sebiji telur dikongsi 10 beradik

May 15, 2014


ahad lepas kami berkumpul lagi adik-beradik.
alhamdulillah majlis bacaan yasin dan tahlil masih berterusan.
untuk kali ke-4 tahun ni.
cuma family usu dan andak tak dapat turut sama.

macam biasa, masing-masing dengan pot luck.
memang tak termakan sudahnya.
tak mengapa, boleh tapau. tak membazir pun.
lepas makan, semua tersandar kekenyangan..
sesi borak secara berjemaah pun berlangsung...

kak lang pulak gorengkan cucur pisang dan cucur ikan bilis+kucai.
dihidangkan pulak dengan teh tarik.
kenyang makan tengah hari tadi pun belum surut lagi...
sesi sembang teh tarik pun makin rancak lah.

bila kak anjang bukak cerita yg anaknya akan daftar masuk ke upsi, tg malim.
abang ngah pun bukak cerita masa kami  sekeluarga duduk di kalumpang dulu.
sebuah pekan kecil dikelilingi kampung tradisi. di ulu Selangor.
tak jauh pun dari tg malim tu.

"angah dulu kayuh beskal yo poei tg malim tu..."

maka segala macam ceritalah timbul dari yg lain-lain pasal kenangan di kalumpang tu.
aku tak berapa nak ingat. masa tu masih kecik benar lagi.

cerita arwah abah bina reban ayam itik tepi lombong.
petang-petang kami adik beradik halau itik ke lombong utk berenang.

cerita abang ngah, abang long dan abang acik pasang tajul (perangkap) untuk tangkap ikan.
ikan yg dapat tu bukan untuk dimakan.
tapi dijual untuk beli setem.
sebab abang ngah nak guna setem untuk pos surat mintak kerja.

betapa susah hidup waktu tu gamaknya.
nak beli setem tak berapa sen pun bersusah payah kail ikan dan jual.
iyalah, adik beradik ramai.
arwah mak hanya suri rumah, arwah abah pula sekadar konstabel polis.

cerita kak lang dan kak teh ambik upah mendulang bijih timah kat lombong taukeh cina.
cerita kami adik-beradik kongsi satu quran untuk belajar mengaji.
sebab tak mampu nak belikan satu sorang.
takde seorang pun antara kami pernah jejak ke sekolah tadika.
terus je darjah satu.

betapa garangnya arwah abah, dengan berdehem saja kami semua terdiam.
tapi arwah abah tak pernah merotan apa lagi pukul kami.
dan setiap kali raya, pasti akan ada baju baru untuk kami.
tak pernah tidak. walau sesulit mana pun.
tak tahu dari mana datangnya duit arwah abah membelinya.

setiap musim baru sekolah buka pasti ada semua kelengkapan untuk ke sekolah.
tak payah meminta-minta.
besarnya, pengorbanan mak dan abah.

semua itu dikongsikan dengan hilai tawa. dianggap sebagai bahan lawak.
betullah kata orang, walau pahit dirasakan waktu itu, tetapi manis kenangannya.

tapi ada satu peristiwa yg diceritakan oleh kak anjang, yg menyentuh hati kami semua.

"bila arwah mak bawak balik telur dari majlis kenduri kahwin . dia akan potong sebiji telur tu kepada 10 bahagian. biarlah sikit asal semua orang merasainya...."

itu membuat kami semua terdiam terus.
tiada seorang pun yg berseloroh tentangnya.
suasana yg riang dengan gelak ketawa tadi, bertukar hening....
insaf sungguh akan kesusahan kami dulu...!

menggambarkan juga betapa kasih dan adilnya seorang emak kepada anak-anaknya. walau sebiji telur pun dikongsikannya.
sama rata, sama rasa.

aku pandang satu demi satu wajah abang dan kakak ku.
ada keperitan dan genangan air pada  mata mereka.

5 refleksi:

Irfa said...

mana tisu nih, adoi..nak tumpah dah ni
huhu

betul tu, mak ayah aku pun bukan org senang
tp tiap kali raya mesti ada baju raya
bila buka sekolah semua serba baru
agaknya setahun kot diorang menyimpan utk tahun akan dtg

rahimin said...


sob sob sob
the real life story make us stronger!

zana-norzana said...

sob sob sob.... ibu memang macam tu, mest dibahagi sama rata, semua merasa....

Miss Brenito said...

hokay, tokey belog ni bersalah sebab buatkan air mata saya bergenang di pagi Jumaat...

bangsawan nilai said...



alhamdulillah, kami 10 beradik dah jadi 'orang'.