dulu-dulu selalu gak terima jawapan cenggini.
bila kita buat inkuri, cadangan atau aduan.
"pihak kami akan kaji..."
"pihak kami akan siasat..."
3 bulan kemudian bila kita buat follow up.
mereka akan jawab.
"masih lagi dalam kajian..."
"pihak kami masih menyiasat..."
makna yg sebenarnya, mereka tak buat apa-apa pun.
.
elok juga ada audit atau audit ISO sekarang ni.
banyak kompeni yg dah guna pakai.
tak boleh dah ada jawapan cenggitu.
kena ada tempoh tertentu.
tak boleh jawab sedang kaji, sedang siasat.
kena bagi jawapan, misalnya "dalam tempoh 7 hari kami kan maklumkan pada tuan/puan..."
malah dah ada borang kepuasan (maklum balas) pelanggan pada setiap servis yg kita tawarkan.
sebenarnya, masih banyak yg di takuk lama lagi.
sekarang ni bising dalam surat khabar, tv dan media pasal tindakan nak saman kenderaan bercermin gelap. maksudnya yg tintedkan cermin kereta la macam kereta vvip.
biasalah ramai bagi alasan dan mengadu tujuannya untuk elak panas la, untuk keselamatan lah, takut cair kena panas la, penyakit kulit la.
bila tang hal ni jpj takde pulak jawab, 'kami akan siasat' atau 'kami akan kaji'.
terus je ambil tindakan.
sebab kata mereka memang dah termaktub dalam peraturan dan undang-undang.
setahu aku sepanjang projek pembinaan KLIA2 beberapa tahun kebelakangan, kemain berleluasa lori dan kenderaan berat ikut short cut jalan kampung dan kawasan perumahan sekitar nilai dan salak.
ramai yg buat aduan.
selepas projek KLIA2 siap malah dah beroperasi pun sekarang ni.
kejadian lori dan kenderaan berat guna laluan jalan kampung dan jalan kawasan perumahan masih berleluasa.
sehinggalah kini.
oleh sebab takde sebarang tindakan, mereka dah sampai ke tahap samseng jalanan.
tak kira masa, pagi petang siang malam.
pic hiasan |
kenderaan berat angkut lebih muatan, kotor, keluarkan asap hitam, memandu melebihi had laju, memandu secara berbahaya...
mereka lebih berbahaya dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain berbanding kereta bercermin gelap...
tindakan ke atas mereka lah yg patut diberi perhatian dan keutamaan.
adakah jpj masih 'mengkaji' atau 'menyiasat' sebelum membuat tindakan?
sudah terang lagu bersuluh.
kan dah ada peraturan dan undang-undang, kenapa tak bertindak segera.
bertindaklah segera menyaman seperti mana tindakan ke atas kenderaan yg guna cermin gelap!
turunlah ke area nilai ni.
bukalah spek hitam yang dipakai tu.
bertindak lah!
3 refleksi:
ada ke statistic tunjukkan cermin kete gelap sebbkan kadar jenayah meningkat?
yg terang2 buat salah mcm lori tu tk plk ada tindakan.
waaaa, respek... betul tuh..
now, banyak la pemandu2 lori, treler n segala tok nenek lori suker short cut ke kawa inds Nilai melalui tol Bnadar Sri Putra dan Bukit Mahkota. anak2 yang berbasikal ke sekolah pon semakin terdedah bahaya dengan samseng besar tuh, jalan raya yang dulunya cantik dan makin kerap diturap akibat laluan kenderaan berat.
Betul tu...... kat area cempaka ni seawal 6.30 pagi lori tanah dah lalu ikut jalan tu..... kesian budak-budak yang nak ke sekolah.......
laju pulak tu bila lalu kawasan taman perumahan.......
dulu ada palang, setiap kali palang tu patah dilanggar oleh driver yang degil, diganti. kali ini lansung tak berganti-ganti......senang sungguh dah dia orang ikut jalan tu........
Post a Comment