pagi tadi semasa sampai di ofis, aku nampak lampu di blok bangunan sebelah masih terpasang. waktu tu dah jam 7 lebih. biasanya time begini aku selalu nampak kelibat abang zam. berjalan berkeliling blok dan bangunan sambil menutup suis lampu.
tapi hari ni lain sikit. masih terang-benderang, walaupun hari dah makin terang. matahari dah memancar. tak macam biasa. mungkin dia cuti agaknya. tak datang kerja. takde dia, tak bertutuplah lampu....hmmm.
kemudian selepas duduk di depan pc, sambil menghirup kopi segera yg dibuat sendiri. baru aku teringat, peristiwa tengah hari semalam. abang zam ada datang ke ofis kami. orangnya memang peramah, suka bergurau dan suaranya yg garau lantang itu selalu memecah suasana.
dia masuk ke bilik aku. mengucapkan selamat tinggal. ya, semalam hari terakhir abang zam bekerja di blok bangunan sebelah tu. hari persaraannya. "aku dah 58 tahun dah. last day ni. pencen..." terangnya pada aku dengan air mata bergenang. kami bersalaman erat. saling bermaaf-maafan. mungkin selepas ini akan jaranglah bertemu, mungkin juga inilah kali terakhirnya berjumpa.
walaupun dia bukan dalam kompeni yg sama, tapi kami selalu bertembung. staf kami saling kenal-mengenal. kalau ada jamuan makan-makan, kami jemput mereka sekali.
bermula esok, tiada lagilah tegur ramahnya. sunyilah daripada gurau sendanya. hilanglah suara garau lantangnya memecah suasana.
kami ada sikit persamaan. aku selalu datang awal ke ofis. sama jugak dengan abang zam. sebab itulah setiap pagi dia akan round ke seluruh blok bangunan berhampiran untuk tutup suis lampu. walaupun itu bukanlah tugasnya. tapi dah jadi semacam rutin hariannya untuk berbuat begitu. mungkin secara kebetulan, oleh sebab aku juga sampai awal, aku juga jadi penutup suis lampu di blok aku, serupa seperti abang zam.
kepada abang zam. selamat menempuhi fasa baru dalam hidup, alam persaraan... jaga kesihatan baik-baik. walaupun kita taklah begitu rapat, tapi aku pasti kelibat abang zam saban pagi akan aku teringat-ingat, dan tegur ramahnya setiap kali bertemu akan terngiang-ngiang....
dan takde lagilah orang yg rajin menutup suis lampu waktu pagi....
2 refleksi:
semoga abang zam gembira di alam pencen ;)
kadang2 benda kecik begini buatkan kita teringat seseorang tu kan....
Post a Comment