ini cerita cuti krismas.
dah dekat kul 10.
aku asyik tengok
review bola kat tv.
tiba-tiba wifey kata, "jom la keluar...jalan-jalan."
dia kejutkan budak-budak suruh mandi dan bersiap.
bila semua dah siap, dia ada plan lain pulak.
"jomlah singgah kedai koperasi sekolah dulu. erol dengan erin punya dah
complete.
eril je belum..."
sreeeetttt....bunyi brek kereta.
masuk ke sekolah. tanya
guard.
aku skeptikal. takkan cuti krismas, kedai bukak kot.
mengejutkan!
kedai bukak, kata
guard.
takde pelanggan pun.tentu diorang pun tak jangka bukak
time cuti begini.
atau diorang semua dah setel awal-awal, kita orang je baru terhegeh-hegeh nak beli...hehehe
terus je beli apa yg patut.
cuma yg tak patut, semua pelajar lelaki diwajibkan pakai baju melayu pada hari jumaat.
itu tak kesah, yg tak patutnya, semua kena pakai sampin yg
standard yg cuma boleh dapat kat kedai koperasi sekolah aje.
sampin separuh songket yg harganya rm42.
memang tak patut tapi wajib dibeli...!
aku kata, lenkali kami beli. duit tak cukup.
nak tanya kengkawan eril yg lain dulu, diorang beli tak?
aku pasti, ni bukan arahan kementerian.
sekolah je yg memandai-mandai.
kemudian singgah pulak rumah, zie.
dulu zie ni jiran sebelah rumah, tapi sekarang dah pindah beli rumah sendiri.
dia ambik upah jahit pakaian kat rumah.
nak
alter seluar sekolah eril dengan erol yg dibeli hari tu.
biasalah, bila beli yg dah siap.
pinggang ok, tapi labuh.
atau kaki seluar besar sangat nampak gedobos.
atau yg lain ok, tapi pinggang besar.
*********
lepas sarapan kedai mamak. kita orang bergerak ke KL.
mid valley jadi destinasi.
highway dari nilai ke KL,
clear je.
sampai di sana, nak masuk parking, banyak pintu masuk dah tulis
full.
masih jugak diredah. lagipun pak guard tak block.
rupanya dah
stuck kat dalam.
banyak kereta yg 'tawaf' dan pusing-pusing cari parkir.
waktu tu baru jam 12 lebih.
lepas lebih 20 minit berpusing, memang takde harapan.
aku tengok banyak kereta yg keluar semula.
dah
give-up.
aku pun ikut sama. baik pergi tempat lain.
vrooom ke the curve, boleh singgah ikea sekali nanti, ya tak
itulah yg dirancang.
tapi, lepas terowong nak ke bandar utama, dah
stuck jalan ke mutiara damansara.
tak sanggup nak teruskan.
terpaksa tukar plan lagi. hajat terkantoi lagi.
cilok punya cilok, kita orang himpit pula ke 1 Utama.
itu pilihan kedua.
sekali lagi kebanyakan
parking dah penuh.
kenderaan berbaris panjang.
nasib kita orang baik. ada yg keluar
parking betul-betul masa kita orang dah nak putus
asa pusing-pusing.
yep, tenaaaannng saja di dalam.
bergambar
posing-posing,
window shopping, beli
stationaries sekolah sikit-sikit, makan-makan, tengok movie, tengok show kat pentas sempena x'mas. enjoi...!
alang-alang susah payah dapat parking, kita duduklah kat dalam
shopping complex lama-lama...hahaha
lagipun kat 1 utama ni
best.
berapa lama pun kau kat dalam, bayaran
parking cuma rm2 je....!
hah berbaloi.