan. macam tahu-tahu aje yg aku ni memang particular sikit soal masa. temu bual yg sepatutnya berlangsung 1 jam itu berlarutan hingga hampir 3 jam. begitulah jadinya, bila aku dah mula bercakap...terutama pasal perkara yg aku minat dan mungkin jugak sedikit teruja bila bercakap pasal pengalaman yg pernah aku lalui.
itu hal yg kita rancang. sekurang-kurangnya dah ada dalam perancangan kita.
dua minggu lepas 3 pelajar universiti datang ke kompeni aku.. pakai terjah aje. nak buat kajian untuk kursus mereka, hajatnya. aku sebenarnya agak keberatan untuk membantu mereka. tetapi bila tetamu dah datang, takkan nak dihalau balik. nanti dikatakan sombong pula, selain daripada rasa kasihan. sudahnya aku layan juga mereka. tak banyak input yg dapat aku beri. lagipun mereka sendiri tak buat kajian awal. nak tanya soalan pun, macam spontan aje.
samalah juga kalau dipanggil untuk meeting. aku lebih gemar kalau diberitahu terlebih awal. diberikan agenda, apa yg nak dibincangkan. sekurang-kurangnya kita boleh buat persediaan. atau sedikit kajian. atau mengumpul sedikit idea. idea-idea spontan biasanya tak berapa kukuh berbanding dengan idea yg lebih tersusun dan difikirkan lebih awal. lainlah kalau mesyuarat yg benar-benar urgent untuk mencari penyelesaian masalah yg segera.
lebih buruk lagi kalau yg memanggil mesyuarat itu sendiri tak tahu hala tuju atau punya idea awal untuk dikongsi. sebaliknya mengharapkan idea mereka yg hadir untuk memberi buah fikiran. sudahnya mesyuarat yg sepatutnya singkat menjadi meleret-leret. malah ada setengahnya tak mencapai matlamat agenda yg dimesyuaratkan.
dan sejak semalam saje, aku sudah melalui 4 kali mesyuarat atau perbincangan. dua daripadanya takde dalam perancangan. kalau ada hasilnya takpelah jugak, ini langsung takde malahan kena ada susulannya pulak.
0 refleksi:
Post a Comment